24 Dis 2020

SAKA NAN SEPI DI RUMAH KITA?



PENONTON
dan peminat filem komedi seram sering disajikan dengan pelbagai jenis hantu. Muncul dengan kelainan, Astro Shaw persembahkan hantu yang kelakar, suka pamerkan aksi comel dan mampu berinteraksi dengan manusia.

Gelagat lucu tersebut boleh di tonton menerusi filem terbaru terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Alpha47 Films, iaitu Saka Nan Sepi yang akan menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First mulai 10 Disember lalu.

Filem komedi seram ini telah mendapat sentuhan oleh pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman. Jika sebelum ini Razaisyam Rashid mengarahkan filem seram dengan elemen yang lebih serius iaitu Pusaka, tetapi kali ini beliau tonjolkan kebolehanya dengan mengarahkan filem komedi seram dengan menyuntik elemen lucu terutamanya kepada hantu itu sendiri.

Sarat dengan unsur komedi dan nilai kekeluargaan, penonton pasti dapat merasainya menerusi lakonan mantap yang dijayakan oleh barisan pelakon terkenal tanah air seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini. Ini juga menjadikan kemunculan semula buat Syafiq Kyle dan Mimi Lana di dalam filem selepas filem terakhir meraka, Pusaka pada tahun 2019.

Jika kebiasaanya, kehadiran hantu pasti mengundang rasa takut dan menyeramkan tetapi bezanya Saka Nan Sepi memperlihatkan hantu yang takut kepada manusia. Ia dapat disaksikan menerusi watak Girlboy Saka yang merupakan hantu yang kelakar, takutkan manusia dan kucing, rajin membantu serta pendengar yang baik.

Manakala pelakon lain seperti Namron membawa watak seorang bapa yang romantik dan kelam kabut, Sherry AL Hadad jayakan watak seorang isteri baru kepada ayah bekas rakan sekelasnya tetapi kehadirannya tidak diterima oleh anak-anak tirinya, manakala, Syafiq Kyle membawa watak seorang anak lelaki yang penakut dan banyak habiskan masa bermain game, Mimi Lana dengan watak anak perempuan yang sentiasa dengan dunianya sendiri.


Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro Shaw terbitkan sebuah lagi filem yang diterbitkan eksklusif untuk tayangan di Astro First bagi memenuhi kehendak peminat filem seram dan komedi.

"Kami terbitkan Saka Nan Sepi dan ia menampilkan gandingan pelakon-pelakon berbekat besar dan garapan pengarah hebat. Penonton dapat saksikan kemunculan semula ‘Gandingan Serasi Filem Popular’, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 melalui filem Pusaka, iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

"Malah, Syafiq Kyle, Namron, Mimi Lana dan Sherry Al Hadad juga turut tonjolkan sisi berbezanya dengan watak humor.

"Menariknya, tidak seperti filem seram komedi yang lain di mana kebiasaanya akan tonjolkan hantu yang menyeramkan, tetapi Saka Nan Sepi tampilkan hantu yang berbeza yang mana kami merasakan keadaan fizikal dan perwatakannya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.

"Memandangkan filem ini bakal ditayangkan di pawagam rumah anda, jadi hantu dan jalan ceritanya yang lebih santai amat bersesuaian dengan tontonan seisi keluarga.

"Kami harap filem ini bukan sahaja mampu memberi hiburan semata-mata kepada penonton Astro tetapi turut menyampaikan mesej tersirat yang boleh di ambil sebagai pengajaran,” katanya.

Saksikan filem Saka Nan Sepi yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480.

Anda juga boleh strim Saka Nan Sepi di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.


SINOPSIS

Keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.

Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan.

Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti. Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu.

Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.

 

[KREDIT: Astro Shaw]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan