BERITA baik untuk warga Lembah Klang! Bazaar Merdeka yang dinanti-nantikan kembali buat kali kedua dengan tema ‘Bersama Satu Bazaar’, menjanjikan pengalaman penuh semangat perpaduan, kebanggaan, dan keseronokan.
Tahun ini, acara itu akan berlangsung di Tapak Parkir Terbuka Sunway Pyramid dari 29 Ogos hingga 1 September 2025, memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertainya.
Sepanjang empat hari, pengunjung boleh meneroka lebih 100 gerai yang menampilkan vendor makanan tempatan dan produk popular di Malaysia.
Dari roti canai, nasi lemak, laksa, kuey teow, burger, mi, hingga pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman, semuanya menanti untuk dicuba. Selain itu, pengunjung juga boleh menjelajah aksesori buatan tangan, kraftangan, alat tulis, kosmetik, pakaian, bunga dan banyak lagi.
Pengalaman Menyeronokkan untuk Semua
‘Bersama Satu Bazaar’ tidak hanya tentang membeli-belah dan menikmati makanan. Pengunjung berpeluang menyertai permainan interaktif, bengkel kreatif, dan menyaksikan persembahan kebudayaan serta kontemporari yang menarik.
Keluarga yang membawa anak kecil juga boleh menikmati taman permainan inflatable dan petting zoo, menjanjikan keseronokan untuk semua peringkat umur.
Naib Presiden Pemasaran, Alex Goh, berkongsi keterujaannya mengenai acara ini.
“Bersama Satu Bazaar sebelum ini mendapat sambutan hangat, jadi kami menganjurkannya sekali lagi di lokasi baharu untuk menampung lebih ramai pengunjung.
"Acara empat hari ini bertujuan menyatukan rakyat Malaysia sambil meraikan Hari Kebangsaan, menyokong perniagaan tempatan, usahawan dan penggiat seni. Kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut Merdeka bersama-sama,” ujarnya.
MR D.I.Y. turut menawarkan promosi istimewa untuk 98 produk di semua cawangannya di seluruh negara, sejajar dengan komitmen untuk menyediakan nilai hebat melalui janji ‘Always Low Prices’.
Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.mrdiy.com/mr-diy-bersama-satu-bazaar-2025 . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments