KESELESAAN ketika haid sering dikaitkan dengan tahap perlindungan yang diberikan, namun aspek keselesaan pada kulit juga tidak kurang penting.
Geseran yang berlaku ketika berjalan, bersenam atau melakukan rutin harian boleh menyebabkan rasa tidak selesa, terutama apabila kulit terdedah kepada sentuhan berulang dalam tempoh yang panjang.
Persoalan mengenai iritasi kulit ketika haid turut mendapat perhatian dalam Unicharm Penetration Survey. Kajian tersebut mendapati dua daripada lima wanita di Malaysia mengalami iritasi kulit ketika haid.
Dalam kalangan pengguna yang kerap mengalami ruam di bahagian celah paha, 32 peratus (%) mengaitkannya dengan geseran yang disebabkan oleh bahan plastik keras pada bahagian sisi tuala wanita.
Isu tersebut menjadi antara perkara yang mendorong jenama penjagaan feminin terkemuka, SOFY memperkenalkan SOFY Ultra Silk, tuala wanita ultra nipis yang menggunakan sutera tulen pada bahagian permukaan.
Inovasi ini memberi tumpuan kepada pengalaman pemakaian yang lebih lembut, khususnya dalam mengurangkan geseran pada kulit ketika wanita bergerak sepanjang hari.
Antara bahan yang digunakan ialah Sutera Mulberi Gred 6A dari Suzhou menerusi konsep Luxury Oriental Silk. Tuala wanita ini mempunyai ketebalan 0.06 sentimeter, manakala struktur tiga lapisan penyerapnya direka untuk membantu menyerap cecair dengan lebih pantas.
Reka bentuknya turut mempunyai tiga kali ganda pengudaraan bagi menyokong rasa lebih kering ketika digunakan. Gabungan beberapa elemen ini mencerminkan perkembangan dalam reka bentuk produk penjagaan feminin yang bukan hanya memberi perhatian kepada fungsi perlindungan, tetapi juga pengalaman pemakaian.
Melihat Keselesaan Dari Sudut Berbeza
Bagi Uni-Charm Corporation Sdn Bhd, keperluan wanita yang berubah mengikut gaya hidup turut menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan produk penjagaan feminin.
Pengarah Urusan Kumpulan Uni-Charm Corporation Sdn Bhd, Shigeto Yamanaka, berkata visi SOFY adalah untuk membolehkan wanita menjalani kehidupan dengan selesa dan yakin tanpa melihat haid sebagai penghalang.
“Di SOFY, visi kami adalah untuk memperkasakan wanita agar berasa ‘So Me, So Free’, kerana haid tidak seharusnya menjadi penghalang kepada wanita untuk menjalani kehidupan dengan selesa dan yakin.
Pengenalan SOFY Ultra Silk kepada pengguna turut disusuli dengan #theFinestPureSilk Roadshow hasil kerjasama bersama Watsons Malaysia.
Tidak sekadar memperkenalkan produk, roadshow ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali konsep di sebalik inovasi tersebut melalui beberapa aktiviti interaktif.
Antaranya ialah The Silk Lab, ruang yang membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai SOFY Ultra Silk. The Silk Wall pula menyediakan ruang bergambar bersama pek produk bersaiz gergasi, selain peluang untuk berkongsi pengalaman sepanjang roadshow di media sosial. Pengunjung turut boleh mencuba aktiviti di Oriental Scents Bar dengan menghasilkan uncang herba secara DIY, menjadikan konsep sutera dan penjagaan diri diterjemahkan melalui pengalaman yang lebih santai.
Acara #theFinestPureSilk Roadshow ini akan berlangsung di Sunway Velocity dari 9 hingga 13 September, diikuti Sunway Pyramid (21-27 September) dan 1 Utama (28 Oktober - 1 November).
SOFY Ultra Silk kini boleh didapati di Watsons Malaysia di seluruh negara, selain melalui platform dalam talian Watsons.
Pada akhirnya, pengalaman ketika haid berbeza bagi setiap wanita. Apa yang dianggap selesa oleh seseorang mungkin tidak sama bagi yang lain, menjadikan pilihan dalam penjagaan haid sesuatu yang bersifat peribadi dan bergantung pada keperluan masing-masing. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments