Zizan Razak, Nam Ron & Irfan Zaini Antara Selebriti Gayakan Denim UNIQLO FW26

Nam Ron, Zizan dan Irfan tampil selesa dalam gaya denim

DENIM mungkin antara pilihan fesyen yang paling mudah disesuaikan mengikut gaya dan rutin harian. Daripada potongan yang kemas untuk penampilan lebih polished hinggalah siluet longgar yang memberi rasa lebih santai, sepasang jeans boleh tampil berbeza bergantung pada cara ia digayakan.

Menyambut musim Fall/Winter 2026, Uniqlo mengetengahkan koleksi denim yang membawa idea tersebut menerusi rekaan yang mengutamakan keselesaan serta kebebasan bergerak.

Koleksi ini turut diterjemahkan melalui gaya beberapa personaliti tempatan termasuk Zizan Razak, Diana Danielle, Qasrina Karim, Nam Ron, Irfan Zaini, Jack Tan dan Shweta Sekhon.

Setiap personaliti tampil dengan gaya tersendiri, memperlihatkan bagaimana denim boleh disesuaikan dengan pelbagai karakter, kesempatan dan rutin harian. Daripada gaya yang lebih ringkas dan kemas kepada penampilan santai serta lebih berani, koleksi ini memberi ruang untuk denim diterokai mengikut citarasa individu.

Keselesaan Dalam Pelbagai Potongan

Antara yang menjadi perhatian ialah rangkaian EZY Jeans yang merangkumi EZY Ultra Stretch Jeans, EZY Barrel Jeans dan EZY Wide Straight Jeans.

Kesemua rekaan ini menggunakan fabrik bahagian dalam yang direka khas dengan tekstur lembut, menggabungkan penampilan denim yang autentik dengan rasa selesa seperti pakaian sweatwear. Rekaan tersebut turut memberi lebih kebebasan untuk bergerak, menjadikannya sesuai untuk dipakai sepanjang hari tanpa mengetepikan karakter klasik denim.

Selain rangkaian EZY, koleksi Fall/Winter 2026 ini turut menampilkan beberapa siluet kontemporari seperti High-Rise Wide Jeans, Baggy Jeans dan Baggy Barrel Jeans. Pilihan berkenaan menawarkan bentuk yang lebih longgar dan santai, selari dengan gaya denim semasa yang semakin pelbagai.

Turut melengkapkan koleksi ialah JW Anderson Straight Jeans yang membawa sentuhan lebih tersusun pada pilihan denim musim ini.


Kepelbagaian potongan dalam koleksi ini memperlihatkan bagaimana denim boleh bergerak antara gaya yang bersih dan kemas kepada penampilan lebih relaks serta berorientasikan fesyen.

Kehadiran barisan personaliti dengan gaya masing-masing pula memberi gambaran tentang cara denim boleh diterapkan dalam kehidupan seharian tanpa terikat pada satu gaya tertentu.

Koleksi denim ini merupakan sebahagian daripada koleksi LifeWear Fall/Winter 2026 Uniqlo yang mengangkat idea pakaian harian yang selesa, praktikal dan mudah disesuaikan mengikut kehidupan pemakainya.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments