| Aisha Retno dan Dr Christopher Vierhaus (tengah) bersama pasukan pemasaran Nivea dan rangkaian Black & White Invisible terbaharu |
KERETAPI Sarong bukan sekadar perarakan penuh warna dan kemeriahan sempena Hari Malaysia, malah menjadi gambaran suasana kehidupan rakyat Malaysia yang sentiasa aktif dan bergerak.
Penyertaan orang ramai dalam pelbagai pakaian tradisional, diiringi muzik serta pelbagai aktiviti sepanjang acara, turut membawa bersama cabaran kecil yang sering hadir ketika menjalani hari yang sibuk.
Apatah lagi dalam suasana yang sesak, cuaca panas dan aktiviti yang berlangsung sepanjang hari, perkara kecil seperti peluh, bau badan atau kesan pada pakaian boleh menjadi antara kebimbangan yang menjejaskan keyakinan diri.
Elemen itu menjadi fokus Nivea menerusi kemunculan rangkaian Black & White Invisible Deodorant di Keretapi Sarong 2026, sambil membawa mesej ‘United by One Confidence’.
Menurut Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr Christopher Vierhaus, Keretapi Sarong dekat dengan realiti kehidupan seharian kerana ia menghimpunkan orang ramai dalam suasana yang aktif dan mencabar, sekali gus menjadikan keyakinan diri antara perkara yang penting untuk diberi perhatian.
Jelasnya, rangkaian baharu Nivea Black & White Invisible hadir dengan Dual Shield 72 jam yang memberi perlindungan terhadap peluh dan bau badan, selain membantu mengurangkan kesan putih pada pakaian hitam serta tompokan kuning pada pakaian putih.
Di Keretapi Sarong 2026, tema tersebut diterjemahkan menerusi sebuah persembahan berunsur teater yang menampilkan penyanyi Aisha Retno bersama penari Zeppo Youngsterz Zapport dan koir Devokalis UPSI.
Gabungan muzik, gerak tari dan penceritaan mengetengahkan situasi harian yang mungkin kelihatan kecil, tetapi boleh memberi kesan kepada rasa yakin seseorang.
Keyakinan Diri
Bagi Aisha Retno yang sering terlibat dalam pelbagai aktiviti dan persembahan, kebimbangan seperti peluh dan keadaan pakaian bukan sesuatu yang asing, terutama ketika membuat persembahan di luar.
“Bila membuat persembahan, terutamanya di luar dalam cuaca Malaysia, saya tidak mahu risau tentang peluh, bau badan atau kesan kuning pada pakaian putih,” katanya.
Aisha turut berkongsi pengalamannya menggunakan Nivea Black & White Invisible Authentic, yang menurutnya membantu dia berasa lebih tenang ketika berada di atas pentas.
“Saya juga sukakan haruman bunga dan buah-buahannya yang membuatkan saya rasa segar sepanjang hari dan lebih yakin di atas pentas,” katanya.
Bagi Insomniacks pula, isu kesan pada pakaian lebih dekat dengan penampilan mereka ketika membuat persembahan. Kumpulan itu mengakui pakaian berwarna hitam sering menjadi pilihan, menjadikan kesan putih akibat deodoran antara perkara yang turut diberi perhatian.
“Kami memang banyak mengenakan pakaian hitam ketika membuat persembahan, jadi bila beraksi lama, peluh dan kesan putih pada pakaian memang antara perkara yang kami risaukan,” kata Insomniacks.
Menerusi rangkaian Black & White Invisible, kumpulan itu berkata mereka dapat memberi lebih tumpuan kepada persembahan tanpa terlalu memikirkan keadaan pakaian ketika berada di atas pentas.
“Dengan Dual Shield Protection, kami bukan sahaja kekal segar, malah pakaian hitam juga bebas daripada kesan putih, jadi kami boleh fokus sepenuhnya untuk memberikan persembahan terbaik,” ujar mereka.
Selain Aisha Retno dan Insomniacks, kemunculan Nivea di Keretapi Sarong 2026 turut memperlihatkan bagaimana isu berkaitan keyakinan diri boleh diterjemahkan melalui muzik dan persembahan, tanpa lari daripada suasana perayaan yang menjadi identiti acara tersebut.
Kehadiran Nivea Black & White Invisible melengkapkan kemeriahan Keretapi Sarong 2026 dalam sebuah sambutan yang meraikan gaya, budaya dan keyakinan diri. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments