Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sambut tahun baharu dengan Hits Now, tontonan percuma untuk 6 saluran Astro


ASTRO teruja untuk menyambut tahun baharu dengan buah tangan terakhir yang luar biasa pada tahun ini untuk semua pelanggan.

Nikmati tontonan percuma untuk saluran baharu, Hits Now (saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan iaitu HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma.

Mulai 1 Januari 2024, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif itu merupakan tanda penghargaan Astro terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.

Cipta kenangan terindah bersama keluarga anda dengan Hits Now yang akan tersedia untuk tontonan percuma kepada semua pelanggan dari 10 Januari hingga 31 Mac 2024.

Pelancaran itu tepat pada masanya untuk penonton menyaksikan senarai pelakon A-list dan pencipta yang berinspirasi dalam mencipta sejarah ketika siaran langsung Anugerah EMMY Primetime ke-75 pada 16 Januari 2024.

Saluran tersebut akan menyiarkan drama yang popular, komedi penuh gelak tawa, rancangan permainan yang menarik dan banyak lagi, termasuk America’s Got Talent: Fantasy Team, American Idol dan Celebrity Family Feud.

Dari 1 Januari hingga 31 Januari 2024, semua pelanggan Astro boleh menikmati filem blockbuster terbaharu di HBO Hits, telatah komedi di HBO Family,pengembaraan pendidikan di Moonbug, kandungan kegemaran Korea di K-Plus serta gabungan kandungan kegemaran semasa dan klasik abadi di Showcase bagi mereka yang mempunyai cita rasa unik.


HBO Hits (Saluran 415)
Peminat tegar filem boleh selami diri mereka dengan hits blockbuster sepanjang masa. Saksikan Moonfall dan The Lost City untuk merasai keseronokan sinematik.

HBO Family (Saluran 414)
Cipta kenangan terindah anda bersama keluarga dengan HBO Family yang menawarkan persekitaran tontonan yang menarik dan mesra keluarga. Nikmati program seperti The Lego Movie 2 dan Bee Movie bersama-sama.

Showcase (Saluran 413)
Disusun pilih untuk para penonton Malaysia, Showcase mempersembahkan gabungan kandungan kegemaran semasa serta yang abadi. Tahun Baharu ini, selami keajaiban filem dengan kandungan istimewa, blockbuster dan kegemaran keluarga seperti Dolittle, Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom.

K-Plus (Saluran 396)
Destinasi utama hiburan Korea yang menampilkan siri drama eksklusif, rancangan variasi, filem dan program gaya hidup. Terokai yang terbaik daripada Hallyu dengan Between Him and Her dan Perfect Marriage Revenge sesuai untuk seisi keluarga.

Moonbug (Saluran 618)
Tonton rancangan prasekolah di Moonbug, termasuk kegemaran seperti Blippi dan CoComelon. Menyanyi, ketawa dan belajar dengan anak-anak anda dalam dunia Moonbug yang menarik.


Raikan Saat-saat Bermakna Bersama Keluarga dengan Astro Astro berbesar hati untuk memperkenalkan kempen terbaharu kami yang berkisarkan slogan 'Masa Bersama Merapatkan Kita,' mempamerkan maksud sebenar perhubungan bersama orang tersayang. 

Dalam meneruskan dedikasi untuk menguatkan ikatan kekeluargaan, Astro telah melancarkan inisiatif tersebut untuk menggalakkan para pelanggan meluangkan masa yang bermakna bersama keluarga dengan Astro, menampilkan Syafiq Kyle dan Mimi Lana. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments