PLATFORM penstriman terkemuka tempatan, sooka terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara aplikasi hiburan digital paling pantas berkembang di Malaysia.
Sempena sambutan ulang tahun keempat, sooka memperkenalkan pelbagai penambahbaikan teknologi, ganjaran pelanggan dan tawaran eksklusif dengan langkah yang menandakan misi berterusan mereka untuk membawa pengalaman menonton yang lebih lancar, pantas dan diperibadikan kepada rakyat Malaysia.
Antara kemas kini utama sejak awal tahun ini termasuk pembaharuan aplikasi yang kini dua kali lebih pantas, serta penambahbaikan pada sooka TV Stick yang menyokong kandungan sukan 4K UHD.
Dalam masa terdekat, sooka juga akan memperkenalkan Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab dinamik di semua platform, untuk memudahkan pengguna mengakses siaran langsung dan kandungan VOD mengikut citarasa.
Satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan ialah chatbot berasaskan AI untuk memberi sokongan pelanggan yang lebih pantas dan efisien.
Pertumbuhan Pengguna, Prestasi Cemerlang
Setakat ini, sooka telah mencatat pertumbuhan 100 peratus dari segi pelanggan berbayar, sekali gus menjadi aplikasi sukan No.1 di Malaysia dan tersenarai dalam lima aplikasi berpendapatan tertinggi di Google Play Store.
Platform ini turut menerima maklum balas positif daripada pengguna dengan penilaian 4.6 bintang di Google Play Store dan 4.2 bintang di App Store di mana ia satu petanda kepuasan pengguna yang stabil dan konsisten.
Sebagai penghargaan kepada pengguna, sooka menawarkan akses percuma selama 10 hari kepada pelan Sports & Entertainment dengan kod promosi HBDSOOKA, sah sehingga 31 Julai 2025 termasuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Pengarah sooka, Chu Young Lee, menyifatkan ulang tahun ini sebagai simbol komitmen berterusan mereka.
“Kami amat berterima kasih kepada semua pengguna yang memilih sooka. Kami akan terus membangunkan platform ini agar dapat memberi pengalaman penstriman yang membanggakan rakyat Malaysia,” ujarnya.
sooka turut merancang untuk mengumumkan kerjasama baharu dengan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama dalam masa terdekat di mana ia sebahagian daripada usaha menjadikan platform ini lebih mudah diakses dan memperkukuh kedudukannya dalam landskap hiburan digital negara. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments