15 Okt 2020

,


JACK ‘N JILL Potato Chips memperkenalkan perisa terbaharunya yang mengujakan - Sambal Udang - yang pastinya menepati citarasa rakyat Malaysia yang rata-ratanya merupakan peminat tegar hidangan pedas dan menyelerakan itu.

Sejak tahun 1984, Jack ‘n Jill Potato Chips telah menjadi snek pilihan rakyat Malaysia bagi menceriakan mood dikala perlu. Kini, selepas 36 tahun menjadi 'Temanmu Selalu', JACK 'n JILL ingin meraikan ikatan istimewa ini dengan memperkenalkan perisa baharu Sambal Udang.

Diperbuat daripada ubi kentang segar yang dihiris dalam bentuk V, lalu digoreng sehingga rangup, JACK 'n JILL Potato Chips Sambal Udang menjanjikan sensasi rasa lokal Malaysia dengan setiap kunyahan. Ia memberi nikmat keenakkan sambal udang yang pedas serta kerangupan yang tiada tolok banding.


Bersempena pelancaran ini, JACK ‘n JILL juga telah membentuk gandingan padu bersama pemenang Anugerah Juara Lagu Naim Daniel dengan pelukis kreatif multi-disiplin Cloakwork untuk menghasilkan beg tote edisi terhad yang bertemakan 'Temanmu Selalu'.

Beg tote Edisi Khas ‘Temanmu Selalu’ kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, sementara stok masih ada, dengan hanya pembelian minimum RM10 JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang V-cut atau mana- mana produk JACK ‘n JILL Potato Chips dalam sekeping resit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook (https://www.facebook.com/jnjpotatochips/) dan IG kami (https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/).  


[KREDIT: Jack 'n Jill]

12 Sep 2020

,


KEHILANGAN penyanyi Sandra Dianne pada awal pagi Jumaat semalam cukup dirasai semua. Bukan sahaja dalam kalangan keluarga terdekat, tetapi juga rakan-rakan dan peminat.


Cerita dan kenangan bersama penyanyi Hey Kau itu tidak putus-putus dikongsi sehingga saat ini. Betapa pemilik nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria, 26, itu cukup disayangi dan disenangi ramai sepanjang hayatnya.


7Klik berkongsi trivia menarik tentang Allahyarham Sandra untuk tatapan semua.



  • Nama penuh Sandra ialah Alessandra Dianne Ampuria
  • Lahir pada 16 September 1994 bersamaan sambutan Hari Malaysia.
  • Berasal Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.  
  • Merupakan lulusan Architectural Drafting.



  • Sepupu kepada pelakon Fara Nabilah.
  • Sahabat karib penyanyi Neeta Manisha


  • Bakat Sandra dicungkil menerusi program realiti TV, Mentor Legend terbitan TV3 pada tahun 2014 dan merupakan protege kepada penyanyi Dayang Nurfaizah. 
  • Pada awal kemunculannya, kerjaya seni Sandra diuruskan oleh Indigital Music dan kemudiannya bernaung di bawah label Sony Music Malaysia.


  • Mula dikenali menerusi single Hey Kau ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran pada tahun 2015. Lagu ini juga merupakan lagu runut bunyi drama Cik Cinderella dan Encik Tengku.
  • Pernah tampil bersama trio Mell Ahmad dan Lily untuk sebuah projek khas menerusi lagu Rasa.
  • Single lain yang turut mengangkat nama Sandra ialah Tulus, Ku Tak Mahu Cinta, Aku dan Kekasihmu, Terkemuka (duet bersama Zizi Kirana & Benzoloo) dan Salimah (Duet bersama Ryan Deedat).


  • Merupakan peserta Big Stage 2020 dan sempat beraksi untuk tiga konsert pertama, sebelum terlibat kemalangan pada minggu keempat konsert.
  • Sandra juga aktif dengan kerja belakang tabir dengan mencipta lagu dan lirik.
  • Selain aktif sebagai penyanyi, Sandra juga mencari pendapatan sampingan dengan berniaga ikan masin di Sabah.



  • Terlibat dengan kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong pada 6 September 2020 ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage 2020 minggu keempat.
  • Dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya dan tidak sedarkan diri dari hari pertama dirawat sehinggalah menghembuskan nafas terakhir.
  • Meninggal dunia pada 11 September 2020, jam 1 pagi di Hospital Putrajaya. 
  • Jenazah dikebumikan di kampung halamannya, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.
  • Berita pemergian Sandra mendapat liputan meluas daripada media seluruh negara termasuk negara jiran, Indonesia. 
  • Astro menganjurkan Konsert Big Stage Tribute #SandraDalamKenangan pada 13 September 2020 bagi menggantikan konsert minggu kelima, sekali gus sebagai tanda penghargaan dan mengenang Allahyarham Sandra.

11 Sep 2020

,


SELEPAS enam hari tidak sedarkan diri, penyanyi Sandra Dianne disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya sekitar jam 1 pagi Jumaat.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26,  bertarung nyawa selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut.

Ketika kemalangan berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong itu, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Hey Kau dan merupakan peserta Big Stage 2020 itu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage minggu keempat.

Sandra menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Nur Syakinah Abdullah, 46, yang setia menemaninya semenjak hari pertama menerima rawatan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya iaitu di Tanah Perkuburan Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.

Sama-sama kita hadiahkan alfatihah dan mendoakan agar roh Sandra dicucuri rahmat dan dipermudahkan perjalanannya ke dunia abadi.

Semoga ibu bapa dan keluarga terdekat Sandra kuat dan tabah menerima kehilangan yang sangat mengejutkan ini.




26 Ogo 2020

,


PROGRAM talkshow hiburan santai yang akan menyelami dunia komposer dan pemuzik ternama negara berjudul Chill Zizi antara program wajib tonton kepada penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersiaran mulai bulan Ogos ini. 

Bersama-sama hos artis cantik Zizi Kirana, program ini sedang bersiaran setiap Isnin, pukul 8 malam di saluran TV Okey mulai 24 Ogos lalu. 

Program ini juga mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana dalam 13 episod siarannya, orang ramai turut diperkenalkan dengan anak-anak seni berbakat kelahiran Sabah.

Dalam episod pengenalannya Zizi Kirana bersama-sama undangan khas menemubual S. Atan yang merupakan komposer terkenal, dan kemudiannya berkongsi cerita juga mengenali dengan lebih dekat lagi si cantik Angelica Paujin yang merupakan penyanyi berasal di Tambunan, Sabah. 

Persembahan Zizi Kirana bersama Kumpulan Suara Warisan yang berdendangkan lagu Pandang- Pandang Jeling-Jeling turut menghiburkan penonton di penghujung rancangan.

Seterusnya ikuti perkongsian cerita dan pengalaman artis dan komposer lain antaranya dalam episod empat menampilkan Kumpulan Estraged & 4A9 Band, Rahmat Kamikaze & Knappa Band, Marsha Milan & Benn Simon, Mohar, Dino & Olie, Mc Gusta, dan Jari & Dabra Sia Ying Ying.

Zizi Kirana turut berkongsi kisah tetamu Prof Dato Johari Salleh & Aduan Silvenus, Yasin, Mac Chew & Jenny Chin dan Ayai Ilusi & Elvin Dainal.


[KREDIT: RTM]

21 Ogo 2020

,


GABUNGAN tiga kumpulan Orkestra terulung yang dipimpin Dato Mokhzani Ismail, Orkestra RTM (ORTM), Malaysian Philharmonic Orchestra (NSO) dan National Symphony Orchestra (MPO) menghangatkan Konsert ‘Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM’ pada 31 Ogos ini, Isnin, pukul 9.00 malam di TV1. 

Konsert berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menonjolkan tenaga dan kepakaran 66 pemuzik kolaburasi ORTM, NSO dan MPO dalam pentas sama.

Diterbitkan Unit Hiburan TV RTM, konsert ini menampilkan artis terkenal Anuar Zain, Misha Omar, Ella, Jaclyn Victor, Francissca Peter, Ernie, Syamel, Sean Ghazi, Aina Abdul, Danial Lee, Suki, Vanidah Imran, Khai Bahar, Roy, dan Bob. Pentas sama turut dikongsi kumpulan koir dari UITM Chamber dan Gemersik Chorus.

Mengalunkan lagu tema hari kebangsaan ‘Malaysia Prihatin’ dan lagu-lagu patriotik, pilihan lagu ini pastinya memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus mempertahan dan memperingati segala hasil usaha dan titik peluh perwira negara dalam mencapai kemerdekaan. 

17 lagu patriotik dulu hingga sekarang yang pasti buat anda bangga jadi anak Malaysia dijanjikan dalam konsert berlangsung dua jam ini. 

Lagu-lagu dipersembahkan termasuklah Malaysia Prihatin, Tanah Pusaka, Warisan, Untukmu Malaysia,  Setia, Sejahtera Malaysia, Ilham Pujangga, Malaysia Baru, Nyalakan Tekad, Jalur Gemilang, Disini Lahirnya Sebuah Cinta, Sehati Sejiwa, Gemilang, One Thousand Million Smile, Standing in The Eyes of The World, Tanggal 31, dan Saya Anak Malaysia.

Konsert ini menampilkan gandingan pengacara Khai Arba dan Dyya Nawai.


[CREDIT: RTM]

20 Ogo 2020

,

I CAN See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSVYMY3) minggu ke-20 dihiburkan dengan tarian tradisional Sean dan Shuk, mengalu-ngalukan kehadiran Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris ke studio ICSYVMY3 bagi mengenal pasti siapakah penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang. 

Program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan, ICSVYMY3 menceriakan hujung minggu anda setiap hari Ahad dari jam 9.00 sehingga 10.30 malam di TV3 dan boleh strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my. Siaran ulangan dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.

Seperti minggu-minggu sebelum, panel tetap ICSYVMY3 adalah Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam. Selain itu, pelakon dan pelawak tanah air iaitu Achey, Atu Zero dan Lisa Surihani dijemput sebagai panel penyiasat pada episod ini. 

Noraniza Idris sudah melakukan kesilapan pertama apabila beliau mengikuti nasihat Mark Adam dan menyingkirkan penyanyi sebenar, seorang pegawai tadbir (Nur Amalina Suhaimi) yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Di pusingan lip sync pula, penyanyi misteri kedua dan keenam telah disingkirkan. Di pentas penentuan, penyanyi misteri kedua, seorang ahli kugiran (Muhd Izzuddin Baharudin) telah membuktikan bahawa bakatnya mampu mengatasi kritikan berkaitan imejnya. 

Seterusnya, penyanyi misteri keenam pula beraksi dengan hebat sekali di pentas penentuan. Ternyata, dia seorang jurulatih senamrobik (Farhana Abdullah) yang turut berkebolehan menyanyi dengan hebat sekali. Dia turut mewakili pasukan koir universiti ke peringkat luar negara.

Sudah tiga kali berturut-turut Noraniza Idris tersilap singkirkan penyanyi sebenar, beliau merasakan sangat serba salah namun teka teki ini mesti diteruskan juga. Seterusnya, beliau telah menyingkirkan penyanyi misteri ketiga atas nasihat majoriti panel penyiasat minggu ini. 

Di pentas penentuan, ternyata graduan kulinari (Mohd Khairul Anuar Mohd Rashid) ini ialah seorang penyamar bersuara sumbang. Barulah penyanyi legenda kita, Noraniza Idris dapat menghelakan nafas lega kerana sudah membuat pilihan yang tepat.

Sekali lagi majoriti panel sebulat suara, mereka memilih penyanyi misteri keempat sebagai pasangan duet dan turut di persetujui Noraniza Idris. Oleh itu, penyanyi misteri kelima tersingkir, ternyata dia ialah seorang pengemas bilik hotel (Muhd Yamin Bharom) yang bersuara sumbang. 

Akhirnya, pilihan duet Noraniza Idris, penyanyi misteri keempat berjaya berduet dengan beliau walaupun dia sebenarnya seorang penyamar bersuara sumbang yang belajar fesyen (Muhd Sayuti Abdul Kahar). Secara automatik, Sayuti berjaya membawa pulang RM3000.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti episod akhir ICSYVMY3 musim ketiga yang akan menampilkan Dato’ Nash sebagai artis jemputan dan pasangan merpati dua sejoli, Siti Sarah dan Shuib sebagai panel penyiasat jemputan pada 23 Ogos 2020  hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE, menampilkan Digi Prepaid, "Kekal Aktif, Kekal Berinternet" sebagai penaja utama dan Oppo Reno4 Series, "Jelas Menampilkan Sisi Terbaik Anda" sebagai penaja bersama. 

Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur adalah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen serta Yean Zi Hong sebagai penerbit dari Primeworks Studios. 

Berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan juga dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.


[CREDIT: TV3/Media Prima]

19 Ogo 2020

,





SINOPSIS

Married couple decides to leave the city to stay at a house upcountry in hopes of escaping the chaotic social city life and healing his wife’s traumatic miscarriage of their child. But things seem to get worse as both of them encounter endless strange events within the house.

16 Ogo 2020

,


SAMBUTAN Maal Hijrah 1442H/2020M yang jatuh pada 20 Ogos ini, adalah acara kebesaran umat Islam dan memberi makna besar kepada syiar Islam menghayati detik penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. 

Keistimewaan Muharam juga kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan sebagai umat Islam mestilah berpegang kepada kenyataan lembaran hijrah itu hendaklah sentiasa dihidupkan dengan meletakkan matlamat memelihara dan menegakkan agama Allah SWT.

Walaupun menyambutnya dalam suasana norma baharu berikutan penularan Covid-19 masih berlaku di seluruh dunia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tiga saluran utama siarannya, TV1, TV2 dan TV Okey terus optimis membariskan program-program khas bersesuaian bagi mengajak seluruh umat Islam sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk menjadi lebih baik setiap hari terutama pada sambutan awal tahun baharu hijrah ini.


Siaran Langsung Forum Ambang Maal Hijrah, Doa Akhir dan Awal Tahun 1442H
19 Ogos 2020 (19 Ogos, 6 petang)

Program siaran langsung khas terbitan RTM iaitu bual bicara dan bacaan doa juga awal tahun dalam takwim (kalendar) Islam. 


Doku Khas Maal Hijrah: Sentuhan Jiwa 
20 Ogos, 10.30 pagi

Dokumentari terbitan JAKIM yang mengisahkan Mohd Sukor Ibrahim (OKU) yang berjaya memberi inspirasi, aspirasi dan motivasi kepada masyarakat bagi membuktikan setiap manusia layak berjaya dan bahagia  dalam kehidupan dengan syarat mempunyai keinginan untuk berubah.



Telemovie: Stesen Ke Daerah Qalbi 
20 Ogos, 11.05 pagi

Menjadi amanah dan jujur adalah pesan arwah mak dan abah kami. Jika tidak kita umpama tiang berkayu rapuh, umpama besi landasan yang lebur dipertengahan jalan yang boleh menyasarkan gerabak yang lalu.

Pelakon: Fauziah Dato Ahmad Daud, Zul Huzaimi, Bohari Ibrahim, Akmal Ahmad, Roslan Madun, Tia Fatiha dan Neng Hayati.


Telemovie: Pendoa Yang Ikhlas 
22 Ogos, 9 malam

Telemovie yang membawa pelbagai rasa tentang Pencipta, Ibu bapa, keluarga dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Pelakon:  Bohari Ibrahim, Fatimah Abu Bakar, Zahiril Adzim dan Adibah Nor.



Telemovie: Khutbah Terakhir 
19 Ogos, 10.05 pagi

Kisah Ustaz Hidayat yang dipilih menjadi Imam sementara di Kampung. Segala tindakan dan perbuatan Ustaz Hidayat sering diperkatakan orang kampung terutama Tamam dan Sahak. Kes rumah Opah Besah dan rumah Sakinah di pecah masuk. Sejak adanya Imam Hidayat di kampung ada saja kejadian yang tidak diingini berlaku. Tamam menuduh semuanya angkara Ustaz Hidayat. 

Pelakon: Haris Ismail, Ardell Aryana, Azhan Rani, Kazar, Ruminah Sidek, Norlia Ghani, Yaakob Aziz, Saifol Bahari Mohd Iman, Saiful Azwan Absul Aziz dan Adik Danish Hazriq.


Forum Perdana Khas Maal Hijrah 1442H 
20 Ogos, 9 malam)

Diskusi ilmu agama dan episod khas ini membawakan kupasan berkaitan sambutan Maal Hijrah bersama panel jemputan. 


Mini Drama: Manusia Separuh Insan 
19 Ogos, 10.30 malam & 20 Ogos, 2.15 petang

Empat lelaki bertikam lidah mencari sebab untuk berubah dan meninggalkan kerja jahat yang selama ini mereka lakukan.

Pelakon: Yusran Hashim, Azrol Salehuddin, Mym Masher dan Farhaziq Manaf.

  
 

Mini Drama: Manusia Separuh Insan 
20 Ogos, 10 pagi & 3 petang

Empat lelaki bertikam lidah mencari sebab untuk berubah dan meninggalkan kerja jahat yang selama ini mereka lakukan.

Pelakon: Yusran Hashim, Azrol Salehuddin, Mym Masher dan Farhaziq Manaf.



Telemovie: Bangkit 
20 Ogos, 8 malam)

Mengisahkan Kamal, anak yang bertanggungjawab menjaga ibunya yang uzur. Dia berdepan dengan dilema apabila mereka dihalau keluar oleh tuan rumah sewa kerana gagal melunaskan sewa rumah. Ujian hidup mereka bertambah apabila ibunya hilang dari tempat penginapan mereka. pada masa sama keadaan berubah bila Kamal bertemu Hadi.

Pelakon: Akmal Ahmad, Sabri Yunus, Tasha Shila, Issey Fazlisyam dan Ayie Hushairi Husain.


[KREDIT: RTM]
,


BENARKAN haiwan juga menghadapi situasi sukar dan mencabar dalam kehidupan seharian mereka? Jawapannya hanya akan anda perolehi apabila meluangkan masa menonton dokumentari bertajuk A Year In The Wild – Alaska & Yorkshire  mulai 17 Ogos ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.05 tengah hari mengisi slot World Watch di TV1.  

Lapan episod dokumentari yang dihoskan oleh David Suchet dan Sean Bean ini bermula dengan episod Spring menghuraikan kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh kumpulan haiwan di Yorkshire, England. 

Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga berbeza berbanding dengan musim sejuk bagi binatang seperti rusa, itik, helang, burung, tupai, helang, gagak, ular dan lebah. Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti ular, itik, burung, helang dan tupai mengadakan ‘mating season’ khususnya di musim bunga dan menjaga anaknya dengan berhati-hati.

Seterusnya dalam tajuk ‘Summer’ mengetengahkan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh haiwan di Yorkshire, England. 

Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga berbeza berbanding dengan musim panas bagi binatang seperti rusa, itik, helang, burung, tupai, helang, gagak, ular dan lebah. Turut diceritakan bagaimana binatang seperti ular, itik, burung, helang, ‘penguin’ dan tupai mengajar anak-anaknya mencari makan dan melarikan diri dari musuh jika ada keperluan.

Seterusnya episod ‘Autumn’ tentang kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh binatang di Yorkshire, England. Sean Bean bercerita mengenai cabaran kehidupan binatang di musim luruh berbeza berbanding dengan musim bunga bagi binatang seperti singa laut, kelawar, rusa, itik, burung, tupai, helang, dan lebah. 

Hos juga menceritakan tentang bagaimana binatang kecil seperti ulat bulu, kelawar, labah-labah dan beratus ribu jenis ulat terdapat dalam sebuah gua di Taman Negara Yorshire.

Menyusul tajuk ‘Winter’ dimana Sean Bean menghuraikan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh binatang di Yorkshire, England. 

Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim sejuk adalah paling susah dan menderita untuk terus hidup bagi singa laut, kelawar, rusa, itik, burung, tupai, helang dan lebah. 

Hos juga menceritakan tentang bagaimana binatang menderita untuk mencari makanan semasa musim sejuk khususnya untuk binatang rusa, itik, burung, tupai dan kambing.

Episod sama ‘Winter’ bercerita kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh haiwan di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim sejuk adalah paling susah dan menderita untuk hidup seterusnya seperti ‘bison’, beruang kutub, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang. 

Hos juga menceritakan tentang bagaimana ikan paus (humpback whale) yang terdapat di lautan antartik sepanjang masa musim sejuk dan mencari ikan untuk dimakan.

Masih di Alaska, episod ‘Spring’ mengaitkan dengan cabaran yang dilalui oleh binatang di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga adalah berbeza jika dibanding dengan musim sejuk bagi binatang seperti ‘bison’, beruang, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang. 

Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti beruang, burung, helang dan tupai mengadakan ‘mating season’ khususnya di musim bunga dan menjaga anaknya dengan berhati-hati.

Akhir sekali dengan tajuk ‘Summer’ memaparkan kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh binatang dan haiwan di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim panas adalah berbeza jika dibanding dengan musim bunga bagi binatang seperti ‘bison’, beruang, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang. 

Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti beruang, burung, helang dan tupai menunggu untuk musim panas untuk mendapatkan makanan dengan lebih mudah.


[KREDIT: RTM]

15 Ogo 2020

,


LINDUNGI diri tanpa mengkompromikan gaya dan keselesaan menerusi kempen ‘Mask-On’ oleh Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway), yang bakal merungkaikan empat pelitup muka fabrik edisi khas untuk pelanggan.

Demi mengutamakan komitmen Sunway Malls ke atas aspek keselamatan para pelanggan, pelitup muka ini diperbuat daripada fabrik antimikrobial yang mampu menapis 99.94% bakteria, malah boleh digunakan semula serta berciri mesra alam agar pengguna dapat melindungi diri daripada penyebaran virus dan bakteria serta mengurangkan pembaziran. 

Pelitup muka tersebut diperakui oleh badan pemeriksaan yang bereputasi dalam perihal keberkesanan anti bakteria dan anti hapak.

Setiap pelitup muka dilengkapi dengan tali gelung telinga yang boleh dilaras mengikut saiz muka dan mempunyai slot penapis untuk perlindungan tambahan. 

Ciri keselesaan turut diutamakan dengan lapisan luar pelitup muka yang diperbuat daripada fabrik yang mudah basuh, manakala lapisan dalam diperbuat dengan kapas lembut yang mempunyai keupayaan menyerap haba badan untuk meningkat kebolehnafasan.

Empat pelitup muka tersebut dicetak khas dengan ilham seni bina bangunan Sunway Malls, dan akan disediakan dalam saiz dewasa dan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, Kevin Tan berkongsi, 

“Keutamaan kami adalah untuk meningkatkan keselamatan untuk para pembeli-belah.  

"Kami berharap kempen ‘Mask-On’ dapat menjadikan pemakaian pelitup muka sesuatu kebiasaan yang diamalkan oleh semua pihak sebagai langkah keselamatan sambil memainkan peranan perlindungan diri sendiri dan orang lain. 

"Ia juga merupakan sebuah kaedah unik untuk pembeli-belah mempelajari sedikit sebanyak tentang reka bentuk istimewa Sunway Malls,”




Utamakan keselamatan tanpa mengkompromikan keselesaan dan gaya

Empat rekaan ini diilhamkan daripada pusat-pusat beli-belah berikut: Sunway Pyramid, Sunway Putra, Sunway Velocity dan Sunway Carnival/Big Box/Citrine. 


Sunway Pyramid – The Egyptian Pyramid

Memetik inspirasi daripada struktur Sunway Pyramid yang masyhur, Piramid Mesir melambangkan intelek, kekuatan, kestabilan, keamanan dan semangat. Unsur-unsur Mesir diperlihatkan di seluruh pusat beli-belah tersebut dengan perhiasan hiroglif dan arca-arca zaman Mesir purba yang diserlahkan pada reka bentuk bangunan termasuk. 

Sunway Pyramid kini merupakan komponen utama Sunway City, ia meliputi sebuah taman tema, hotel 5 bintang, pusat pameran bertaraf dunia, pusat pakar kesihatan berintegrasi serta kampus-kampus yang teriktiraf.


Sunway Putra – The Sun-Drop Diamond 

Terdiri daripada pembangunan berintegrasi yang meliputi sebuah pusat beli-belah, hotel, dan menara pejabat, Sunway Putra terletak di dalam Segi Tiga Berlian di pusat bandar Kuala Lumpur. Seni bina pusat beli-belah ini diilhamkan oleh Berlian ‘Sun-Drop’ dari Afrika Selatan dan bentuk serta warna-warna utama berlian tersebut dicerminkan pada reka bentuk bangunan. 

Ia kini boleh dilihat di pelitup muka edisi terhad ‘Sun-Drop Diamond’, yang merupakan simbol rejuvenasi; harapan, pembaharuan dan kemakmuran.


Sunway Velocity – The Renaissance Globe

Dizahirkan melalui impian Sunway buat komuniti Cheras, konsep reka bentuk Sunway Velocity memetik ilham daripada ‘Renaissance Globe’, yang menandakan peralihan dari zaman pertengahan ke era moden – selari dengan pembaharuan urban yang dihasratkan oleh Sunway. 

Sebagai bangunan beli-belah pertama yang berbentuk sfera di Malaysia, Sunway Velocity dikelilingi dengan struktur bumbung kaca yang membolehkan sinaran cahaya semula jadi, yang turut menaiktaraf aspek akustik, di samping menggunakan lantai bertema yang membentuk dunia baharu yang sedia untuk diterokai. 

Gubahan yang menghiasi pelitup muka ini melambangkan wawasan yang jelas, aspirasi dan impian untuk merealisasikan pembaharuan urban di Cheras.


Sunway Carnival/Big Box/Citrine – The Astute Cube

Akhir sekali, pelitup muka yang diilhamkan oleh Sunway Carnival, Sunway Big Box dan Sunway Citrine. Astute Cube melambangkan pelbagai faset kehidupan yang ditunjangi oleh nilai positif dan diilhamkan oleh kiub-kiub pelbagai saiz yang menghiasi muka bangunan Sunway Carnival Mall, termasuk outlet-outlet berformat besar di Sunway Big Box dan Sunway Citrine yang menawarkan hampir 100 kedai fesyen, F&B dan hiburan.




Tip Berkaitan Pelitup Muka Fabrik

Untuk penjagaan optimum pelitup muka fabrik, gunakan pensanitasi tangan sebelum memakai atau menanggalkan pelitup muka fabrik ketika berada di luar, produk pensanitasi tangan boleh didapati di outlet-outlet di dalam pusat beli-belah seperti L’occitane atau AEON Wellness. 

Letakkan setitis Claire’s Essential Oil pada pelitup muka fabrik anda untuk menikmati haruman yang memuaskan sepanjang hari, dan jaga kesihatan bibir serta kulit anda dengan produk pelembap. Basuh pelitup muka anda setiap hari dengan air suam dan cecair antiseptik oleh Guardian untuk membasmi kuman, dan membasuh badan dengan gel mandian Yves Rocher yang harum lagi menyegarkan.

Barangan keperluan bagi penjagaan pelitup muka fabrik boleh didapati di Sunway Malls yang merangkumi lebih daripada 1,500 outlet yang tergolong dalam pelbagai perusahaan seperti fesyen, kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, penjagaan diri dan banyak lagi.


Beli-Belah dengan Selamat

Sejajar dengan inisiatif ‘Your Safe Space, Our Safe Space’, Sunway Malls telah melancarkan 82 langkah-langkah keselamatan dan kebersihan, termasuk pemasangan 4,000 kamera CCTV, 12 unit kamera suhu berketepatan tinggi dan 30 kamera dengan teknologi pengecaman wajah untuk menggalakkan penjarakan fizikal.

Selain itu, pelbagai kemudahan mesra keluarga dan ruang-ruang utama seperti tandas kanak-kanak, bilik bayi, kereta sorong bayi, kerusi roda serta ruang permainan dibersihkan dengan bahan pembasmi kuman setiap 45 minit dan disalut dengan Teknologi Salutan Nano untuk mencegah virus dan bakteria secara efektif.

Duta-duta prihatin dan pegawai penjarakan fizikal akan dikerahkan di semua pusat beli-belah untuk memastikan para pelanggan mematuhi penjarakan fizikal dan garis panduan keselamatan dan kebersihan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ‘Mask-On’ dan tip untuk melindungi diri dengan pelitup muka fabrik, layari www.sunwaymalls.com/mask-on atau laman-laman media sosial milik pusat-pusat beli-belah Sunway.


[KREDIT: Sunway Mallss]

12 Ogo 2020

,

FOR those who have been at home for months on end, a change of scenery awaits as Resorts World Genting is offering a Fun & Nature Package with a special price from RM125 per person on twin sharing basis. 

The package promises an unforgettable trip for two including a one night stay at Resorts World Awana, a scrumptious meal, guided jungle trekking and Awana Skyway return tickets. The package is available for a limited time only on 14, 15, 21, 22, 28 and 29 August 2020. 

Guests can first check in for a one night’s stay at Resorts World Awana, a tranquil getaway spot surrounded by an 18-hole golf course with undulating green lawns for leisurely games of golf, a heated swimming pool and children pool. 

The package also includes a meal for two at the High Line Rooftop Market where they can choose to have a classic burger or Big Bangkok Burger with a soft drink in an alfresco dining space. Pizza lovers can choose the Motorino Pizzeria instead, which serves up Large 18” Margherita or Amatriciana authentic Neapolitan pizza. 


Visitors will be able to enjoy a bird’s-eye view of the lush greenery by taking a ride on the Awana SkyWay with return tickets for two. The ticket also includes a free stop at the Chin Swee Station which is a short walk to the Chin Swee Caves Temple, a unique religious site encompassed by a breathtaking landscape of the rainforest.  

The highlight of the trip is the guided jungle trekking for two through the Conservation Trail located nearby the hotel, perfect for nature lovers and those simply searching for peace and serenity. It is a perfect opportunity to get in touch with nature in the 130-million-year-old tropical rainforest, which is a collaboration between Treks Nature Academia and Resorts World Genting. 

Visitors can take a laid-back stroll along the 800 metre Conservation Trail located in the Upper Dipterocarp Forest elevation at 3000 feet above sea level at the Awana Bio Park. Along the way, an Encyclopedic Walk offers visitors opportunity to learn about the rich biodiversity of the Montane Timber Forest and its habitat. 

Lucky trekkers with a keen eye may spot some of the wildlife that call the rainforest their home including endangered species such as the serow wild mountain goat and the siamang or the black panther, red-headed krait snake and dusky leaf monkeys. 



Rare species such as the towering timber tree altingia excelsa, bountiful schizostachyum bamboo plants, massive strangler fig trees and a variety of rattan species can also be found from the forest canopy. 

60 species of native birds that reside in the Upper Dipterocarp Forest elevation such as eagles, hornbills, woodpeckers will thrill avid birdwatchers, with the section of the forest having been recognised by the Malaysian Nature Society and Birdlife International as the Awana Important Bird Area.

To comply with the Standard Operating Procedures (SOPs) introduced by the government, visitors are required to wear face masks at all times. Upon entry and departure at the hotel entrance, visitors must check-in to the venue by scanning the QR code using the MySejahtera app and have their temperatures checked. 

Visitors are also advised to use the hand sanitisers provided when necessary. Physical distancing measures must be observed by visitors throughout the duration of the activity by keeping one to two metres distance from each other at all times. 

For further information, please visit www.rwgenting.com.


[CREDIT: Resort World Genting]

11 Ogo 2020

,

ALVIN CHONG alongside Universal Music Malaysia will be premiering his upcoming single Sayangku Salmah in an early exclusive on TikTok, as part of the nation’s first music-artist showcase on the platform. 

This single will be available for fans to indulge on TikTok from today onwards, spanning across all mobile operating systems.  

Alvin, who hails from Penang, was launched into the limelight when he emerged in the Top 5 of Astro Star Quest 2009, which provided the opportunity for Alvin to pursue a career in entertainment. Beyond acting and singing however, Alvin has also become a beloved figure in the wider TikTok community as one of the app’s most popular creators.

Cheah Sheau Mei, User and Content Operations Manager of TikTok Malaysia elaborates, 

“As the leading destination for short-form mobile videos, TikTok’s emphasis on creative expression has built a harmoniously connected community that has seen countless viral songs simultaneously top international charts. 

This is because TikTok empowers creators to capture and share precious life moments that matter, which forms a deeper connection to their interests, with music being a prime example. This makes TikTok the go-to platform for artists within the entertainment industry, both locally and globally. 

Understanding the appeal of short-form video platforms in today’s digital natives, Universal Music Malaysia explains the reason behind such a collaboration. 

Kenny Ong, Universal Music Group’s Managing Director for Malaysia and Head of Special Projects, SEA said, 

“Premiering an artist’s new material on an app, instead of the traditional route, has certainly never been done before in Malaysia.  
It should be a top priority for the entertainment industry to be aligned with new and innovative technologies such as TikTok, which is now one of the world’s best music discovery platforms for the mobile and tech-savvy generation. 
Both Universal Music Malaysia and Alvin Chong himself are thrilled to be part of this first-of-its-kind collaboration, which perfectly aligns with our vision of providing our esteemed artists and music library with an innovative platform to further bolster all-inspiring creativity.”

   
The release of Sayangku Salmah will be complemented with an official #sayangkusalmahchallenge for all to participate, courtesy of Alvin Chong, Universal Music Malaysia, and TikTok. The challenge on TikTok, which will begin on 14 August and last till 23 August, invites TikTokers to dance according to Alvin’s Choreography, or share their own rendition of it using the song “Sayangku Salmah”. 

So, what are you waiting for? Download TikTok today for exclusive access to Alvin Chong’s Sayangku Salmah and the #sayangkusalmahchallenge.


[CREDIT: TikTok]

30 Jul 2020

,


NOKIA hari ini mengumumkan ketersediaan komersial global bagi rangkaian mudah alih persendirian gred industri 5G SA baharu, menyediakan kemudahan untuk memenuhi keperluan kes kegunaan perindustrian dan perkilangan yang paling mencabar.

Dengan pengenalan 5G SA, Nokia menawarkan kepada para pelanggannya portfolio menyeluruh paling lengkap di pasaran yang terdiri daripada peralatan rangkaian mudah alih persendirian 4.9G/LTE dan 5G berprestasi tinggi.

Raghav Sahgal, Presiden Nokia Enterprise berkata: “Melalui pengenalan 5G SA ini, kami perintis teknologi baharu untuk pelanggan perusahaan dengan rangkaian mudah alih persendirian bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan pendigitalan mereka, untuk apa jua keperluan atau kesalinghubungan telekomunikasi.

“Kesalinghubungan mudah alih persendirian amat penting untuk membantu para pelanggan kami mencapai matlamat transformasi digital jangka panjang mereka. 
Dengan menyampaikan 5G SA, kami membuka jalan untuk memacu pendigitalan dalam kes kegunaan yang paling mencabar seperti pengilangan automotif, di mana cloud, robotik dan operasi mesin autonomi mewujudkan permintaan misi kritikal untuk kepedaman rendah (low latency) dan kadar data kepantasan tinggi yang boleh diharapkan.”

Sepanjang pembangunan keupayaan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA ini, Nokia telah melaksanakan pelbagai ujian percubaan bersama para pelaggan di tapak dan rakan pengendali mudah alihnya sejak suku pertama tahun 2020. 

Nokia mempunyai lebih daripada 180 pelanggan perusahaan untuk rangkaian mudah alih persendirian di seluruh dunia di mana lebih 30 daripadanya adalah 5G. Nokia baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan rangkaian mudah alih persendirian 5G termasuk Deutsche Bahn, Lufthansa Technikdan Toyota Production Engineering.

Dengan rangkaian 5G SA baharu dari Nokia, pelanggan perusahaan boleh memilih sistem Nokia Digital Automation Cloudyang kompak, pasang dan guna secara automatik dengan pengaktifan automasi – atau menyesuaikan rangkaian mengikut keperluan spesifik dengan Nokia Modular Private Wireless.

Nokia juga mengumumkan bahawa Sandvik Mining and Rock Technology akan menggunakan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia di lombong ujinya di Tampere, Finland.

Patrick Murphy, Presiden, Rock Drills and Technologies, Sandvik Mining and Rock Technology berkata; 

“Dengan menggunakan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia Digital Automation Cloud, kami dapat mempamerkan pelbagai keupayaan baharu yang hebat di lombong uji kami di Tampere. 
“Memandangkan kami bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka memanfaatkan teknologi bagi mendigitalkan operasi mereka, pengenalan 5G membuka jalan kepada pelbagai peluang baharu dalam robotik, operasi berautonomi dan jarak jauh, automasi flit penuh, analisis dan keselamatan yang dipertingkatkan. 
"Oleh itu, ia merupakan pencapaian yang hebat untuk transformasi digital dalam pelombongan.”

Sahgal menambah: 

“Kami menyedari bahawa 4.9G/LTE yang mengendalikan lebih daripada 85 peratus aplikasi perindustrian akan terus menjadi pilihan rangkaian mudah alih persendirian utama untuk suatu tempoh yang berpanjangan. 
"Dengan pengumuman ini, kami menggabungkan semua yang terbaik. Kami menawarkan pelanggan pilihan untuk bermula dengan 4.9G/LTE, dan bertukar kepada 5G apabila ekosistem mereka sudah matang, atau ‘terus ke 5G’ – mengesahkan teknologi ini dan menggalakkan OEM dan pembekal aset-aset perindustrian untuk membangunkan ekosistem 5G yang cemerlang.”

Pablo Tomasi, Penganalisa Utama, Private Networks di Omdia berkata; 

“Untuk berjaya dalam vertikel industri seperti pengangkutan dan perkilangan, ekosistem mudah alih mestilah memberi tawaran menarik yang menangani semua masalah semasa dan aliran tidak terjangka (distruptive trend) untuk jangka panjang. 
"Pasaran rangkaian persendirian akan dibina berdasarkan kepercayaan dan hasil yang disampaikan oleh LTE persendirian. 
Walau bagaimanapun, perusahaan, pembekal dan penyedia rangkaian perkhidmatan perlu memahami potensi sebenar 5G dan bagaimana untuk menggabungkan ia dengan strategi mereka. 
Dengan bertindak pantas melalui penawaran Rangkaian Persendirian 5G SA, Nokia kini berpeluang memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan ekosistem 5G untuk perusahaan.”

Melalui pengenalan perkhidmatan rangkaian mudah alih persendirian 5G SA yang tersedia secara komersial, Nokia juga membolehkan rakan-rakan OEM dan ekosistemnya untuk mempercepatkan pengesahan bagi keupayaan 5G. 

Ini akan membantu melonjakkan pembangunan aset perindustrian berkebolehan 5G, mempercepatkan penghasilan aplikasi, dan mengintegrasi 5G ke dalam proses dan sistem perindustrian di masa hadapan.

Selain bekerjasama dengan ekosistem rangkaian mudah alih persendirian – termasuk penyedia rangkaian perkhidmatan, rakan kongsi cloud, pengintegrasi sistem, perunding strategik dan pakar industri – Nokia akan turut memanfaatkan kepakaran vertikelnya untuk menyampaikan manfaat transformasi 5G dalam kes penggunaan spesifik industri.

Dengan adanya keseragaman daripada 3GPP R15 SA yang menyediakan asas untuk 5G persendirian dalam industri, rangkaian mudah alih persendirian 5G SA Nokia akan menjadi platform utama yang membolehkan ciri-ciri dan peningkatan berkaitan industri di masa hadapan. 

Ini termasuklah Ultra-Reliable Low-Latency Communication(URLLC), Time-Sensitive Networking (TSN), dan pelbagai keupayaan perindustrian lain yang akan melalui pelancaran 5G 3GPP lain (R16-18) di masa hadapan.

Pengumuman hari ini juga memenuhi keperluan pasaran seperti Jerman, Jepun dan UK di mana dengan adanya ketersediaan spektrum 5G tempatan, adalah penting untuk penerimaan awal teknologi 5G dan ekosistem yang berkaitan.

Nokia juga melancarkan peningkatan kepada portfolio rangkaian 4.9G/LTE.


Pelancaran radio Jalur 87 (410MHz) yang pertama di dunia, memperluaskan potensi liputan untuk rangkaian mudah alih persendirian di seluruh negara merentasi IoT CSP kritikal, keselamatan awam, pengangkutan dan utiliti.

Jalur lebar TD-LTE config 0 Uplinkdipertingkatkan, membolehkan muat naik yang lebih baik untuk video dan aplikasi mudah alih persendirian berasaskan mesin.

Sokongan dipertingkatkan untuk pengagihan (slicing) 4.9G/LTEbagi rangkaian mudah alih persendirian, membolehkan pengagihan bahagian menyeluruh secara maya untuk KPI berprestasi tinggi yang terjamin dalam kes kegunaan spesifik.


[CREDIT: Nokia]

29 Jul 2020

,

NETFLIX, the world’s leading streaming entertainment service, has confirmed Yoo Ah-in, Park Jeong-min, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah and Yang Ik-june as the leading cast for Hellbound, a new original series about supernatural angels appearing out of nowhere to condemn people to hell.

Yoo Ah-in, who created powerful characters through his roles in Burning, The Throne, and Veteran, portrays Jeong Jin-su, the charismatic and mysterious head of the New Truth Church. As the angels of death arrive, the New Truth Church leads a religious crusade proclaiming that these visits are the will of the divine.

Park Jeong-min will play Bae Yeong-jae, a producer at a broadcasting company that investigates the New Truth Church. Park has established himself as an actor with a wide range through his performances in Time to Hunt, Start-Up, and Svaha: The Sixth Finger.

Kim Hyun-joo (Watcher, I Have a Lover) will depict Min Hye-jin, a smart, self-assured lawyer who goes up against the New Truth Church and its extremist Arrowhead devotees. 

Won Jin-ah (The Age of Shadows, Steel Rain) will play Hong Ji-yeong who is the wife of Bae Yeong-jae, and a member of the New Truth Church who succumbs to unbearable pressure. 

Yang Ik-june (Breathless, Bad Guys: Vile City, It's Okay, That's Love) will perform as Jin Gyeong-hun, a police detective who investigates the unsettling appearance of the death angels. 

Hellbound will be directed by Yeon Sang-ho (Train to Busan, Peninsula) and written collaboratively by Yeon and Choi Gyu-seok, author of the popular webtoon Songgot.

Hellbound, to be produced by Lezhin Studio, will be available exclusively on Netflix.


[CREDIT: Netflix]

27 Jul 2020

,


VIU, a leading pan-regional OTT video service from PCCW Media Group, today announced 16 short films of Viu Shorts! by students from 16 cities and districts throughout Indonesia. 

Now in its second season with the spirit of National Children’s Day, the Viu Shorts! initiative aims to cultivate the interests and talent of young Indonesian film creators and bring their short story works to a global stage.

With the support of Wardah, a leading cosmetic brand in Indonesia, Viu Shorts! Season 2 was held in 16 cities for eight months, running from August 2019 through March 2020. The Viu Shorts! team witnessed the enthusiasm, creativity and pride of the local students, the majority of whom were 14 to 19 years old. 

Viu Shorts! workshops always begin with a session that aims to foster students’ love of their homeland and local experiences. For example, in the city of Palu, Central Sulawesi, the participating students, all of whom are victims of the 2018 tsunami, were able to translate their trauma into stories. 

In Dairi Regency, North Sumatra, the workshop started with basic computer training. While in Magelang Regency, Central Java, a regency known for its pesantrens (moslem boarding schools), all participants were students of those schools (santri) and therefore have their own special stories to tell.

16 amazing stories were successfully produced into 16 short films by nearly 700 students and local talent from 16 cities and regencies from across Indonesia. Some examples of the short films include: 

G-Rain by students in Batu, East Java. The film was shot with the beautiful Batu mountain landscape in the background and tells the story of Tengger tribe’s ritual to attempt to manage the frequency and volume of rain. 

Melaiq by students of Mataram, West Nusa Tenggara, and shot with the beach landscape as its background, refers to the local Sasak tribe culture of a man kidnapping a woman he will propose to in order to show his determination. 

Another stunning short film is Kanak Kembar, created by the students of Sangatta, East Kutai Regency, East Kalimantan. It features the local belief of the Dayak Kenyah tribe, that every baby was born with a crocodile as a twin.


The full list of 16 short films of Viu Shorts! Season 2 includes: Mepandes (Klungkung), Kalang Obong (Kendal), Penari Larangan (Majalengka), Kakaluk Fulan Fehan (Atambua), Dawuk (Cilacap), Danau Pengantin (Tangerang), Bulu Mata (Jakarta Selatan), Melaiq (Mataram), Ikan Merah (Magelang), Kelar Kelor (Kulon Progo), Limo Wasto (Surakarta), Pohon Pengantin (Salatiga), G-Rain (Batu), Lae Pandaroh (Dairi), Kanak Kembar (Sangatta) and La Love (Palu).


These films are expected to follow the success of the Viu Shorts! Season 1 which scored a number of important achievements. 

Viu Shorts! Season 1 was officially screened during the 2019 Cannes Film Festival, and one short film by students of Maumere, Sikka Regency, East Nusa Tenggara, titled Miu Mai, was awarded regional winner for Best Short Form Content category by the Asian Academy Creative Awards 2019.

Each year, one of the most talented students from the Viu Shorts! initiative receives a scholarship to study Cinematography at the Jakarta Institute of Arts for four years and at the same time receives an opportunity to work professionally as part of the Viu Original team in Indonesia.

Mr. Varun Mehta, Country Head of Viu Indonesia, said, 

“Viu is committed to Indonesia not only to entertain, but also to support the creative industry by empowering talent across Indonesia. 
Not only have we proudly received an international award, but more importantly the two seasons of Viu Shorts! have produced 33 young talented directors and more than 900 young creators in the content industry from 33 cities and regencies across Indonesia. 
This will play a very important role in the future of the Indonesian creative economy industry. 
Keeping our high commitment to build an ecosystem that supports the sustainability of the content industry in Indonesia, Viu will continue to bring Indonesian talent and stories to the global stage.”

Mr. Salman Subakat, CEO of PT. Paragon Technology & Innovation, said, 

"Wardah supports Viu Shorts! initiative and we share the same vision with Viu to make meaningful change for Indonesia. 
We have extraordinary talent in various parts of the country and we believe they must receive an equal opportunity to contribute significantly to the growth of the local economy.  
We are really proud to see how Viu, through the Viu Shorts! initiative, is bringing local content to the global stage. We hope to see Viu Shorts! continued success. We believe Viu Shorts! will be a motivation as well as an inspiration to other students across Indonesia."

Viu Shorts! Season 2 short films can be enjoyed on the Viu app, which can be downloaded for free on the App Store, Google Play, and selected smart TVs, as well as at www.viu.com.


[CREDIT: VIU]

26 Jul 2020

,

RTM berbesar hati menyiarkan kembali drama berkisar dunia bomba, Hero musim kedua dengan barisan pelakon baharu, dan pendekatan lebih segar yang disiarkan mulai 27 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 tengah hari di TV2. 

Realiti kisah kehidupan sebenar seorang anggota bomba mendepani pelbagai cabaran pekerjaan mereka sebagai pasukan penyelamat ini disampaikan dalam 26 episod terbitan syarikat NS Star Sdn Bhd. 

Menerusi musim kedua ini, penonton dapat menyaksikan babak-babak mencemaskan dan warna-warni kehidupan harian anggota bomba yang menampilkan lakonan mantap Redza Rosli, Sarah Hildebrand, dan Aidil Aziz bergandingan dengan Riz Amin, Oktovia Manrose, Shah Havzee, Anne Ngasri, Naim Shamsol, Shaharudin Thamby dan ramai lagi.

Menariknya plot kisah ini diselitkan dengan unsur kekeluargaan, persahabatan dan tanggungjawab dalam diri seseorang yang menjadi tarikan untuk tontonan semua lapisan masyarakat seisi keluarga dan semua rakyat Malaysia.

Menerusi setiap episod siarannya, drama bersiri arahan Jo Yusof ini lebih menumpukan kepada setiap kes tugasan yang pernah berlaku antaranya kemalangan, kebakaran dan termasuk juga panggilan palsu yang diterima anggota bomba dalam menjalankan amanah tugasan mereka. Pada masa sama mereka juga tidak terlepas daripada memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga dan insan tersayang. 

Ada juga kisah peribadi melalui perwatakan menarik dan lucu yang mewarnai kehidupan harian anggota bomba ditonjolkan dalam drama ini. Ia termasuklah kisah unik dan menarik yang pernah terjadi, didedahkan untuk memberikan gambaran jelas berkenaan tugas sebenar yang digalas anggota bomba.

Kenyataannya, drama ini secara tidak langsung mengajak masyarakat untuk menghayati pengorbanan pegawai dan anggota bomba yang sentiasa memberi komitmen dalam tugas memadam api serta menyelamat tanpa mengira kepentingan peribadi. 

Kerjaya mereka yang berdepan risiko setiap saat dan masa. Hanya dengan sedikit kesilapan mampu mengundang membahayakan nyawa sendiri. Ikuti setiap episod drama bersiri aksi bomba pertama di Malaysia ini menerusi saluran TV2. 



Hero 2
Bahasa: Melayu
Episod: 26          
Hari: Setiap Isnin hingga Khamis (Bermula 27 Julai) 
Masa: 1 Tengahari 
Saluran: TV2  
Terbitan: NS Star Sdn Bhd     
Arahan: Jo Yusof   
Pelakon: Redza Rosli, Sarah Hildebrand, Aidil Aziz, Riz Amin, Oktovia Manrose, Shah Havzee, Anne Ngasri, Naim Shamsol, Shaharudin Thamby.



[KREDIT: RTM]

25 Jul 2020

,


MENAWARKAN pelbagai aktiviti lasak yang memerlukan tenaga yang optimum, RTM tampil dengan program terbaharu yang menjadi tarikan kepada remaja dan golongan yang gemarkan aktiviti sebegini. 

Dalam program 13 episod diberi tajuk Pantang Dicabar disiarkan mulai 26 Julai ini, setiap Ahad, pukul 11.05 pagi di TV1 ini menggandingkan hos Akmal Ahmad dan Kim Fukazawa.

Hos program ini melakukan aksi lasak berbeza pada setiap episod yang belum pernah dicuba sebelum ini. Mereka diberi tunjuk ajar oleh jurulatih tertentu sebelum melakukan aksi-aksi tersebut. Tambah mengujakan lagi kerana melibatkan lokasi penggambaran luar negara iaitu Thailand, dan Indonesia juga di Malaysia sendiri berdasarkan aktiviti lasak dipilih.


#1 - LUNCUR AIR

Dalam episod pengenalan ini, hos melakukan aktiviti ekstrem di Chonburri berdekatan Bangkok, Thailand. Aktiviti yang dilakukan luncur air (wakeboarding). Mereka meluncur dalam air di sebuah tasik yang popular dengan sukan ekstrem tersebut. Hos perlu menjawab soalan berkaitan luncur air. 

Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Thai Wake Park Pattaya, Chonburi melakukan aktiviti ekstrem luncur air. Mereka bertemu Belka, seorang peluncur air profesional yang mengajar mereka teknik asas untuk meluncur air dengan betul. 


#2 - RENTAS BERTALI

Hos membawa penonton ke Pattaya, Thailand untuk melakukan aktiviti ekstrem iaitu Rentas Bertali (Zipline) di Flight Of The Gibbon, Siracha, Chonburi. Setibanya di pusat tersebut, mereka disambut oleh Suwanus Yibpikul dan diberi penerangan dan maklumat terperinci berkaitan aspek keselamatan oleh Sompote Cherntong, seorang ‘Skyrangers Flight Of Gibbon’. 

Terdapat sebanyak 23 ‘platform’ Rentas Bertali di kawasan tersebut dengan ‘patform’ yang paling tinggi ialah 45 meter. Mereka juga perlu berjalan di titian berayun untuk menguji tahap ‘kegayatan’ seseorang. 


#3 - LOMPATAN 'BUNGEE'

Mereka meneruskan perjalanan ke lokasi X-Bungy, Pattaya, Thailand untuk melakukan aktiviti ekstrem Lompatan ‘Bungee’. Kim dan Akmal telah disambut oleh En. Mark, pemilik X-Bungy Pattaya dan berkongsi cara lompatan dan aspek keselamatan yang perlu diambil berat oleh setiap penerjun. 

Beliau juga menerangkan yang Lompatan ‘Bungee’ di tempatnya merupakan yang tertinggi di Thailand iaitu 60 meter. Kim mencabar Akmal untuk melakukan Cabaran Lastik Manusia. Mereka ditarik naik menggunakan kren sehingga ketinggian 60 meter untuk melakukan Lompatan ‘Bungee’ tertinggi di Thailand. 


#4 - LUMBA GO-KART

Episod seterusnya ke Bangkok, Thailand melakukan aktiviti Lumba Go-Kart di Impact Speed Park Bangkok antara litar go-kart yang terkenal. Akmal bertemu dengan Neo dan beliau menyuruh Neo yang kemudiannya berjaya melakukan aksi 'tagline' tersebut. 

Mereka seterusnya tiba di litar go-kart yang terkenal iaitu Impact Speed Park di Bangkok dan bertemu dengan Kittiwath Jangwang, pengurus litar tersebut. Kittiwath menerangkan sedikit sebanyak tentang sejarah penubuhan dan aktiviti yang sering dianjurkan di litar tersebut. Cabaran dimulakan dengan perlumbaan solo yang perlu dilakukan dengan catatan masa di bawah 45 saat. 


#5 - LUNCUR ANGIN

Dari Bangkok menuju ke Bali, Indonesia melakukan aktiviti ekstrem Luncur Angin (Windsurfing). Setibanya di Bali, mereka memulakan cabaran pertama iaitu melalui Kuiz Aktiviti Ekstrem yang mengutarakan soalan berkaitan sukan Luncur Angin. 

Kim disambut oleh Geby Amanda, Eksekutif Pemasaran Rip Curl School Of Surf dan kemudian bertemu Surya Gangga Nata, Penolong Ketua Jurulatih yang mengajar mereka teknik untuk meluncur angin dengan posisi keseimbangan badan yang betul berpandukan arah tiupan angin. 


#6 - TERBANG DI AIR

Episod di Bali, Indonesia, Akmal dan Kim melakukan aktiviti ekstrem Terbang Di Air (Flyboarding). Peserta perlu menggunakan peralatan khas untuk terapung di atas air yang menggunakan kuasa tujahan air. 

Mereka ke Pandawa Marine Adventures, Tanjung Benda, Nusa Dua, Bali meneruskan cabaran ‘Flyboarding’. Mereka disambut oleh Pak Nyoman, jurulatih sukan ‘Flyboarding’. Pak Nyoman mengajar Kim dan Akmal teknik yang betul untuk melakukan aksi ‘Flyboarding’. 


#7 - PARALAYAR

Aktiviti ekstrem Paralayar (Parasailing) cabaran yang dilakukan oleh hos dalam episod ini. Kuiz Aktiviti Ekstrem dimulakan dengan soalan berkaitan dengan aksi Paralayar untuk menguji pengetahuan am mereka. Masih di Pandawa Marine Adventures, Tanjung Benda, Nusa Dua, Bali untuk meneruskan cabaran Paralayar. 

Akmal dan Kim menaiki bot dibawa ke tengah laut dan mereka akan ditarik naik dengan menggunakan payung terjun. Akmal memulakan aksi tersebut pada ketinggian 50 meter yang membuatkan dirinya gayat pada ketinggian tersebut. Seterusnya tiba giliran Kim pula dan beliau menjerit dan teruja apabila berada di udara bersama payung terjun. 


#8 - MEREDAH ARUS

Bali, Indonesia masih menjadi pilihan dalam melakukan aktiviti ekstrem Meredah Arus (River Rafting) dimana peserta perlu mengharungi arus sungai yang deras dengan menggunakan kemahiran mengendalikan bot pelampung getah. 

Kim telah dicabar oleh Akmal melakukan aksi ‘Zipline Berbasikal' yang mana Kim perlu berbasikal di atas seutas kabel pada kedudukan tinggi. Akmal dan Kim kemudiannya dibawa ke Ubud, Bali oleh BMW Rafting bagi melakukan cabaran Meredah Arus. Mereka menuju ke Sungai Telaga Waja yang merupakan sungai yang sesuai untuk aktiviti Meredah Arus. 


#9 - MERENTAS LEMBAH

Akmal dan Kim terus berada di Bali, Indonesia bagi menyahut cabaran seterusnya iaitu aktiviti lasak Merentas Lembah (Canyoning). Pelbagai aksi perlu dilakukan dalam Merentas Lembah seperti memasuki hutan, menyusur dan mendaki tebing serta terjun ke dalam air terjun. 

Hos meneruskan perjalanan ke Buleleng, Bali untuk melakukan aktiviti Merentas Lembah. Mereka telah diberi taklimat oleh seorang tenaga pengajar syarikat Adventure & Spirit, iaitu Gustian Romanto yang akan membantu mereka dalam aksi Merentas Lembah. 


#10 - RENANG DENGAN JERUNG

Lagi episod menarik di Bali, Indonesia melakukan aktiviti ekstrem Renang Dengan Jerung. Mereka dikehendaki berenang di laut dengan kehadiran beberapa ekor ikan jerung. Kim melakukan aksi Dayung Berdiri. 

Mereka seterusnya dibawa oleh En. Nyoman Sudra, seorang penjaga dan penyelamat di Ocean Club Bali menuju ke kelong yang menempatkan ikan jerung. Setibanya di kelong, mereka disambut oleh Pak Arshad Bahir, penyelia kelong tersebut yang sudi berkongsi maklumat berkaitan dengan aktiviti yang akan mereka lakukan. 

Kim dan Akmal memulakan cabaran Renang Dengan Jerung dengan menggunakan peralatan ‘Snorkeling’. 


#11 - MOTOR LASAK

Kim dan Akmal kembali berada di Kuala Lumpur, Malaysia melakukan cabaran aksi ekstrem sukan Motor Lasak (Enduro). Mereka seterusnya menuju ke Rock Enduro, Kemensah, Selangor, litar untuk sukan Motor Lasak. 

Akmal dan Kim diberi taklimat serta diajar asas tunggangan oleh Encik Muhd. Mereka mula menunggang di kawasan lapang untuk membiasakan diri dengan motor sebelum memasuki laluan hutan yang berbukit dan berliku. Malang tidak berbau buat Kim selepas beliau terlibat dengan kemalangan ketika menuruni sebuah bukit. 


#12 - JURUTERBANG SEHARI

Kali ini penonton dibawa ke Petaling Jaya, Selangor mencabar diri sebagai Juruterbang Sehari (One Day Pilot). Akmal dan Kim melakukan cabaran dan kemudiannya menuju ke Terminal Subang Skypark bertemu dengan Kapten Imran Ismail, seorang juruterbang profesional. 

Kapten Imran memberi taklimat berkaitan penerbangan yang akan mereka lakukan nanti. Beliau juga melakukan pemeriksaan terhadap pesawat ringan yang akan digunakan. Akmal berpeluang untuk mengendalikan pesawat semasa berlepas dengan bantuan tunjuk ajar Kapten Imran. 

Selepas Akmal selesai mendarat, tiba giliran Kim mengendalikan pesawat dan selepas beberapa ketika, Kim kelihatan gementar dan takut. Kapten Imran segera mengambil alih pemanduan sehingga mereka selamat mendarat.


#13 - PARAMOTOR

Episod akhir Akmal dan Kim berada di Pulau Indah, Klang melakukan aksi ekstrem sukan Paramotor (Aerochute) yang melibatkan aksi terbang menggunakan bantuan motor dan juga payung terjun. Kuiz Aktiviti Ekstrem dimulakan untuk menguji pengetahuan am Kim dan Akmal berkaitan sukan Paramotor. 

Mereka bertemu En. Saufi Salim, juruterbang Paramotor profesional merangkap Presiden Persatuan Paramotor Malaysia. Beliau berkongsi maklumat berkaitan sukan Paramotor. Akmal dan Kim diajar asas penerbangan sebelum melakukan penerbangan yang sebenar. 

Akmal dan Kim kemudiannya melakukan penerbangan masing-masing sambil ditemani juruterbang Persatuan Paramotor Malaysia. 


[KREDIT: RTM]