Shopee 6.6 Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini: Diskaun 50% & Penghantaran Super Pantas!


SHOPEE kembali dengan kempen 6.6 Jualan Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini yang berlangsung dari 26 Mei hingga 9 Jun, menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih pantas, mudah dan penuh penjimatan untuk pengguna di seluruh negara.

Kempen kali ini memberi fokus kepada penghantaran segera serta pada hari yang sama, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih efisien untuk keperluan harian mahupun pembelian spontan.

Sepanjang tempoh kempen, pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk diskaun Shopee Lagi Murah sehingga 50 peratus (%) serta baucar Penghantaran Percuma Harian Tanpa Perbelanjaan Minimum.

Lebih menarik, Shopee turut menawarkan peluang untuk memenangi pengalaman eksklusif menyaksikan separuh akhir FIFA World Cup 26 untuk dua orang di Amerika Syarikat bersama VISA, bernilai sehingga RM180,000.

Keperluan harian seperti tisu basah bayi BZU BZU, kopi Aik Cheong 3 dalam 1 dan pencuci cecair Persil juga boleh diperoleh dengan lebih pantas melalui pilihan penghantaran pada hari yang sama untuk pembelian sebelum 12 tengah hari, atau dalam tempoh sekitar empat jam menerusi servis penghantaran segera di seluruh negara.

Penjimatan diteruskan dengan baucar harian diskaun 25% yang dipertingkatkan serta baucar penghantaran percuma bernilai sehingga RM7. Pengguna juga boleh menantikan baucar eksklusif Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini dengan diskaun sehingga 66% yang bermula pada 5 Jun jam 8 malam.

Rebut Tawaran Hebat

Selain itu, kempen ini turut menampilkan siri Shopee Lagi Murah dengan diskaun 50% yang menawarkan sehingga 10 tawaran pada waktu terpilih. Pengguna digalakkan menetapkan peringatan untuk mendapatkan tawaran eksklusif daripada jenama seperti Tefal, Skin Aqua dan PINENG bermula 6 Jun, jam 12 tengah malam.


Kempen ini juga memperkenalkan tawaran Knockout edisi terhad yang boleh ditebus lebih awal dan dibayar pada waktu terpilih bermula 5 Jun jam 8 malam, dengan harga serendah RM6 dan RM66 untuk produk terpilih seperti Kerusi Urut GINTELL, motosikal Modenas KRISS dan Nintendo Switch 2.

Penjimatan ini boleh digandakan lagi dengan baucar Knockout bernilai lebih RM800 yang boleh digabungkan bersama baucar platform serta Shopee Coins.

Bagi pengguna kad kredit VISA Maybank Shopee atau mana-mana kad VISA, setiap transaksi turut melayakkan mereka mengumpul Golden Tickets melalui Shopee Tap & Win sepanjang 26 Mei hingga 9 Jun, dengan peluang memenangi pengalaman menyaksikan separuh akhir FIFA World Cup 26 di Amerika Syarikat.

Shopee 6.6 Jualan Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini bukan sekadar kempen jualan, tetapi satu pengalaman beli-belah yang lebih pantas, bernilai dan penuh ganjaran untuk pengguna di seluruh negara.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments