Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aina Abdul, Ernie, Marsha jadi perhatian - Dominasi 12 lagu AJL38 bermula


SELEPAS tiga hari berlangsungnya Muzik Muzik 38 Separuh Akhir bermula 15 hingga 17 Disember, kini 12 buah lagu terbaik yang bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) diumumkan.

Pada penganjuran kali ini, bakat-bakat muda dilihat mendominasi dan menyerlah apabila tampil dengan karya-karya hebat sekali gus memberi saingan untuk merebut tempat terbaik.

Lagu-lagu yang layak ke AJL38 ialah Jangan Mati Rasa Itu, nyanyian Aina Abdul daripada hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi itu, Bintang (Hael Husaini), Hasrat (Amir Jahari), Sutera (Aisha Retno - Aisha Retno/MFMF), Inilah Jalannya (Masdo - Noh Salleh) dan Darah (Marsha Milan - Naim daniel & Firdaus Rahmat).

Diikuti Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin - Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat), Astana (Ernie Zakri - Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah - A.Ramlie & Ezra Kong), Kalam (Shiha Zikir - Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat), Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali - Amylea) dan Santai (Faizal Tahir/Naqiu - Faizal Tahir).


Barisan juri profesional diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail, LY, Helen Yap, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Wah Idris.

Muzik Muzik 38 Separuh Akhir yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy menampilkan turut meraikan lagu terbaik pilihan juri pada ketiga-tiga hari tersebut yang terdiri daripada Jangan Mati Rasa Itu (hari pertama), Sutera (hari kedua) dan Santai (hari ketiga). Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan Alha Alfa.

Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu bertanding di pusingan separuh akhir untuk penjurian daripada barisan juri profesional yang bakal menentukan 12 buah lagu terbaik yang mara ke pentas Anugerah Juara Lagu.




[FOTO: TV3]

Post a Comment

0 Comments