DALAM dunia yang semakin sibuk dan mencabar, wanita hari ini bukan sahaja mencari rutin kecantikan yang efektif, tetapi juga ruang untuk kembali menghargai diri sendiri.
Atas semangat itu, Soora Miguhara Malaysia menganjurkan acara eksklusif ‘Soora Glow & Flow’ sebagai penghargaan kepada komuniti wanita yang setia menyokong jenama tersebut sejak awal penubuhannya.
Bertempat di Nadi Tenang, Seksyen 13, Shah Alam, acara gaya hidup sihat ini membawa pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap definisi kecantikan moden.
Dengan tema ‘Move, Glow & Flow’, program ini mengetengahkan keseimbangan antara penjagaan luaran dan kesejahteraan dalaman menerusi gabungan aktiviti kecergasan, self-care dan sokongan komuniti wanita.
Sepanjang acara berlangsung, para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti berinspirasikan gaya hidup holistik termasuk sesi yoga bersama jurulatih profesional dari Nadi Tenang. Suasana yang tenang dan santai memberi peluang kepada peserta untuk berehat seketika daripada kesibukan harian sambil memberi fokus terhadap kesihatan mental, emosi dan keyakinan diri.
Lebih daripada sekadar acara kecantikan, ‘Soora Glow & Flow’ turut menjadi platform yang menghubungkan wanita dalam suasana positif dan penuh inspirasi.
Kehadiran Juara Dewi Remaja 2025, Nylea, sebagai tetamu istimewa turut menambahkan seri acara apabila tampil berkongsi pandangannya tentang kepentingan menjaga diri secara menyeluruh.
“Saya sangat gembira dapat bersama Soora Miguhara dalam acara ini kerana bagi saya, kecantikan bukan hanya tentang rupa luaran tetapi bagaimana kita menjaga diri, kesihatan dan emosi setiap hari.
"Remaja wanita perlu tampil yakin setiap hari dan saya percaya Soora Miguhara membawa mesej yang sangat positif untuk semua wanita,” katanya.
Self-Care Jadi Kunci Kecantikan Moden
Menurut Pengarah Urusan Soora Miguhara Malaysia, Fatin, acara tersebut dianjurkan sebagai simbol penghargaan kepada wanita yang sentiasa percaya terhadap jenama itu serta nilai yang dibawanya.
Katanya, Soora Miguhara mahu wanita bukan sahaja tampil cantik secara luaran, tetapi turut merasai keyakinan dan ketenangan dari dalam diri.
“Kami mahu wanita bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi turut merasa sihat, yakin dan positif dari dalam. Soora Glow & Flow adalah ruang untuk wanita berehat seketika daripada kesibukan harian dan meraikan diri mereka bersama komuniti yang positif,” ujarnya.
Dalam masa sama, Soora Miguhara turut menekankan komitmennya dalam menawarkan produk penjagaan kulit berkualiti tinggi yang selamat dan sesuai untuk kegunaan harian. Produk keluaran jenama ini juga telah menerima pengiktirafan Vegan Certified, selari dengan gaya hidup kecantikan moden yang lebih beretika dan mesra pengguna.
Menerusi acara sama, Soora Miguhara turut memperkenalkan dua produk utama mereka iaitu Rose Collagen Blooming Mist Serum dan Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++ yang semakin mendapat perhatian pengguna.
Rose Collagen Blooming Mist Serum diformulasikan dengan kandungan kolagen dan ekstrak mawar premium bagi membantu memberikan hidrasi mendalam selain menjadikan kulit lebih anjal, berseri dan tampak glowing secara semula jadi. Tekstur mist serum yang ringan turut membantu menenangkan kulit, memperbaiki skin barrier dan memberikan kesegaran sepanjang hari.
Sementara itu, Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++ menawarkan perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB sambil membantu mencerahkan tona kulit secara serta-merta tanpa rasa melekit. Produk tersebut juga memberikan kemasan kulit yang lebih halus, lembap dan radiant untuk kegunaan harian mahupun ketika bersolek.
Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa pihak yang sama-sama menjayakan keseluruhan pengalaman, sekali gus menjadikan ‘Soora Glow & Flow’ lebih daripada sekadar sebuah acara komuniti. Dengan suasana yang dirangka penuh teliti, ia berjaya mencipta ruang yang meraikan wanita dalam suasana positif, tenang dan penuh makna.
Melihat sambutan yang diterima, Soora Miguhara berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan lagi komuniti wanita yang percaya bahawa kecantikan sebenar bermula daripada kesejahteraan diri secara menyeluruh. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments