PELAKON hebat daripada siri hit Moving, Ryu Seungryong, kembali menghiasi skrin menerusi drama Korea terbaharu berjudul Low Life, sebuah kisah jenayah penuh konflik yang menggabungkan suasana klasik dan misi pencarian harta karun dasar laut.
Mengambil latar Korea Selatan era 1970-an, Low Life mengisahkan pasangan bapa saudara dan anak saudara iaitu Oh Gwanseok (lakonan Ryu Seungryong) dan Oh Heedong (Yang Sejong) yang bergelut dengan kehidupan dan sering mencuba pelbagai jalan pintas demi mengejar kekayaan.
Segalanya berubah apabila muncul khabar tentang kapal lama yang karam di pesisir Korea, dipercayai membawa harta bersejarah yang bernilai tinggi.
Gwanseok dan Heedong segera menyusun pelan, namun mereka bukan satu-satunya yang mengintai peluang ini. Pelbagai pihak dengan niat tersembunyi mula muncul dan persaingan pun bermula. Soalnya, mampukah mereka berdua sampai ke dasar sebelum semuanya dirampas orang lain?
Gandingan Pelakon Hebat
Selain Ryu Seungryong dan Yang Sejong, drama ini turut menampilkan Lim Soojung sebagai Yang Jungsook, antara watak penting dalam misi misteri ini.
Low Life diarahkan dan ditulis oleh Kang Yunsung, nama yang dikenali menerusi karya bergenre aksi dan jenayah yang penuh gaya dan ketegangan.
Siri ini hadir dengan 11 episod, di mana tayangan perdana sebanyak tiga episod serentak pada 16 Julai 2025. Selepas itu, dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu sebelum ditutup dengan finale dua episod yang dijadualkan pada 13 Ogos.
Low Life merupakan antara K-Drama original terbaharu yang akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Jika anda peminat genre jenayah, sejarah, dan aksi pencarian harta karun ala Ocean’s Eleven + National Treasure, siri ini wajib masuk dalam senarai tontonan.
Stream tiga episod pertama Low Life mulai 16 Julai, hanya di Disney+ Hotstar. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments