Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lady Gaga & Ariana Grande Dominasi MTV VMAs 2025, Rosé Cipta Sejarah Tersendiri

Kemenangan bermakna dan penuh emosi buat Gaga, Ariana dan Rosé

MALAM penuh bintang di MTV Video Music Awards (VMAs) 2025 yang berlangsung di UBS Arena, Elmont, New York, menyaksikan dua nama besar muzik dunia, Lady Gaga dan Ariana Grande menjadi tumpuan utama apabila masing-masing pulang dengan kemenangan besar.

Acara ikonik yang saban tahun menjadi medan artis terbesar dunia meraikan karya muzik ini sekali lagi tampil penuh gemilang.

Gaga membuktikan statusnya sebagai legenda pop dengan meraih Artist of the Year, mengetepikan pesaing hebat seperti Bad Bunny, Beyoncé, Kendrick Lamar, Morgan Wallen, Taylor Swift dan The Weeknd.

Bukan itu saja, penyanyi berusia 39 tahun itu turut membawa pulang tiga trofi lain iaitu Best Collaboration bersama Bruno Mars menerusi Die With A Smile, serta Best Direction dan Best Art Direction untuk visual epik Abracadabra.

Dalam ucapannya yang penuh emosi, Gaga mendedikasikan kemenangan tersebut buat peminat di seluruh dunia.

"Saya tidak dapat gambarkan betapa bermaknanya anugerah ini buat saya. Menjadi seorang artis adalah usaha menyatukan semua orang di seluruh dunia.

"Seni adalah sangat penting dalam kehidupan dan ia satu disiplin. Seni bertujuan menyentuh hati dan mengingatkan mereka untuk terus bermimpi.

"Tanggungjawab seorang artis adalah membuat audiens senyum, menari, menangis dan melepaskan beban. Ia cara membina persefahaman serta meraikan komuniti.  Anda semua layak untuk terus bersinar," katanya yang tercalon dalam 12 kategori secera keseluruhan.

Begitupun, Gaga tidak sempat duduk lama di dewan anugerah kerana perlu bergegas ke Madison Square Garden untuk menjayakan konsert jelajah The Mayhem Ball.

Persembahannya untuk lagu Abracadabra dan The Dead Dance turut dipancarkan secara langsung kepada audiens VMAs, mencipta momen unik yang menghubungkan dua pentas serentak.


Di sisi lain, Ariana Grande pula mencipta momen manis apabila meraih empat kemenangan bagi kategori Video of the Year, Best Long Form Video, Best Pop dan Best Pop Artist menerusi lagu Brighter Days Ahead.

Terharu dengan kemenangan tersebut, penyanyi yang juga bintang filem Wicked itu menzahirkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokongnya merentasi pelbagai medium.

"Terima kasih kepada peminat, saya rasa mahu menangis. Terima kasih MTV, terima kasih juga kepada ayah saya yang buat kali pertama berlakon dalam video muzik ini. Dia bukan saja ayah terbaik, malah rakan terbaik saya," katanya penu emosi.

Turut mencuri perhatian, tentunya Rosé yang melakar sejarah tersendiri apabila menjadi artis K-Pop pertama yang mengungguli kategori Song of the Year menerusi kolaborasi bersama Bruno Mars dalam lagu APT.

Kejayaan itu turut diiringi dengan kemenangan rakan sekumpulannya, Lisa bagi kategori Best K-Pop menerusi lagu Born Again hasil kolaborasi bersama Doja Cat dan RAYE, selain BLACKPINK yang sekali lagi membuktikan dominasi global dengan gelaran Best Group untuk kali kedua di acara sama.

Selain anugerah kategori utama, beberapa penghargaan khas turut diberikan. Antaranya Mariah Carey menerima Video Vanguard Award, Ricky Martin diraikan sebagai Latin Icon, manakala Visionary Rock the Bells Award pula menjadi milik Busta Rhymes.

Malam penuh glamor yang dihoskan oleh LL Cool J turut diserikan dengan persembahan legenda dan nama-nama besar muzik. Antaranya Mariah Carey, Ricky Martin, Sabrina Carpenter, Doja Cat, Tate McRae, Kenny G, Busta Rhymes, Steven Tyler, Joe Perry (Aerosmith), YUNGBLUD, Nuno Bettencourt serta kumpulan sensasi KATSEYE.

VMAs 2025 jelas menjadi malam di mana muzik bukan sahaja diraikan, tetapi juga terus membuktikan kekuatannya sebagai bahasa universal yang menghubungkan seluruh dunia.


Senarai Penuh Pemenang

Video of the Year
Ariana Grande - Brighter Days Ahead

Artist of the Year
Lady Gaga

Song of the Year
ROSÉ & Bruno Mars – APT.

Best New Artist
Alex Warren

Best Pop Artist
Ariana Grande

MTV Push Performance of the Year
KATSEYE – Touch

Best Collaboration
Lady Gaga & Bruno Mars – Die With A Smile

Best Pop
Ariana Grande – Brighter Days Ahead

Best Hip-Hop
Doechii – Anxiety

Best R&B
Mariah Carey – Type Dangerous

Best Alternative
Sombr – Back to friends

Best Rock
Coldplay – All My Love

Best Latin
Shakira – Soltera

Best K-Pop
LISA ft. Doja Cat & RAYE – Born Again

Best Afrobeats
Tyla - Push 2 Start

Best Country
Megan Moroney - Am I Okay?

Best Album
Sabrina Carpenter - Short n’ Sweet

Best Long Form Video
Ariana Grande – Brighter Days Ahead

Video for Good
Charli xcx – Guess featuring Billie Eilish

Best Direction
Lady Gaga – Abracadabra

Best Art Direction
Lady Gaga – Abracadabra

Best Cinematography
Kendrick Lamar – Not Like Us

Best Editing
Tate McRae – Just Keep Watching

Best Choreography
Doechii – Anxiety

Best Visual Effects
Sabrina Carpenter – Manchild

Best Group
BLACKPINK

Song of the Summer
Tate McRae – Just Keep Watching

Anugerah Video Vanguard
Mariah Carey

Anugerah Ikon Latin
Ricky Martin

Anugerah Visionari Rock the Bells
Busta Rhymes


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments