| FOTO: HBO MAX |
SEDIA untuk sumpahan baharu? Filem seram ikonik Final Destination kembali menghantui skrin anda dengan naskhah terbaharu berjudul Final Destination: Bloodlines yang akan mula distrim secara eksklusif di HBO Max bermula hari ini, 1 Ogos 2025.
Diterbitkan oleh New Line Cinema dan Warner Bros. Pictures, filem ini menampilkan barisan pelakon baharu berbakat seperti Kaitlyn Santa Juana, Teo Briones, Richard Harmon, Owen Patrick Joyner, Anna Lore dan Rya Kihlstedt, bersama Brec Bassinger dan watak lagenda yang Kembali, Tony Todd.
Mengangkat kisah pelajar kolej bernama Stefani, Bloodlines bermula apabila dia dihantui mimpi ngeri yang berulang dan mengerikan. Dirundung perasaan takut yang tidak terungkap, dia pulang ke kampung halamannya untuk mencari satu-satunya individu yang mungkin dapat memecahkan kitaran sumpahan ini, neneknya, Iris.
Dalam usaha ini, Stefani bukan sahaja menggali misteri lama keluarga, malah perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan semua orang tersayang daripada kematian berdarah yang menanti.
Filem ini diarahkan oleh Adam Stein dan Zach Lipovsky, manakala skrip ditulis oleh Guy Busick dan Lori Evans Taylor berdasarkan jalan cerita oleh Jon Watts bersama Busick dan Taylor sendiri.
Ia turut diinspirasikan daripada watak asal ciptaan Jeffrey Reddick, orang yang bertanggungjawab melahirkan Final Destination sebagai franchise kegemaran peminat seram sejak dua dekad lalu.
Final Destination: Bloodlines diterbitkan oleh Craig Perry, Sheila Hanahan Taylor, Jon Watts, Dianne McGunigle dan Toby Emmerich, dengan David Siegel dan Warren Zide bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Jika anda peminat siri asal atau pengikut setia genre thriller supernatural, filem ini wajib masuk senarai tontonan. Sambil menanti tarikh tayangan, anda juga boleh ‘revisit’ beberapa filem Final Destination sebelum ini. Semua tersedia di HBO Max. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments