20 Dis 2020

UQASHA SENROSE, SUDIKAH AWAK MENJADI ISTERI SAYA? - KAMAL ADLI MELAMAR UQASHA SECARA LANGSUNG



PELAKON Kamal Adli membuat kejutan istimewa buat kekasihnya, Uqasha Senrose dengan melamar heroin Perempuan Tanpa Dosa itu di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), pada Ahad.


Kamal 34, berbuat demikian selepas melunaskan tanggungjawabnya sebagai penyampai anugerah bersama Uqasha, sebelum melutut dan memberikan cincin lamaran itu dengan bersaksikan penonton di PICC dan di rumah yang menyaksikan siaran langsung itu.  

"Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?," ucap Kamal.

"Awak ni sedang 'promote' drama baharu kita ke?" balas Uqasha yang terkejut dengan lamaran berkenaan.


Kamal kemudiannya mengulang kembali lamaran tersebut sebelum dijawab 'yes' oleh Uqasha beserta sorakan  daripada penonton yang menyaksikan momen istimewa itu.


Terdahulu, Kamal dan Uqasha, 28, mula digosipkan mempunyai hubungan istimewa selepas membintangi drama arahan Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad pada tahun lalu.


Hubungan itu terus diperkatakan apabila mereka sekali lagi digandingkan dalam drama Perempuan Tanpa Dosa, juga arahan Michael Ang yang trending baru-baru ini.


Lebih menguatkan lagi spekulasi hubungan cinta mereka apabila Michael tanpa sengaja mendedahkan pasangan itu telah menghadiri kursus perkahwinan ketika dalam penggambaran drama terbabit.


Apapun, tahniah Kamal dan Uqasha. Semoga dipemermudahkan urusan ke jinjang pelamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan