Hot Posts

6/recent/ticker-posts

7klik

Seni.Hiburan.GayaHidup

7KLIK merupakan sebuah portal yang mamaparkan berita dan perkembangan semasa dunia hiburan, seni serta gaya hidup dalam dan luar negara.

Kandungannya melibatkan laporan berita sensasi semasa, acara terkini, persembahan, pementasan, program TV dan pawagam, hebahan informasi seni budaya, pendapat, temubual dan sebagainya.

Diperkenalkan pada 2017, 7Klik menyasarkan semua golongan pembaca dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur dengan menyediakan kepelbagaian kandungan serta tidak terarah kepada satu-satu golongan sahaja.  

Selain portal, 7Klik juga mempunyai saluran YouTube yang turut menyediakan kandungan menarik menerusi paparan video di lapangan pelbagai acara untuk disajikan kepada penonton.

Tidak hanya memfokuskan kepada kandungan komersial, platform ini sentiasa menampilkan perkongsian berkenaaan acara-acara seni budaya, selain memberi hebahan informasi berkaitan dalam menyajikan lebih pilihan kepada orang ramai dalam hiburan.

Komitmen itu adalah selaras matlamat 7Klik yang mahu menjadikan portal ini sebagai satu platform berita yang berkongsi pelbagai kandungan yang tidak hanya memfokuskan kepada nilai sensasi atau komersial semata-mata.

7Klik sentiasa mengambil kira idea, mesej, pendapat dan maklum balas lain daripada pembaca kami dalam usaha untuk terus meningkatkan kualiti portal dari masa ke semasa.

Portal ini sepenuhnya diuruskan oleh 7Klik.Com yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Post a Comment

0 Comments