Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jennie & Airport Fashion — Bila Lapangan Terbang Jadi Runway Peribadi


[Nota Kedai Kopi Bandara]

DALAM dunia K-pop, airport bukan sekadar tempat berlepas. Ia sudah lama jadi pentas tak rasmi untuk selebriti menunjuk gaya. Tapi kalau ada satu nama yang berjaya claim lapangan terbang sebagai runway mutlak dia - it’s definitely Jennie Kim.

Daripada sekadar singgah ke Paris, pulang ke Seoul atau terbang LA, setiap kemunculan Jennie di lapangan terbang sentiasa mencetus perbualan. Malah, ada yang kata Jennie tak perlu red carpet, airport cukup dah.

Setiap langkah, dari 'cap ke shades ke potongan seluar', bagaikan dipilih dengan teliti tapi tetap nampak effortless.

Apa yang buat gaya Jennie berbeza bukan sebab dia cantik semata-mata atau pakai jenama mewah, tapi sebab dia faham konsep 'siluet' dan keseimbangan gaya.

Kadang-kadang dia tampil dengan hoodie besar, sweatpants, dan sneakers tapi bila dipadankan dengan beg Chanel mini dan cermin mata bold, terus jadi ikonik.

Esoknya pula, dia muncul dengan long trench coat, crop top, dan kasut Mary Jane. Tak perlu ‘bling’ berlebihan, dia tahu bila nak menonjol, bila nak sembunyi. Itulah rahsia Jennie Airport Fashion.

Bodysuit Hitam Buat Internet Heboh

Look terbaharu Jennie masa berangkat ke Paris untuk konsert Deadline World Tour minggu lalu jadi contoh paling menarik dan heboh diperkatakan. Penyanyi Like Jennie itu  muncul dengan bodysuit hitam ketat, dipadankan dengan seluar longgar low-waist, cap hitam, shades dan flip-flop santai.

Sekali pandang, minimal. Tapi bila gambar viral barulah orang perasan potongan pinggang bodysuit tu sebenarnya bukan biasa-biasa.

Ramai puji dia berani, sleek, high fashion. Tapi macam biasa, ada juga yang menggeleng. Ada yang rasa outfit tu 'too strange' atau nampak 'kekok'.

Namun apa pun pendapat netizen, satu hal yang pasti, Jennie berjaya curi tumpuan, dan itu dan itu memang kepakarannya.



Tak pelik kalau peminat tiru gaya Jennie, dari beg tangan, cardigan singkat, sampai cara dia ikat rambut. Tapi yang lebih menarik, ada juga beberapa idol wanita lain yang kadang muncul dengan gaya yang... hmm, agak serupa.

Baju knit dengan cutting yang sama. Cropped blazer dengan mini skirt combo. Even styling airport, sunglasses, low bunyang jadi signature look Jennie pun nampak muncul kat penampilan idol lain.

Kenyataannya, bila sesuatu gaya asalnya jadi ikonik kerana Jennie, dan kemudian ramai lain mula pakai dalam waktu yang terlalu dekat, peminat akan perasan. Dan ya.. komen 'copycat' pun pernah membanjiri ruangan forum di media sosial.

Bila Simplicity Boleh Jadi Statement

Apa yang buat airport fashion Jennie jadi ikonik sebenarnya bukan baju itu sendiri. Tapi cara dia menyusun gaya dengan ‘intention’ tanpa nampak mencuba terlalu keras.

Dia tahu ‘less is more’, tapi dia juga tahu bila nak tambah satu elemen pelik yang buat semua orang bercakap. Kadang-kadang ia satu jaket leather pelik, kadang pula satu potongan baju yang tak biasa.

Sama ada dia muncul dengan skirt mini berpotongan sporty dan backpack atau trench coat oversized dengan boots tinggi, Jennie sentiasa ada satu aura ‘I know what I’m doing’. Dan itu cukup untuk buat orang lain percaya.

Dalam era di mana airport boleh jadi tempat paparazzi dan peminat berkumpul, Jennie gunakan setiap peluang itu sebagai bab baharu dalam buku gayanya.

Dan bila satu gaya boleh mencetus ribuan repost, thread breakdown, dan yes, juga copycats, kita tahu dia dah menang permainan fashion ini.

Jennie bukan sekadar penyanyi, tapi dia adalah fesyen ikon yang menjdi dirinya sendiri. Dia adalah moodboard hidup, dan setiap langkahnya di lapangan terbang… adalah langkah ikonik. - 7KLIK

~ Nota by Sang Cappucino ~
(**Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian 7Klik mahupun mana-mana pihak)


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments