Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jisoo, Ahn Bo Hyun putus cinta selepas 2 bulan kongsi dengan peminat


Oleh: AILEEN ADAM

BINTANG Kpop Popular, Jisoo Blackpink, 28, hangat diperkatakan hari ini selepas berita putus cinta dengan aktor Ahn Bo hyun didedahkan kepada umum.

Berita mengejutkan itu turut disahkan agensi Jisoo/Blackpink, YG Entertainment sebagaimana dilaporkan pelbagai media tempatan hari ini.

"Betul, Jisoo putus dengan Ahn Bo Hyun," - YG Entertainment.

Pihak pengurusan Ahn Bo Hyun, FN Entertainment juga mengambil pendekatan serupa apabila mengesahkan berita tersebut tanpa berdolak-dalik.

Difahamkan perpisahan kedua-dua selebriti tersebut berpunca daripada kesibukan dan jadual kerja masing-masing yang sangat padat sehingga tidak dapat memberikan perhatian kepada hubungan cinta mereka.

Berita tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminat Jisoo dan  Ahn Bo Hyun. Ada yang meluahkan rasa sedih, tetapi ramai juga yang mengharapkan agar Jisoo memberi peluang kedua kepada hero drama Snowdrop, Jung Hae-In yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Malah sebaik berita tersebut tersebar, laman media sosial terutama TikTok dipenuhi dengan berita tersebut, selain pelbagai petikan video yang seolah-olah menggambarkan perasaan gembira mereka apabila Jisoo kembali solo.

Biarpun konsert Blackpink Born Pink Tour telahpun berakhir, namun umum sedia tahu pelantun lagu Flower itu sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk penglibatannya dalam acara kempen produk yang diwakilinya sebagai duta.

Jisoo juga dikatakan baru sahaja menerima tawaran untuk membintangi filem perdananya, Omniscient Reader’s Viewpoint bersama Ahn Hyo Seop dan Lee Min Ho.

Terdahulu Jisoo, 28, dan Ahn Bo Hyun, 35, mengejutkan peminat mereka apabila dilaporkan menjalinkan hubungan cinta serius dan turut disahkan pihak pengurusan masing-masing pada Ogos lalu.

Berita tersebut mendapat respon positif daripada peminat yang rata-ratanya memberi sokongan kepada hubungan itu meski jarak usia Jisoo dan pelakon Itaewon Class berbeza tujuh tahun.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments