21 Dis 2020

TIGA PROGRAM HIBURAN MENARIK RAIKAN KRISMAS DI TV2


MENJADI keutamaan bagi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk memberikan program terbaik terutama pada hari sambutan perayaan yang disambut saban tahun. Tidak terkecuali sambutan perayaan Hari Krismas atau Hari Natal yang diraikan seluruh penganut agama Kristian. 

RTM menerusi saluran TV2 mengajak penonton mengira detik sambutan Hari Natal tahun ini dengan siaran program khas Muzikal A Wonderful X Mas pada 24 Disember ini, pukul 11.30 malam. 

Berhibur dengan muzikal yang menampilkan artis-artis tempatan dengan lagu-lagu mempesonakan dengan hos Micheal Xavier dan Cheryl Ong. 



Diikuti program Underneath Christmas Tree, pukul 10.30 pagi istimewanya kerana menampilkan lagu-lagu terkini dan malar segar daripada artis terkemuka tanah air. Berdurasi 90 minit dihoskan oleh BK dan Doria Rachel Jolly. 




Melalui program khas ini penonton dapat mengikuti Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang dilakukan oleh stesen radio berbahasa Inggeris RTM, TRAXXfm yang turun padang membantu golongan yang memerlukan. Artis yang membuat persembahan Jaclyn Victor, Vince Chong, Reshma, Yuveena, Suki Low dan Nashrin.

Hari sama turut disiarkan Joyful December, pukul 3.30 petang yang berlangsung di A Famosa, Melaka. Saksikan barisan artis hebat Jaclyn Victor, Zizi Kirana, Dr Soo Vincci, Shantish, Jay Jay, Resh, Russel Curtis, Ferona (Bintang RTM) menyampaikan lagu-lagu popular bersesuaian tema sambutan Hari Natal. Ia turut menggandingkan tiga pengacara Awal Ashaari, Thanuja Ananthan dan Elspeth Dines (TRAXXfm).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan