Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Francissca, Fauziah Latiff, Liza Aziz ajak penonton imbau nostalgia



LAGU popular sekitar tahun 1980-an sememangnya mempunyai magis dan nostalgia tersendiri buat pendengar. Tidak hairanlah seleksi lagu-lagu dari era itu masih lagi menjadi siulan sehingga kini.

Mengangkat tema tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyatukan lapan artis baharu dan lama berkongsi pentas Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media, menerusi konsert hiburan santai terbitan Unit Hiburan TV RTM iaitu HMI, Hiburan Minggu Ini: Hits.

Program tersebut akan menemui penonton pada 28 Oktober ini, jam 9 malam dan turut disiarkans ecara langsung di saluran TV2 dan penstriman langsung di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Penganjuran HMI, Hiburan Minggu Ini: Hits 1980-an itu adalah bertujuan memperdengarkan semula kehebatan lagu-lagu era tersebut kepada generasi masa kini, selain mengimbau nostalgia kehangatan muzik ketika itu.

Artis popular yang bakal membuat persembahan terdiri daripada Datuk Francissca Peter, Liza Aziz, Fauziah Latiff dan Shidee pastinya akan mengubat rindu peminat menghiburkan penonton dengan lagu hits yang pernah mengukir nama mereka dalam industri muzik.

Tidak ketinggalan artis generasi baharu, Yamani Abdillah dan Nadeera yang akan turut serta menyanyikan lagu-lagu popular era itu. Istimewanya, HMI turut mengundang Erra Fazira di samping Ebby Yus untuk segmen sketsa.

Bagi mereka yang ingin memeriahkan konsert tersebut di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kota Media, boleh hadir dan tiket masuk adalah percuma. - 7KLIK


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments