Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Di Sebalik Proses Kreatif Tempest: Visi & Karya Siri Asal Korea di Disney+ Hotstar


MENJELANG tayangan perdana Tempest pada 10 September ini, Disney+ Hotstar menganjurkan sesi ‘Creators Conversation’ pada 20 Ogos lalu di CGV Yongsan, Seoul, Kotrea Selatan.

Acara ini menampilkan barisan teras pasukan kreatif, termasuk Chung Seokyung (penulis), Kim Heewon dan Heo Myeonghaeng (pengarah), Kim Byunghan (pereka produksi), Hong Jungho (penyelia VFX), serta Carol Choi, yang merupakan Naib Presiden Eksekutif Strategi Kandungan Asal di The Walt Disney Company Asia Pasifik.

Carol Choi membuka sesi dengan menekankan momentum positif Disney+ Hotstar di rantau ini dan kami berharap Tempest akan memberi impak serupa.

"Saya teruja dengan Tempest kerana ia menggabungkan jalan cerita yang mendebarkan dengan barisan pelakon antarabangsa serta pasukan produksi bertaraf dunia.

"Siri ini menyatukan genre perisikan, romantik dan aksi, serta mengangkat tema universal mengenai kuasa, amanah, dan kebenaran,” ujarnya.

Siri ini mengisahkan Seo Munju (lakonan Gianna Jun), seorang bekas diplomat yang cekap, berusaha mendedahkan kebenaran di sebalik percubaan membunuh seorang calon presiden.

Munju dilindungi oleh Paik Sanho (lakonan Gang Dongwon), seorang perisik bebas dengan latar misteri dan penaja rahsia.

Sepanjang siasatannya, dia berdepan pelbagai ancaman dalam konspirasi antarabangsa yang menjangkau hingga ke Rumah Putih.

Chung Seokyung selaku penulis berkongsi pandangan tentang misi utamanya untuk menghasilkan cerita yang universal.

“Segalanya bermula apabila pengarah, Kim Heewon ingin menggambarkan sebuah karya romantik yang dipimpin wanita berkuasa. Dari situ, satu persoalan membawa ke persoalan lain, dan cerita mula terbentuk.

"Saya harap Tempest diterima sebagai cerita Korea yang seimbang dalam konteks global, bukan sekadar naratif besar, tetapi juga peribadi,” katanya.

Keaslian dan Emosi Sebagai Teras

Kim Heewon pula menyorot kepentingan elemen realisme dalam naratif, menekankan bahawa aksi dalam siri ini berkembang secara organik dari jalan cerita itu sendiri. Dia juga menegaskan bahawa fokus pasukan kreatif adalah memastikan setiap peristiwa boleh berlaku dengan realistik dalam dunia sebenar.

Sementara itu, Heo Myeonghaeng pula menambah mengenai pelbagai adegan aksi Sanho.

“Apa yang penting adalah mengimbangi realisme dan gaya. Aksi Sanho berakar daripada teknik yang dia asah melalui misi-misi sebelum ini.

"Kami mahu menampilkan pergerakan seseorang yang telah mahir dalam bidangnya, supaya penonton boleh jangkakan aksi yang menegangkan dan mendalam,” jelasnya.

(Dari kiri atas) Carol Choi, Chung Seokyung, Kim Heewon, Myeonghaeng, Hong Jungho dan Kim Byunghan teruja hasilkan Tempest  | FOTO: Disney+ Hotstar

Dari perspektif visual, penyelia VFX Hong Jungho menjelaskan bagaimana tonaliti, suasana dan musim membentuk arah visual siri ini. Tempest dijangka meningkatkan kesan emosi dan skala naratif, membuka kemungkinan baru untuk drama Korea.

Kim Byunghan menceritakan proses menterjemah skala epik cerita ke bentuk visual yang membawa keseimbangan antara realisme dan keindahan sinematik.

“Dengan kira-kira 200 lokasi berbeza di 13 negara, siri ini merupakan projek reka bentuk paling ambisius sepanjang kerjaya saya. Dinamik produksi menjadikan proses penggambaran segar dan memuaskan,” katanya.

Di penghujung sesi, Kim Heewon mengharapkan penonton di seluruh dunia dapat mengikuti kisah hubungan Munju dan Sanho dari awal hingga akhir.

Tempest menggabungkan beberapa elemen genre. Hubungan mereka penuh ketegangan, rindu, dan penemuan semula, dan saya harap penonton dapat menikmati kisah melodramatik ini secara menyeluruh,” akhirinya.

Dengan barisan pelakon antarabangsa, pasukan kreatif bertaraf dunia, dan jalan cerita yang tidak dapat dijangka, Tempest diiktiraf sebagai salah satu projek global paling dinantikan tahun 2025.

Siri ini akan mula disiarkan di Disney+ Hotstar dengan tiga episod pada 10 September, diikuti dua episod seminggu sehingga finale dua bahagian pada 1 Oktober. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments