Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TARUHAN THE SELLA UNTUK SETAJAM KATA



KUMPULAN The Sella telah ditubuhkan pada tahun 2017, dan pada asalnya mereka ini merupakan pemuzik jalanan di sekitar Kuala Lumpur.

Kumpulan ini membawakan konsep rock dan dianggotai oleh tiga orang iaitu Ceasar yang merupakan vokalis dan gitar utama, Liley (bass) dan Apis (dram dan vokalis kedua).

Pencapaian tertinggi kumpulan The Sella ini ialah apabila mereka diberi peluang untuk membuat persembahan di beberapa buah daerah di kota Perancis pada tahun 2018 dan telah merakamkan lagu pertama mereka dalam bahasa Inggeris berjudul Cold Love, hasil ciptaan Dzicky Blues Bugs dan lagu mereka dilancarkan di Perancis pada tahun tersebut.

Tahun 2020 ini, The Sella mencuba nasib didalam industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharu mereka berjudul Setajam Kata di bawah naungan label M & J Entertainment.

Lagu bergenre Alternatif rock ini dicipta oleh komposer muda yang berbakat iaitu saudara Nelson Limbun yang merupakan sahabat kepada vokalis utama The Sella yang berasal dari Sarawak.

Lirik video lagu itu adalah berbentuk animasi lakaran watak setiap ahli kumpulan yang dilakarkan oleh kartunis terkenal Majalah Apo/Ujang tanah air iaitu Manzar.

Lagu Setajam Kata dicipta di waktu negara dilanda wabak covid sekaligus memberi inspirasi kepada pencipta untuk menulis lirik yang mengisahkan tentang perjuangan seseorang insan bersama rakan-rakan lain, tidak kira dalam apa jua bidang yang dilakukan untuk terus berusaha dan terus maju untuk mencapai kejayaan.

Lagu ini juga diharap dapat memberi inspirasi kepada kita supaya tidak mudah berputus dalam waktu yang sedang sukar.

Setajam Kata boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBox.

Lirik video juga boleh ditonton di YouTube menerusi ‘channel’ M&J Entertainment.


SETAJAM KATA
by The Sella

Waktu terhenti
Dan terasa sepi
Di kala bumi saling menghakimi sendiri
Dengan bicaramu
Ku tuliskan lagu
Agar dapat ku luahkan dengan dunia

Biar kan waktu
Ku tak mengalah
Ku terus berjuang dan terus
Mengejar, impian
Bersama, mereka
Seperjuangan seperti diriku

Kata cuma berkata
Mulut sampai kepala
Walau pisau takkan setajam kata
Dengan bicaramu, 
Ku tuliskan lagu
Agar dapat kuluahkan dengan dunia.

Artis: The Sella
Lagu: Nelson Limbun
Lirik: Nelson Limbun

Post a Comment

0 Comments