| FOTO: Netflix Malaysia |
FINALE yang dinanti-nantikan untuk siri fenomena Squid Game akhirnya tiba. Musim ketiga yang juga penamat kepada permainan yang mendebarkan ini mula ditayangkan pada 27 Jun lalu.
Sebagai salam perpisahan terakhir, Netflix membawa peminat di Malaysia menelusuri semula memori paling ikonik menerusi Squid Game: The Exhibit, sebuah instalasi berskala besar yang memberi penghormatan kepada pelbagai permainan dari musim 1 hingga musim 3.
Dianjurkan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun di LaLaport Bukit Bintang City Centre, lebih 8,000 pengunjung termasuk yang hadir lengkap dalam kostum karakter kegemaran mereka melangkah masuk ke dunia Squid Game buat kali terakhir.
Acara bermula pada Jumaat, 27 Jun dengan kemunculan 50 Pink Guard berbaris kemas bersama watak ikonik, Young-hee dan rakan baharunya, Chul-su untuk menyambut ‘pemain-pemain’ pertama hari itu.
Pengunjung disambut dengan kad jemputan Squid Game bersaiz gergasi di atas karpet merah jambu, simbolik bermulanya perjalanan ke dalam dunia permainan mencabar dan misteri ini.
Permainan Dalgona dari musim 1 turut diberi sentuhan lokal, di mana ukiran wau bulan tradisional diabadikan pada struktur sarang lebah bersaiz mega, menyuntik elemen budaya Malaysia kepada pengalaman global ini.
Sementara itu, permainan Flying Stone dari musim 2 diadaptasi daripada permainan zaman kanak-kanak rakyat Malaysia dengan menggantikan batu kepada selipar gergasi yang digunakan untuk menjatuhkan sasaran di penghujung trek.
Young-hee & Chul-su Kembali Bermain
Pada musim 3, Young-hee tampil dengan gaya baharu dan pasangan permainan terkini, Chul-su. Berdiri setinggi 18 kaki, duo menyeramkan tapi menghiburkan ini mengawasi peminat yang mencuba Jump Rope Challenge, permainan yang menguji kelincahan dan refleks.
Ratusan peserta berjaya menamatkan cabaran ini dan membawa pulang barangan eksklusif Squid Game, sambil diawasi rapi oleh para Pink Guard yang bertugas sepanjang acara.
Pada hari kedua, Sabtu 28 Jun, peminat turut dikejutkan dengan kehadiran Amir Ahnaf, pelakon tempatan yang kini dikenali sebagai Panos (Thanos versi Malaysia) dalam video parodi viral Netflix Malaysia.
Ketiga-tiga musim Squid Game kini boleh distrim di Netflix. Jangan lepaskan peluang untuk menamatkan permainan atau ditamatkan olehnya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- julai-di-max-sedia-untuk-maraton-drama.
- rancangan-baharu-netflix-sepanjang
- ryu-seungryong-buru-harta-karun-dalam-k
0 Comments