Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sensory Wayang Kulit - Traditional Theater beyond sight


SENSORY Wayang Kulit - Traditional Theater Beyond Sight merupakan sebuah projek anjuran pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 3, Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya Warisan dan Kebangsaan (ASWARA) dibawah subjek Penilaian Tahun Akhir (PeTA).

Projek Wayang Kulit atas talian yang disertai Deskripsi Audio (Penerangan Suara) ini diadakan buat pertama kali di Malaysia dengan inisiatif untuk memperkenalkan seni tradisional Wayang Kulit kepada komuniti berpenglihatan terhad dan buta.

Projek ini merangkumi program seperti Bengkel Sensory Wayang Kulit, Hikayat Storytelling bersama Kaki Seni dan Persembahan Sensory Wayang Kulit .

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung Wayang Kulit yang terdiri daripada pelbagai watak mitologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Tok Dalang. Cerita yang dimuatkan dalam Wayang Kulit Kelantan adalah berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama.

Patung Wayang Kulit yang dihasilkan untuk bengkel yang telah dijalankan secara atas talian selama dua hari pada 28 Novermber 2020 dan 29 November 2020 agak berbeza dengan penambahan tekstur ke atas patung Wayang Kulit tersebut supaya orang yang berpenglihatan terhad dan buta dapat lebih memahami ciri-ciri patung Wayang Kulit melalui deria sentuhan mereka.

Para peserta didedahkan dengan cara mewarna patung wayang kulit, cara memegang dan cara bermain wayang kulit menjadi Tok Dalang dengan membaca dialog cerita di dalam dialek Kelantan.

Bengkel ini disertai oleh sembilan orang perserta yang mengalami cacat penglihatan serta satu perserta yang mempunyai masalah pembelajaran dari Dialogue In The Dark Malaysia. Bengkel Sensory Wayang kulit ini diteraju oleh Kamarul Baisah yang merupakan Dalang Muda dalam persembahan teater Wayang Kulit Kelantan dan juga merupakan seorang pensyarah di Pusat Seni Tradisional Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Persembahan akhir para perserta dapat ditonton secara atas talian pada 30 Januari 2021 pada pukul 8.30 malam hingga 10.10 malam di platform media sosial di Facebook @sensorywayangkulit dan YouTube.

Sensory Wayang Kulit - Traditional Theater Beyond Sight ini merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan sebuah persembahan Wayang Kulit yang dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuklah dari komuniti berpenglihatan terhad dan buta serta dengan harapan agar program-program sebegini menjadi terusan dan penyambung oleh generasi yang akan datang dalam mengangkat kesenian tradisi negara. - 7KLIK 


[KREDIT: Aswara]








Post a Comment

0 Comments