Musim Baharu, Lokasi Baharu: The White Lotus Musim 4 Kembali dengan Dunia Penuh Satira dan Kemewahan


The White Lotus kembali dengan musim keempat yang kini memulakan penggambaran di French Riviera, Perancis | FOTO: HBO

THE White Lotus kembali mencuri perhatian apabila musim keempat siri HBO Original yang memenangi anugerah Emmy ini secara rasmi memulakan penggambaran di French Riviera, Perancis.

Siri karya Mike White itu sekali lagi membawa penonton ke dunia penuh satira sosial yang dibalut dengan kemewahan dan ketegangan tersirat.

Untuk musim terbaharu ini, penggambaran akan berlangsung di beberapa lokasi ikonik sekitar selatan Perancis termasuk Cannes, St. Tropez dan Monaco.

Walaupun Paris turut menjadi salah satu lokasi produksi, naratif utama cerita kekal berpusat di kawasan Côte d’Azur yang sinonim dengan pesona tepi laut dan gaya hidup elit Eropah.

Musim keempat ini akan mengikuti sekumpulan tetamu hotel White Lotus serta para pekerjanya sepanjang tempoh satu minggu, dengan latar masa yang berlangsung serentak dengan Festival Filem Cannes.

Struktur penceritaan ini dijangka mengekalkan elemen ketegangan, ironi sosial dan konflik manusia yang menjadi identiti utama siri tersebut.

Barisan pelakon kali ini menampilkan deretan nama besar termasuk Helena Bonham Carter, Vincent Cassel, Steve Coogan, Caleb Jonte Edwards, Dylan Ennis, Corentin Fila, Ari Graynor, Marissa Long, Alexander Ludwig, Chris Messina, AJ Michalka, Kumail Nanjiani dan Nadia Tereszkiewicz.

Turut melengkapkan senarai pelakon ialah Chloe Bennet, Sandra Bernhard, Heather Graham, Max Greenfield, Frida Gustavsson, Charlie Hall, Jarrad Paul, Rosie Perez, Ben Schnetzer dan Laura Smet, menjadikan musim ini antara yang paling dinantikan peminat sejak siri ini diperkenalkan.

Siri ini terus berada di bawah sentuhan kreatif Mike White yang bertindak sebagai penulis dan pengarah yang turut bergandingan sebagai penerbit eksekutif bersama David Bernad dan Mark Kamine dalam memastikan kesinambungan identiti visual dan naratif yang telah menjadi kekuatan utama francais ini.

Dengan pendekatan yang konsisten dari segi naratif dan identiti visual, The White Lotus terus mengekalkan daya tarikannya sebagai sebuah siri yang bukan sahaja popular, tetapi juga signifikan dalam landskap hiburan moden.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments