Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RUEL Mulakan Era Baharu Dengan Single ‘I Can Die Now’


BINTANG pop sensasi kelahiran Australia, RUEL kembali mencuri perhatian dengan pelancaran single terbaharunya yang berjudul I Can Die Now.

Lagu
yang kini boleh didengarkan di semua platform penstriman ini menandakan permulaan kepada fasa baharu karier muzik RUEL yang lebih berani, lebih matang dan jauh lebih seronok.

Single ini diterbitkan di bawah label Giant Music, dan turut melibatkan kerjasama nama-nama besar industri seperti Julian Bunetta (yang pernah dicalonkan Grammy), Ammo, JKash, Mark Schick dan Ed Drewett.

Gabungan mantap ini melahirkan sebuah lagu pop yang penuh emosi dan bertenaga, menggambarkan rasa teruja dan bahagia yang membuak-buak saat jatuh cinta, seolah-olah dunia terasa sempurna.

I Can Die Now juga menjadi hidangan pertama daripada album sophomore RUEL yang dijangka keluar hujung tahun 2025 nanti. Ia seolah-olah membuka tirai kepada bab baharu dalam muziknya yang lebih ekspresif, lebih bebas dan sudah tentu lebih berani bereksperimen.

Dari Hospital Khayalan ke Panggung Festival Dunia

Sama
seperti lagunya, kempen promosi I Can Die Now juga tidak kurang menarik. Visual rasmi lagu ini diarahkan oleh Sweetiepie dan membawa konsep yang agak gila tetapi genius, tentang seorang RUEL yang jatuh cinta hinggadihospitalkan’ kerana sindrom rekaan bernama Intense Conditional Desire Neurosis (ICDN).

Dalam
muzik video tersebut, dia digambarkan terlantar lemah di katil hospital, hilang sedar dan halusinasi gara-gara cinta. Lucu tapi dramatik dan dalam cara yang 'stylish' serta sinematik.

RUEL
mengakui begitu teruja dan lama menantikan saat rilisan single I Can Die Now untuk dikongsi dengan peminatnya.

"Saya suka kontras antara judul dengan bunyi dan tema lagu ni yang mana bila anda dengar, anda akan faham. Lagu ini sebenarnya bagi gambaran awal untuk apa yang bakal anda dengar dalam album baharu saya nanti," katanya.

Lagu
ini ditulis ketika RUEL berada di Nashville dan menjadi salah satu 'turning point' dalam tahun breakthrough-nya. Selepas berpindah dari Sydney ke Los Angeles, dia menandatangani kontrak dengan Giant Music dan mula bekerja dengan barisan produser serta penulis lagu yang lebih hebat.

Hasilnya, lahirlah sebuah sound yang lebih 'bold' dan bertenaga serta jelas sekali penyanyi berbakat ini kini berada dalam zon yang sangat selesa dengan ekspresi muzik dirinya.

Sepanjang
tahun 2024, RUEL juga cukup sibuk dengan pelbagai aktiviti muzik. Dia muncul dengan EP keempat berjudul Adaptations yang turut merangkumi projek 'cover' lagu-lagu kegemarannya. Tidak hanya itu, RUEL membuat debut pentas festival pertamanya di Lollapalooza Chicago dan penampilannya menjadi antara highlight festival tersebut.

Menerusi I Can Die Now, dia menampilkan sisi dirinya yang lebih yakin, nakal dan bersahaja, satu perkembangan yang pasti disambut hangat oleh peminat tegar. Lagu ini juga seolah-olah menjadi petanda awal bahawa sesuatu yang besar sedang menanti.

Aksi RUEL dalam salah satu babak menarik muzik video I Can Die Now


Trivia RUEL

  • Dikenali sebagai bintang muda yang bukan sahaja 'stylish', tapi juga memiliki kematangan dan rasa seni yang jauh melebihi usianya.
  • Pernah duduk 'front row' di Paris dan New York Fashion Week, bekerjasama dengan orkestra di Budapest, serta suka muncul secara mengejut dengan konsert pop-up percuma di seluruh dunia.
  • Mula debut sejak umur 14 (2017) dan sejak itu, namanya terus naik dan mencipta populariti tanpa henti.
  • Populardengan lagu Painkiller dan Dazed dan Confused yang menerima pensijilan Emas RIAA di AS.
  • Sebelum umur 21, sudah keluarkan empat EP, satu album penuh dan meraih lebih 3 bilion strim global.
  • Meninggalkan Sydney dan berhijrah ke Los Angeles pada hujung 2024, demi fokus sepenuhnya dalam muzik.
  • Identiti muziknya terlalu versatil untuk dikategorikan kerana dia bebas melompat antara genre dan mood, tanpa kelihatan dibuat-buat.
  • Pernah berkolaborasi dengan nama-nama seperti Grent Perez, Lime Cordiale, Holly Humberstone, JVKE, SG Lewis, Denzel Curry dan GoldLink- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments