Projek: High Council, All Star Gegar Vaganza antara program kegemaran ramai di Astro sepanjang 2023


ASTRO memperlihatkan senarai rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro pada tahun 2023. Berdasarkan senarai itu, para penonton lebih cenderung menonton drama, rancangan hiburan, realiti dan sukan secara langsung.

Berikut merupakan senarai program popular Astro yang berjaya menambat hati penonton.

Projek: High Council
Daripada pencipta Projek: Anchor SPM, siri ini memaparkan kisah benar yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan.

All Stars Gegar Vaganza
Pertandingan nyanyian realiti No. 1 Malaysia kembali untuk musim kesepuluh dan kali ini mempertandingkan semua juara musim dari sebelumnya.

Andai Itu Takdirnya
Adaptasi novel terlaris Siti Rosmizah yang mengisahkan Aleya, seorang gadis dari keluarga sederhana dan Syed Adam Aizril, anak kepada seorang tokoh korporat.

Malaysian Football League
Astro adalah penyiar rasmi Malaysian Football League yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Liga Perdana
Semua 380 perlawanan musim 2023/2024 disiarkan secara langsung di Astro yang mempamerkan kemuncak bola sepak Inggeris.

Pasanga
Drama bersiri Tamil yang mengisahkan kepentingan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang.

Didi & Friends
Kartun edutainment kegemaran kanak-kanak prasekolah Malaysia berkonsep muzik yang menampilkan tiga ekor ayam comel menyanyikan sajak-sajak setempat.

Travel with Mummy
Duo pengembaraan luar biasa, Jason Yeoh dan Jack Lim bersama-sama ibu mereka bersedia untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terbaik.

Travelawak: Projek Bapak-Bapak
Program kembara realiti komedi yang menghimpunkan legenda tempatan termasuk Datuk Ramli MS, Datuk Jalaludin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.


Penonton boleh menikmati saluran baharu Astro iaitu Hits Now (Saluran 702) yang tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan bermula 10 Januari hingga 31 Mac 2024. Disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma.

Sehingga 31 Januari 2024, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif itu merupakan tanda penghargaan Astro terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.  - 7KLIK



[FOTO: Astro]

Post a Comment

Previous Post Next Post