16 Dis 2020

PENCARIAN PESERTA I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA MUSIM BAHARU KINI BERMULA!



PROGRAM
muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan bakal kembali untuk musim yang keempat pada tahun 2021.


Penangan hebat ICSYVMY telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menunjukkan bakat dan sama-sama menghiburkan penonton dengan gaya tersendiri!

ICSYVMY Musim 3 yang telah bersiaran untuk 21 episod pernah mencecah 5.5 juta penonton, mencatatkan kadar tontonan TV secara purata pada 3.1 juta penonton serta mengumpul 55 juta tontonan digital pada keseluruhannya.

Penyertaan ICSYVMY4 kali ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Tidak kira anda seorang penyanyi atau penyamar, anda dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan menghantar rakaman video ke www.xtra.com.my/icsyvmy  dari 14 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di www.xtra.com.my/icsyvmy dan mengisi borang dengan lengkap. Muat naik video uji bakat di dalam borang penyertaan itu. Video nyanyian harus dirakam secara acapella, tiada iringan muzik dan tanpa ‘minus one’. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak produksi.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.



[KREDIT: TV3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan