Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Program Aksi & Inspirasi, 'Beret' Hangatkan Sambutan Hari Kebangsaan


SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan yang semakin hampir, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil memulakan semangat patriotik lebih awal dengan program terbaharunya, Beret.

Program
aksi realiti berunsur latihan ketenteraan ini disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Okey dan RTMKlik dan pastinya bakal membuka mata penonton terhadap keteguhan jiwa wanita Malaysia.

Beret
bukan sekadar program hiburan semata-mata. Ia membawa penonton menyelami cabaran sebenar dalam dunia Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA), sebuah unit elit di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam
13 episod penuh mendebarkan, 20 peserta wanita yang terdiri daripada gabungan selebriti tanah air dan anggota APM itu diuji fizikal, mental, dan emosi dalam misi meraih beret biru yang penuh prestij.

Antara
wajah terkenal yang menyertai cabaran ini termasuk Julia Farhana, Wafariena Roslan, Athalia Buswani, Shanzah Parveen, Tunku Rania, Jasper Supayah, Ayu Damit, Haneesha Hanee, Jaja Iliyes, dan Anne James Barcally.

Mereka
bukan sahaja diuji ketahanan fizikal, malah perlu membina disiplin tinggi dan semangat berpasukan seperti anggota sebenar pasukan penyelamat.

Cabaran
Nyata, Semangat Luar Biasa

Setiap
episod membawa cabaran yang semakin mencabar daripada latihan asas kawad kaki hingga ke sesi menyelamat dalam situasi kecemasan sebenar.


Peserta
didedahkan dengan kemahiran penting seperti CPR, teknik pembalutan luka, ikatan dan simpulan tali untuk operasi penyelamatan, serta demonstrasi memadam kebakaran sama ada kecil atau besar.

Program
ini turut memperlihatkan bagaimana peserta menangani tekanan emosi dan ketakutan ketika berdepan latihan ketinggian, operasi air, serta penyelamatan tanpa peralatan lengkap, semua itu di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman dari PASPA.

Ia
bukan semata-mata tentang kekuatan fizikal, tetapi tentang bagaimana semangat juang dan keberanian wanita diuji dalam suasana penuh risiko.

Menonton
Beret terasa seperti menyaksikan satu perjalanan pembentukan karakter yang tulen. Ia memberi inspirasi tentang bagaimana wanita mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki dalam misi menyelamat, terutama ketika negara memerlukan mereka.


Tidak
hairanlah jika program ini menjadi antara tarikan utama RTM untuk memanaskan semangat patriotik rakyat Malaysia menjelang Hari Kebangsaan.

Jangan
lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah keberanian, kekuatan dan keazaman wanita Malaysia ini, hanya di saluran Okey dan RTMKlik, setiap Jumaat jam 9 malam - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments