Dakwaan penyalahgunaan dadah, G-Dragon dipanggil untuk siasatan



Oleh: AILEEN ADAM

BINTANG KPop, G-Dragon dipanggil dipanggil pihak polis untuk siasatan atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di Balai Polis Incheon, Korea Selatan pada Rabu.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong, 35, bagaimanapun dibenarkan pulang dan tiada penahanan dibuat ke atasnya sebagaimana yang berlaku ke atas pelakon Parasite, Lee Sun Kyun yang menerima pertuduhan sama beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, mereka tidak akan mendedahkan butiran khusus berkenaan kes anggota kumpulan Big Bang itu disebabkan siasatan masih dijalankan. Pihak berkenaan juga enggan mengulas sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes dadah Lee Sun Kyun.

Selain dua bintang tersebut, difahamkan enam suspek lain turut dikenal pasti pihak berkuasa termasuk seorang pekerja seni hiburan, komposer dan penyanyi.

Dalam pada itu, agensi YG Entertainment memberitahu pihaknya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan terhadap kes dan dakwaan tersebut kerana G-Dragon bukan lagi artis naungan mereka. Difahamkan kontrak G-dragon bersama agensi tersebut telah berakhir pada 6 Jun lalu.

“Sukar untuk pihak kami memberi sebarang komen memandangkan dia bukan lagi di bawah naungan kami,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu pada 2011, G-Dragon pernah berdepan tuduhan sama apabila dikatakan ditangkap ketika sedang menghisap ganja di luar sebuah kelab malam di Jepun. Bagaimanapun kes tersebut digugurkan disebabkan kekurangan bukti.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

Previous Post Next Post