Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ramai Orang Malaysia Pilih Bercuti di Western Australia — Ini Sebabnya!


SEMENTARA Asia Tenggara 'dibakar' cuaca panas, Western Australia pula menyejukkan suasanasecara semula jadi. Dari bulan Jun hingga Ogos, rantau South West dan Great Southern di Australia Barat menawarkan pengalaman musim sejuk yang berbeza untuk rakyat Malaysia dengan udara segar, perjalanan jalan raya yang mendamaikan, penginapan selesa, dan aktiviti luar yang tak terhitung jumlahnya.

Daripada pagi berkabus di Pemberton, detik sunyi di tepi Sungai Blackwood di Nannup, hingga petang berangin menjelajah Margaret River, setiap hentian mengajak anda untuk perlahan sejenak dan bernafas dengan lebih tenang.

Dengan makanan mesra Muslim, laluan pemanduan sendiri yang mudah, dan ruang terbuka luas, ini adalah percutian musim sejuk yang bebas stres dan menenangkan, cuma sejauh satu penerbangan dari Malaysia.

Percutian Hutan Musim Sejuk dan Penginapan Selesa

Bagi pengembara yang mencari kesejukan dan hubungan lebih mendalam dengan alam, penginapan berhampiran hutan di Western Australia adalah pilihan sempurna untuk musim sejuk.

Bayangkan pagi berkabus di bawah rimbunan pokok, bunyi daun yang rapuh di bawah kaki, dan nikmat perlahan dari kesibukan hidup.

Terletak di kawasan sunyi South West, penginapan seperti ini mengajak rakyat Malaysia untuk menyedut udara segar eucalyptus, dengar bisikan alam dan berehat di sisi unggun api di bawah langit bertaburan bintang.

RAC Karri Valley Resort, yang terletak di tepi Tasik Beedelup, menawarkan suasana tenang yang dikelilingi pokok karri tinggi menjulang.

Tasik Kwornicup yang terletak berhampiran Dunes Yeagarup, Pemberton

Pandangan udara RAC Karri Valley Resort yang terletak berhampiran Pemberton


Pemandangan William Bay dari Cabin Salt dan Hidden Cabins di Margot

Cahaya pagi menyinari Chalet Bluegum di Tree Chalets

Hanya beberapa minit dari Pemberton, resort ini sesuai untuk keluarga, pasangan, mahupun solo traveler yang nak lari sebentar dari hiruk-pikuk bandar.

Anda boleh pilih antara bilik menghadap tasik atau chalet berkonsep kendiri di mana semua rekaan direka untuk dekatkan anda dengan alam.

Seharian boleh dihabiskan berkayak, memancing ikan trout, atau meneroka denai hutan dengan berjalan kaki atau basikal gunung. Kemudian, nikmati hidangan hangat di restoran Lakeside mereka.

Untuk pengalaman lebih dekat dengan alam, tapak perkhemahan baharu yang dibuka mengekalkan ciri desa dengan kemudahan moden, lengkap dengan taman permainan semula jadi dan akses mudah ke tasik.

Jika anda mahukan penginapan yang lebih tersorok tetapi tetap magis, Hidden Cabins adalah jawapannya. Kabin-kabin lestari ini tersebar di seluruh Western Australia dan direka untuk membantu tetamu ‘putus hubungan’ dari kekalutan dunia digital dan menyelami ketenangan alam.

Setiap penginapan sama ada pemandangan ladang anggur di ‘Henry’, cahaya keemasan senja di ‘Margot’, atau hutan tenang di ‘Florence’, kekal misteri sehingga tiga hari sebelum ketibaan, menambah elemen kejutan dalam percutian musim sejuk anda.

Tiada Wi-Fi, tandas kompos, dan hanya bunyi semula jadi, Hidden Cabins mengajak anda memperlahankan masa, dengar nyanyian burung, dan kembali ke diri sendiri.

Bagi anda yang suka gaya 'off-grid' tetapi mahukan lokasi yang lebih jelas, Heyscape menawarkan kabin premium di lokasi seperti Rainbow Coast di Denmark. Terletak di ladang tepi laut seluas 880 ekar bernama Raintree, kabin ini menghadap perairan biru William Bay National Park, dengan bonus tab mandi luar di bawah langit penuh bintang.

Ia adalah percutian musim sejuk yang penuh ketenangan dengan hidangan dari ladang ke pinggan di The Dam, dan bunyi alam yang menemani waktu tidur anda.

Lengkapkan pengalaman ini dengan Tree Chalets, sebuah penginapan eko mewah hanya beberapa minit dari Busselton. Dikhususkan untuk pasangan dewasa, dua buah chalet ini terletak di ladang pokok gum dan beroperasi sepenuhnya di luar grid.

Di dalamnya, terdapat sentuhan istimewa seperti tuala yang sentiasa hangat, TV pintar dengan Wi-Fi, dan tab mandi luar yang selesa dan privasi tinggi. Sarapan pagi pula dihantar dalam bakul mesra alam oleh pemilik sendiri, semuanya dari sumber tempatan.

Sementara Malaysia masih di bawah bayangan matahari tropika, musim sejuk di Western Australia bagaikan angin baru yang menyegarkan.

Percutian ini bukan sekadar tentang pemandangan indah, tetapi ia tentang perubahan musim dan ritma hidup.

Pagi berembun, unggun api, dan berjalan di celah pohon hutan, semuanya rasa seperti kemewahan bila anda datang dari negara panas sepanjang tahun.

Tidak perlu jaket tebal atau altitud tinggi, ini musim sejuk yang mesra, nyaman, dan ‘cool’ dengan cara tersendiri.

Untuk rakyat Malaysia, inilah masa terbaik untuk ‘pause’, recharge dan alami musim dingin selatan dengan suasana yang tenang.

Bandar Kecil, Laluan Tersembunyi & Pemanduan Indah

Musim sejuk di Western Australia bukan hanya tentang hutan dan penginapan. Ia juga masa terbaik untuk jelajah bandar kecil yang menawan, laluan pemanduan indah dan tarikan luar unik,semuanya terletak dalam beberapa jam pemanduan antara satu sama lain.

Dengan orang kurang, cuaca nyaman dan cahaya petang keemasan, setiap pengalaman terasa lebih istimewa dan mendamaikan.

Di Pemberton, ketenangan dan adrenalin saling bergandingan. Uji keberanian anda panjat pokok menara pemantau api tertinggi di dunia, Gloucester Tree.

Dari atas, anda akan disajikan pemandangan luar biasa hutan rimba. Jika ingin aktiviti yang lebih santai, naiklah Pemberton Tramway, kereta api lama yang melalui hutan tebal dan jambatan kayu klasik.

Jangan lupa singgah kedai-kedai gourmet dan tempat wain tempatan untuk bawa bekal berkelah di tasik Big Brook Dam sambil layan BBQ dan segelas chardonnay.

Terletak di tepi Sungai Blackwood, dikelilingi hutan karri dan jarrah, Nannup adalah perkampungan yang memadukan alam, seni dan semangat kembara.

Digelar 'Garden Village' kerana bunga tulip dan flora asli yang meriah, bandar ini juga terkenal dengan studio artisan, kedai antik, dan acara tahunan seperti Nannup Music Festival dan Flower & Garden Festival.

Dengan lebih 100km trek untuk berjalan kaki, berbasikal dan meredah hutan, Nannup adalah syurga pencinta alam. Keluarga pula boleh bersantai di taman permainan tepi sungai, mandi di kolam Barrabup, atau teroka hutan di Arboretum bersejarah.

A Taste of Nannup and Beyond wajib dikunjungi, penuh dengan produk tempatan seperti keju Cambray, herba Tinderbox, sabun Thurlby dan lavender dari Nannup Lavender Farm.

Kereta api dan trem di Stesen Kereta Api Pemberton

Pandangan udara Granite Skywalk di Castle Rock, Taman Negara Porongurup

Pandangan sepanjang memandu di sepanjang pesisir pantai di kawasan Margaret River

Jika anda suka geologi dan landskap purba, Porongurup Range patut ada dalam senarai. Terbentuk lebih 1.2 bilion tahun lalu, banjaran granit ini naik megah dari lantai hutan dan dikelilingi kepelbagaian flora serta fauna.

Hanya 45 minit dari Albany, kawasan ini terkenal sebagai salah satu titik biodiversiti tertinggi di dunia dengan 700 spesies bunga dan 78 jenis burung.

Dengan cuaca sejuk yang nyaman, inilah musim terbaik untuk menjelajah laluan hutan, berkelah di bawah pokok dan mencari orkid liar di sepanjang jalan. Di kaki taman negara, Porongurup Range Tourist Park menanti anda yang mahu berkhemah atau bawa karavan sendiri.

Margaret River pula gabungkan keindahan liar dan gaya hidup elegan, dalam satu destinasi. Dari pantai berpasir putih yang dihentam ombak, ke kafe artisan dan Farmers Market setiap Sabtu, suasananya unik dan kreatif.

Musim ini juga anda mungkin berpeluang lihat ikan paus humpback melompat di laut. Di bawah tanah, gua batu kapur kuno menanti untuk diteroka, manakala di atas permukaan, penginapan mewah dan glamping eko menawarkan tempat berehat yang sempurna selepas seharian menjelajah.

Tinggalkan Bahang Tropika & Temui Diri Anda di Western Australia

Musim sejuk di Western Australia bukan sekadar cuaca, ia sebuah pengalaman. Tukar bunyi penghawa dingin dengan desiran daun, tinggalkan pusat beli-belah sesak dan cari ketenangan di tepi pantai atau tengah hutan. Nikmati momen menyalakan api, pakai sweater kegemaran, dan tarik nafas panjang.

Sama ada anda rindu suasana ‘off-grid’ di kabin hutan, jelajah bandar kecil yang tenang, atau ingin rasai pengembaraan di alam terbuka, Western Australia adalah tempat yang tepat untuk ‘cool down’ dari kepanasan tropika Malaysia.

Musim ini, tukar peluh dengan hembusan segar. Cari ‘cool’ anda di westernaustralia.com - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments