Hot Posts

6/recent/ticker-posts

‘Avatar: Fire and Ash’ – Kembali ke Dunia Pandora Disember Ini


BERSEDIA untuk kembali ke dunia Pandora? James Cameron kini bersedia menyambung semula saga epik yang telah memikat dunia.

Filem
ketiga dalam francais mega Avatar bakal menemui penonton di seluruh dunia dan bakal ditayangkan secara eksklusif di pawagam Malaysia pada 18 Disember 2025.

Buat
peminat setia, hujung minggu lalu menjadi detik istimewa apabila trailer rasmi pertama ditayangkan secara eksklusif di layar besar menerusi tayangan filem The Fantastic Four: First Steps.

Para
penonton diberi peluang pertama menyaksikan visual memukau, klan baharu yang misteri, serta makhluk unik yang menghidupkan lagi landskap Pandora.

Dalam
Avatar: Fire and Ash, pengarah legenda James Cameron mengajak penonton menyelami babak baharu yang penuh emosi dan aksi bersama Jake Sully (lakonan Sam Worthington), yang kini merupakan ketua puak Na’vi, dan Neytiri (Zoe Saldaña), pahlawan ikonik yang terus berjuang demi keluarga mereka.

Pengembaraan
kali ini menjanjikan cabaran yang lebih mendalam dan konflik yang lebih kompleks termasuk pertembungan antara puak-puak baharu dan kuasa asing yang semakin mendesak.



Naskhah ini ditulis oleh James Cameron, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dengan idea cerita turut digarap bersama Josh Friedman dan Shane Salerno.

Barisan
pelakonnya kekal bintang papan atas iaitu Sigourney Weaver, Stephen Lang, Oona Chaplin, Cliff Curtis, Britain Dalton, Trinity Bliss, Jack Champion, Bailey Bass, dan Kate Winslet kembali memeriahkan saga yang mencipta sejarah box office global.

Selepas
kejayaan besar dua filem pertama, Avatar: Fire and Ash dijangka akan terus mengukuhkan tempat francais ini sebagai salah satu karya paling berpengaruh dalam sejarah perfileman modenJadi jika anda peminat filem epik, pastikan tarikh 18 Disember dah siap bertanda dalam kalendar - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments