Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Meet the Adams: Maya Karin Terajui Keluarga Eccentric Terbaharu Netflix Malaysia


MEREKA pelik, misteri, dan langsung tak ikut kebiasaan. Inilah keluarga Adams versi tempatan yang pasti buat satu kejiranan tak senang duduk.

Kali ini, Netflix Malaysia bawakan sebuah video pendek berinspirasi daripada siri popular Wednesday, dengan barisan pelakon yang memang tak disangka-sangka.

Ratu filem seram tanah air, Maya Karin, memegang watak Mak Tisha, si matriark elegan dengan aura misteri, lengkap dengan pilihan minyak wangi eksklusifnya, Rafflesia.

Di sisinya, berdiri suami setia yang sanggup melakukan apa saja, Tok Gomeh lakonan Adi Afendi, lengkap dengan keris di tangan. Kalau ada gelaran #relationshipgoals versi dunia seram, pasangan ni memang juara.

Di halaman rumah, Ali dan neneknya, Grandmama dibawakan oleh personaliti internet Bento dan neneknya di dunia nyata, Hasnah Amat atau lebih dikenali sebagai Kek Da-B, sedang bersekongkol lagi.

Kali ini, mereka bersiap untuk melepaskan koleksi mercun dan bunga api yang rumit gila dan pasti 100% meletup.

Rabu, Rabubus dan Sesi Orientasi yang Tak Biasa

Melengkapkan keluarga unik ini adalah si gadis goth jiran sebelah, Rabu, lakonan Puteri Balqis. Lupakan Labubus yang biasa-biasa, Rabu ada koleksi Rabubus versi dirinya sendiri, dan dia sangat taksub dengannya.


Nak tengok aksi penuh keluarga Adams versi Malaysia ni? Video pendek ini boleh ditonton di Facebook, Instagram, TikTok, X, YouTube, dan YouTube Shorts.

Kalau rasa nak sertai mereka, singgah saja di sesi orientasi Nevermore Academy: Malaysia Campus di Sunway Pyramid yang berlangsung sekarang hingga 17 Ogos.

Bahagian pertama Wednesday Musim 2 kini sudah pun boleh distrim di Netflix, manakala bahagian keduanya akan mula tayang pada 3 September. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments