Beli-Belah Dalam Talian Kini Lebih Pantas, Mudah Dan Interaktif


MEMBELI-BELAH dalam talian hari ini bukan lagi sekadar soal apa yang mahu dibeli, tetapi juga bagaimana mudahnya sesuatu pesanan sampai ke tangan.

Apabila e-dagang semakin menjadi sebahagian daripada rutin harian, kepantasan penghantaran, kemudahan mencari produk dan pengalaman sepanjang proses pembelian turut mempengaruhi pilihan pengguna.

Perubahan itu dapat dilihat menerusi Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat apabila lebih 60 peratus (%) pesanan dihantar dalam tempoh 24 jam, manakala purata masa dari pesanan dibuat sehingga diterima berkurang 20% berbanding 9.9 tahun lalu.

Menariknya, pembelian dalam talian juga semakin dekat dengan keperluan seharian. Produk pembaikan rumah, penjagaan kulit dan keperluan haiwan peliharaan antara yang menjadi pilihan, sementara perkhidmatan Instant dan Same Day Delivery memberi pilihan kepada pengguna yang memerlukan barangan tertentu dengan lebih segera.

Situasi ini memperlihatkan bagaimana jangkaan terhadap e-dagang turut berubah. Apa yang dahulunya mungkin sekadar kemudahan tambahan kini semakin menjadi sebahagian daripada pengalaman membeli-belah itu sendiri.

Menemui Produk Dengan Cara Berbeza

Pada masa sama, proses membeli-belah tidak semestinya bermula dengan seseorang mencari produk secara khusus. Kandungan digital juga semakin memainkan peranan dalam mencetuskan minat dan membantu pengguna menemui sesuatu yang mungkin tidak pernah mereka cari sebelum ini.

Menerusi Shopee Live dan Shopee Video, produk diperkenalkan dalam bentuk kandungan yang lebih santai dan interaktif melalui pencipta kandungan serta penjual. Kedua-dua saluran itu merekodkan lebih 1.7 bilion tontonan sepanjang 9.9, meningkat 1.3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Kemunculan Aisha Retno dan Anggrek sebagai Duta Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat, selain personaliti seperti Datuk Sri Aliff Syukri, turut menjadi sebahagian daripada pengalaman tersebut.

Bagi Pengarah Urusan D’Herbs, Aliff Syukri, kandungan seperti Shopee Live membantu perniagaannya mendekati lebih ramai pelanggan dan meningkatkan pendedahan produk.

Katanya, gabungan kandungan, manfaat VIP dan penghantaran pantas sebagai antara faktor yang membantu meningkatkan pengalaman pelanggan, dengan jualan mencecah RM100,000 dalam tempoh dua jam.

Dalam masa yang sama, keperluan untuk mendapatkan nilai yang lebih baik kekal menjadi sebahagian daripada pertimbangan pengguna.

Sepanjang 9.9, ahli Shopee VIP menikmati penjimatan lebih RM146 juta, manakala jumlah pengguna VIP aktif meningkat 1.3 kali ganda berbanding purata harian pada awal tahun ini.

Antara manfaat yang tersedia termasuk akses awal kepada tawaran tertentu, baucar harian dan penghantaran percuma iaitu pilihan yang memberi nilai tambahan kepada pengguna yang kerap membeli-belah dalam talian.

Bagi Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Lim Wei, perubahan itu menunjukkan bahawa pengguna kini melihat pengalaman membeli-belah secara lebih menyeluruh. Jelasnya, mereka bukan sekadar mencari tawaran yang baik, tetapi turut mengambil kira bagaimana produk ditemui, maklumat diperoleh dan pesanan diterima.

Perkembangan ini akhirnya menggambarkan satu perubahan yang lebih besar dalam cara pengguna berinteraksi dengan e-dagang. Apabila membeli-belah digital semakin menyatu dengan kehidupan harian, pengalaman yang mudah, pantas dan menarik menjadi sama penting dengan produk yang dibeli.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments