Hot Posts

6/recent/ticker-posts

‘Eyes of Wakanda’ Kini di Disney+ Hotstar — Sedia Kembali ke Dunia Black Panther?

FOTO: Disney+ Hotstar

SELEPAS membuat debut eksklusif di Annecy International Animation Festival bulan lalu, siri baharu dari Marvel Animation berjudul Eyes of Wakanda akhirnya ditayangkan lebih awal daripada jangkaan, bermula 1 Ogos 2025, hanya di Disney+ Hotstar.

Siri mini
empat episod ini membawa penonton menjelajah masa dan benua bersama pahlawan-pahlawan Wakanda yang menjalankan misi berbahaya demi satu tujuan, mengesan dan mendapatkan semula artifak Vibranium yang jatuh ke tangan musuh.

Siapakah
mereka ini? Mereka adalah Hatut Zeraze, skuad elit dari Wakanda yang tidak gentar mempertaruhkan nyawa demi melindungi warisan negaranya.

Setiap
episod akan membuka kisah epik penuh aksi, menyingkap semangat dan keberanian pahlawan yang mungkin selama ini tidak pernah kita kenali.

Diarahkan
dan diterbitkan oleh Todd Harris, yang sebelum ini pernah terlibat dalam francais blockbuster seperti John Wick dan Marvel Cinematic Universe (MCU), Eyes of Wakanda menjanjikan animasi sinematik yang gah.

Antara babak menarik dalam Eyes of Wakanda | FOTO: Disney+ Hotstar

Harris
sendiri bukan orang asing dalam dunia Wakanda, dia pernah menjadi 'storyboard artist' untuk Black Panther dan Wakanda Forever, sebelum beralih arah sebagai pengarah penuh untuk projek ini.

Barisan
pelakon suara turut mencuri tumpuan, dengan nama-nama hebat seperti Winnie Harlow, Cress Williams, Patricia Belcher, Anika Noni Rose dan ramai lagi menyumbang suara dalam siri ini.

Eyes of Wakanda
diterbitkan bersama Proximity Media dengan sentuhan kreatif daripada Zinzi Coogler, Sev Ohanian dan Kalia King. Turut menyertai senarai penerbit eksekutif ialah Ryan Coogler, Brad Winderbaum, Kevin Feige, Louis D’Esposito dan Dana Vasquez-Eberhardt.

Bersiap
sedia untuk menyaksikan sisi baharu Wakanda yang lebih ganas, lebih mendalam, dan lebih mitos daripada yang kita sangka. Eyes of Wakanda akan mula distrim pada 1 Ogos, eksklusif di Disney+ Hotstar.


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments