NIVEA melancarkan inovasi terbaharunya dengan memperkenalkan NIVEA Derma Control, rangkaian deodoran yang bukan sekadar melindungi daripada peluh, tetapi juga memberi perhatian pada penjagaan kulit bawah lengan. Bahagian tubuh ini jarang diberi tumpuan, walhal ia sama penting dengan rutin penjagaan kulit lain.
Diperkaya dengan Mikro Hyaluron dan vitamin, formula baharu ini difokuskan untuk membantu kulit kekal sihat, tenang dan selesa, terutama dalam iklim tropika yang panas dan lembap.
Pelancaran ini diraikan dengan cara yang cukup unik menerusi sebuah acara bertemakan sukan santai yang berlangsung selama seminggu di Sunway Pyramid.
Suasananya penuh tenaga, meriah dengan aktiviti interaktif dan sudah tentu, kehadiran wajah-wajah terkenal yang jadi perhatian ramai.
Rapper Korea, B.I, menjadi tarikan utama. Dalam perkongsiannya, B.I menekankan bahawa menjaga diri secara fizikal dan mental adalah kunci untuk kekal bertenaga di pentas.
“Sebagai artis, penjagaan diri ialah sebahagian daripada gaya hidup saya. Menjaga diri saya secara fizikal dan mental amat penting untuk memastikan saya berada dalam prestasi terbaik ketika membuat persembahan.
"Saya teruja untuk menambah NIVEA Derma Control Defend dalam rutin kebersihan diri saya agar sentiasa segar di atas pentas,” katanya.
Selebriti Tempatan Turun Padang
Menurut Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr. Christopher Vierhaus, formula baharu NIVEA itu menggabungkan perlindungan dan penjagaan kulit yang belum pernah ditawarkan dalam produk deodoran sebelum ini.
“Keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap memerlukan lebih daripada sekadar perlindungan daripada peluh, ia menuntut penjagaan kulit yang bukan sahaja melindungi, malah memulihara kesihatan kulit bawah lengan.
Acara ini turut diserikan dengan selebriti tanah air seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Aedy Ashraf Jestinna Kuan, Mark Odea, dan Iman Opie.
Tidak sekadar hadir memeriahkan acara, mereka juga mencuba sendiri cabaran pickleball di hadapan penonton.
Antara detik yang paling mencuri tumpuan ialah perlawanan persahabatan melibatkan Jestinna Kuan bersama Dr. Christopher, menentang Mark O’Dea dan Carrol Tan dari Watsons Malaysia. Aksi spontan mereka menambah keriuhan dan semangat penonton.
Sepanjang acara berlangsung, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti interaktif dan menikmati tawaran eksklusif bagi yang ingin mencuba sendiri rangkaian baharu ini.
Dengan pelancaran NIVEA Derma Control, deodoran kini dilihat bukan sekadar rutin asas, tetapi sebahagian daripada gaya hidup sihat dan yakin, seiring dengan semangat acara yang penuh tenaga. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments