EXO-L di Malaysia kini mempunyai peluang istimewa untuk menyaksikan kemunculan semula kumpulan sensasi Korea Selatan, EXO, secara langsung menerusi EXO PLANET #6 EXhOrizon di Kuala Lumpur.

Lebih menarik, peluang tersebut hadir bersama pelbagai ganjaran eksklusif hasil kolaborasi bersama Shopee Malaysia yang tampil sebagai platform rasmi bagi peraduan khas ini.

Selepas tujuh tahun, kepulangan EXO ke pentas Malaysia sememangnya menjadi antara momen yang paling dinantikan peminat K-pop tempatan. Bagi ramai EXO-L, konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi pengalaman penuh nostalgia dan emosi, terutama buat mereka yang telah lama menunggu untuk melihat idola kesayangan mereka kembali beraksi di depan mata.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Cheryl Ang, berkata inisiatif tersebut diperkenalkan bagi menawarkan pengalaman yang lebih dekat dengan minat dan gaya hidup pengguna, khususnya dalam kalangan peminat hiburan dan budaya pop Korea di Malaysia.

Malah menurutnya, kemunculan semula EXO pastinya menjadi momen yang cukup bermakna buat para peminat tempatan.

“Kemunculan semula EXO selepas tujuh tahun sememangnya detik yang dinantikan ramai peminat di Malaysia. Menerusi peraduan ini, pelanggan Shopee VIP berpeluang menyaksikan konsert secara langsung serta membawa pulang koleksi eksklusif.

"Di Shopee, kami sentiasa komited untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi dengan mendekatkan para peminat kepada artis dan momen yang mereka gemari,” ujarnya.

Peluang Eksklusif

Menerusi peraduan yang berlangsung dari 26 Mei hingga 6 Jun 2026, pelanggan Shopee VIP berpeluang memenangi tiket konsert eksklusif serta koleksi edisi terhad yang pasti menjadi rebutan peminat.

Untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu melengkapkan tugasan harian menerusi Shopee Mission bagi mengumpul ‘Golden Tickets’, selain menghantar penyertaan kreatif mengenai sebab mereka ingin menghadiri konsert EXO dan bagaimana langganan Shopee VIP menjadikan pengalaman tersebut lebih bermakna.

Semakin banyak ‘Golden Tickets’ yang dikumpulkan, semakin tinggi peluang untuk dipilih sebagai pemenang. Menariknya, pengguna yang belum melanggan Shopee VIP juga masih berpeluang untuk turut serta dengan mendaftar sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Pemenang bertuah akan diumumkan pada 10 Jun menerusi aplikasi Shopee, notifikasi push, e-mel serta media sosial rasmi platform itu, menjelang konsert EXO yang bakal berlangsung pada 20 Jun di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Dalam masa sama, pengguna juga boleh menikmati pelbagai tawaran menarik sempena kempen 6.6 Jualan Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini. Kempen tersebut menawarkan penghantaran segera dan penghantaran pada hari yang sama di seluruh negara, selain Penghantaran Percuma Harian Tanpa Perbelanjaan Minimum serta diskaun sehingga 50 peratus menerusi tawaran Shopee Lagi Murah Jualan Kilat.

Menjelang kemeriahan konsert yang bakal berlangsung bulan depan, kolaborasi ini turut memperlihatkan bagaimana dunia hiburan dan platform digital kini bergerak seiring dalam mencipta pengalaman yang lebih dekat dengan para peminat. Bagi EXO-L, ia pastinya menambah lagi keterujaan untuk meraikan kepulangan EXO ke Malaysia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: