Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aswara Hidupkan Semula Karya Cao Yu — 'Ribut' Sarat Emosi & Simbolisme


Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN

KARYA agung Thunderstorm hasil nukilan Cao Yu diangkat semula dalam adaptasi moden berjudul Ribut, yang bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada 28 dan 29 Jun 2025, jam 3 petang dan 8.30 malam.

Pementasan ini diarahkan secara bersama oleh dua nama besar dalam dunia teater tempatan, Aish Mirza dan Gloria Mujan yang menjanjikan sebuah pengalaman artistik yang penuh lapisan emosi serta simbolisme mendalam.

Mengambil latar Ipoh pada tahun 1998, Ribut menyelongkar kisah sebuah keluarga elit yang menyimpan pelbagai rahsia gelap. Di sebalik keindahan rumah agam yang tersergam, tersembunyi tekanan, kepura-puraan dan luka silam yang masih berdarah.

Kekuatan ceritanya terletak pada simbolisme rumah itu sendiri, tempat tekanan, kepura-puraan dan luka lama. Apabila satu demi satu kebenaran mula tersingkap, suasana yang sebelum ini tampak tenang mula bergoncang. Emosi yang dipendam mula tumpah, dan 'ribut' pun tercetus.

Merentas Zaman

Ribut menyentuh tema konflik keluarga, ketidaksempurnaan manusia, dan perjuangan menuntut kebenaran, menjadikannya naskhah yang relevan merentasi zaman dan latar.

Tiket untuk menyaksikan pementasan ini boleh didapati dengan harga hanya RM10 sahaja, dan terbuka kepada pelajar serta orang awam. Untuk tempahan, sila hubungi Mamoo di talian 012-4013187 atau Aiman Daniel di 014-2306645.

Naskhah Ribut bukan sekadar hiburan, tetapi pengalaman emosi yang mencengkam. Saksikan sendiri bagaimana satu keluarga dihanyut badai emosi, hanya di Panggung Eksperimen, Aswara. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments