Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Khadijah Ibrahim Lepaskan Rindu Bertemu Peminat di Brunei



Oleh: SORAYA AFNAN

KEHADIRAN penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim, di Brunei baru-baru ini disambut penuh mesra dan emosi oleh peminat setianya yang telah lama merindui figura seni tersohor itu.

Dalam sesi ramah mesra yang berlangsung sempena Consumer Fair di ICC Berakas, Khadijah, 65, meluangkan masa berkongsi perkembangan terkini serta berinteraksi mesra bersama peminat yang datang dari seluruh pelosok negara.

Suasana penuh nostalgia menyelubungi majlis apabila para peminat turut menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Doa Buat Kekasih dan Ku Gembira Di Sampingmu, membangkitkan kembali kenangan indah era kegemilangan muzik 1980-an dan 1990-an.

Bagi para peminat di Brunei, peluang bertemu secara langsung dengan penyanyi yang telah mewarnai dunia hiburan selama lebih empat dekad ini merupakan satu pengalaman bermakna dan penuh emosi.

Sos Ibu Tarikan Baharu

Dalam kunjungan tersebut, Khadijah turut melancarkan produk terbaharanya, Sos Ibu, iaitu sos cili premium yang diinspirasikan daripada resipi turun-temurun keluarganya.




Majlis pelancaran itu menarik perhatian ramai pengunjung yang hadir untuk menyaksikan kemunculan ikon seni legenda tersebut dalam dimensi baharu sebagai usahawan.

“Saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Brunei. Ini adalah satu kenangan manis buat saya, lebih-lebih lagi apabila dapat memperkenalkan produk hasil air tangan saya sendiri di sini,” ujar Khadijah.

Sos Ibu mengekalkan rasa asli berasaskan resipi tradisional dan sesuai untuk pelbagai jenis hidangan, baik tempatan mahupun moden.

Produk ini dijangka memasuki pasaran Brunei secara rasmi dan akan berada di beberapa pasar raya besar dalam masa terdekat melalui kerjasama strategik dengan rakan niaga tempatan.

Pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Khadijah memperkenalkan jenama produk tempatan ke peringkat antarabangsa, selain memberi inspirasi kepada golongan artis dan usahawan seni untuk berani menceburi bidang perniagaan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments