Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BRTM 2024 buka tirai, konsert prelude Sabtu ini


PENTAS mencungkil bakat vokal terbaik dan versatil dalam bidang nyanyian, Bintang RTM (BRTM) kini kembali dengan musim baharu, sekali gus memperkenalkan barisan peserta terbaik dipilih daripada seluruh negara untuk tahun 2024.

Musim baharu menyaksikan program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu tampil membawa konsep hiburan yang lebih segar dan penganjurannya bagi meneruskan legasi pencarian bintang dalam seni suara. BRTM musim terdahulu yang diadakan pada 2018, menobatkan Hariz Fayahet sebagai juara.

Membuka tirai BRTM2024, saksikan perjalanan peserta-peserta dalam persediaan bergelar seorang bintang menerusi Prelude Bintang RTM 2024 yang akan disiarkan pada 6 Januari, jam 9 malam di TV2.

Siaran langsung itu juga boleh diikuti secara dalam talian melalui RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my) dan NASIONALfm sebagai radio rasmi BRTM2024.

Menerusi siaran prelude, peserta didedahkan dengan pelbagai cabaran dalam dunia seni sebenar, selain menghadiri kelas motivasi, senaman, vokal, irama Malaysia dan sukaneka. Tidak ketinggalan aktiviti santai di tasik dan sesi uji bakat Top 16.

Saksikan bagaimanakah peserta Top16 yang terdiri daripada Akma Natasha, Nuhammad Zulfeka (Feka), Nurul Maimanah (Nana), Mohd Azumi Shazani (Azumi), Siti Erinshahira (Erin Shahira), Sharifah Nurilmuhayati (Nuril) Muhammad Hadi Hafsham (Hady Huv), Muhammad Harris Mukhriz (Harris), Muhammad Shahrezza (Shah Rezza) dan Roziena Ixzy (Roxy Ixzy), Elliza Suezina (Liz), Mohd Enrien Syah (Jon), Dayang Irsyadhania (Dhania), Mohammad Said Suhazrie (Joy), Eylia Eyre Guntabid (Eylia Guntabid) dan Nur Shahirah (Noy) beradaptasi dengan rutin baharu mereka di BRTM2024.

Peserta yang melepasi uji bakat terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat sekaligus membuktikan Bintang RTM mempunyai pengikut yang tersendiri. Penglibatan generasi muda dalam Bintang RTM menunjukkan mereka masih percaya keupayaan RTM dalam melahirkan bakat–bakat hebat untuk industri suara negara.  - 7KLIK



[FOTO: RTM]

Post a Comment

0 Comments