Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DAYANA ROZA SELAMAT BERGELAR ISTERI



PELAKON Dayana Roza atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, kini selamat bergelar isteri setelah dinikahkan dengan lelaki pilihannya, A'dael Adham Ayahudin, 33, pada jam 9 pagi, Jumaat.

Majlis pernikahan pasangan tersebut dilangsungkan di Masjid Negara dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berwajib.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin yang diberi dalam bentu gelang tangan bernilai RM2000 beserta tujuh dulang hantaran berbaslas sembilan. Sementara wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan ini telah berkenalan selama enam tahun dan mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos lalu.

Tahniah dan selamat pengantin baharu!






 

Post a Comment

0 Comments