Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dari Wakanda ke Galaxy Far Far Away — Ini Pilihan Tontonan Disney+ Hotstar Ogos 2025


DARI dunia Wakanda ke kisah mistik zodiak Korea, ini senarai wajib tonton di Disney+ Hotstar bulan ini yang menyaksikan pelbagai rancangan menarik untuk binge sepanjang Ogos 2025.

Daripada aksi animasi ke dokumentari yang mengagumkan dan drama Asia yang makin rancak, inilah apa yang anda tidak patut terlepas bulan ini.

Kembali
ke Dunia Wakanda
Eyes of Wakanda | Tayangan Perdana: 1 Ogos

Siri
animasi terbaru Marvel ni membawa kita menyelusuri sejarah panjang para pahlawan Wakanda. Dalam misi seluruh dunia, kumpulan elit Hatut Zaraze ditugaskan untuk menjejak dan mendapatkan semula artifak Vibranium daripada musuh-musuh Wakanda.

Animasi
ini sarat dengan aksi, semangat juang dan sejarah yang mendalam, satu lagi sisi dunia Black Panther yang belum pernah kita lihat.

Pelakon
suara: Winnie Harlow, Cress Williams, Patricia Belcher, Larry Herron, Adam Gold, Lynn Whitfield dan ramai lagi.

Dunia Baharu yang
Menyeramkan
Alien: Earth | Tayangan Perdana: 13 Ogos

Tahun
2120. Dunia dikuasai lima korporat gergasi. Dalam era ini, manusia hidup bersama cyborg, sintetik dan kini ciptaan terbaharu: hibrid, robot humanoid dengan kesedaran manusia.

Prototip
pertama bernama Wendy membuka lembaran baharu dalam pencarian keabadian. Namun bila kapal angkasa Weyland-Yutani terhempas ke Prodigy City, Wendy dan rakan-rakannya berdepan makhluk asing misteri yang lebih menakutkan dari jangkaan sesiapa.

Pelakon
: Sydney Chandler, Timothy Olyphant, Essie Davis dan ramai lagi.

Kehidupan
Yang Lebih Baik
Limitless: Live Better Now | Tayangan Perdana: 15 Ogos

Chris
Hemsworth kembali, kali ini dengan misi yang sangat peribadi: cari cara untuk hidup lebih baik secara fizikal, mental dan emosi.

Dalam tiga episod penuh cabaran ni, Chris menjelajah enam negara dan menguji diri dalam situasi ekstrem, dari mendaki Alps ke latihan ketenteraan Korea Selatan. Siri ini bukan sekadar hiburan, tapi juga panduan hidup yang boleh kita semua manfaatkan.

Pelakon
: Chris Hemsworth, Peter Attia, Elsa Pataky

Legenda
Zodiak Kembali
Twelve | Tayangan Perdana: 23 Ogos

Dahulu
kala, dua belas penjaga zodiak bertempur habis-habisan untuk menyelamatkan manusia daripada kuasa jahat. Kini, hanya beberapa yang masih hidup, menyamar sebagai orang biasa.

Namun
bila kegelapan muncul semula, mereka terpaksa bangkit kembali di bawah kepimpinan Taesan untuk selamatkan Seoul dan Semenanjung Korea. Epik, bergaya dan penuh emosi.

Pelakon
: Park Hyung-Sik, Ma Dong-Seok, Seo In-Guk dan ramai lagi.

Drama Asia
Paling Hangat: From Seoul to Tokyo Finale

  • Law and The City (EP12) | 10 Ogos
  • Low Life (EP11) | 13 Ogos
  • Bullet Bullet (EP12) | 13 Ogos
  • The Nice Guy (EP14) | 29 Ogos

Nostalgia & Animasi : Dunia fantasi dan impian zaman kecil kembali

  • King of the Hill Musim 14 | 4 Ogos
  • The Proud Family: Louder and Prouder Musim 3 | 6 Ogos
  • Iron Man and His Awesome Friends (EP1) | 13 Ogos
  • Minnie’s Bow-Toons Pet Hotel (EP1) | 13 Ogos

Dokumentari Mengusik Fikiran: Beyond the Surface – kembara yang mengubah hidup

  • Traveling with Snow Man (EP2) | 10 Ogos
  • The Twisted Tale of Amanda Knox | 20 Ogos
  • Eenie Meanie | 22 Ogos
  • Shipwreck Hunters Australia Musim 2 | 27 Ogos

Sama ada anda peminat fiksyen sains, penggemar animasi atau pencinta drama Asia, Ogos ini merupakan bulan yang tepat untuk menikmati pelbagai pilihan menarik di Disney+ Hotstar - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments