Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Inside Scoop Sambut Merdeka Ke-68 Dengan Enam ‘Lokal Legends’


JENAMA aiskrim tempatan, Inside Scoop sekali lagi bawakan kejutan manis sempena Merdeka, edisi kedua Lokal Legends yang menggabungkan jenama-jenama tempatan ikonik dalam satu skop penuh rasa.

Meneruskan kejayaan ‘Lokal Legends’ tahun lalu, Inside Scoop kembali meraikan kepelbagaian rasa tempatan dengan aiskrim artisanal. Daripada Twiggies ke ZUS Coffee, setiap suapan bukan sekadar pencuci mulut, tetapi ia adalah potongan cerita hidup kita sebagai rakyat Malaysia.

Sejak membuka pintu kedai pertama di Bangsar pada 2013, Inside Scoop konsisten dengan visinya: menghasilkan aiskrim buatan Malaysia, untuk rakyat Malaysia.

Dalam tempoh 12 tahun, mereka telah menghasilkan lebih 200 perisa yang diinspirasikan daripada snek, kuih-muih tradisional hingga ke minuman kegemaran ramai.

Enam Lagenda, Enam Cerita

Tahun ini, koleksi ‘Lokal Legends 2025’ memperkenalkan enam ciptaan baharu berasaskan perisa tempatan.

● Twiggies Choc-A-Lot (Gardenia)
Aiskrim coklat susu yang diadun dengan potongan Twiggies Choc-A-Lot Gardenia, snek kek coklat paling ikonik buat setiap kanak kanak Malaysia.

● Caramel Popcorn (GSC)
Terinspirasi daripada bertih jagung karamel pawagam GSC, perisa ini diserikan dengan kacang pecan mentega yang rangup. Rasanya terus mengimbau memori menonton filem di GSC bersama keluarga atau rakan-rakan.

● Le-mond Lemon (Julie’s)
Gabungan kreatif aiskrim susu dan kurd lemon yang menyegarkan dengan biskut sandwic Le-mond Julie’s yang rangup dan masam manis. Biskut Julie’s sentiasa hadir sebagai snek wajib di setiap dapur rakyat Malaysia.

● Gula Melaka Chocolate (Beryl’s)
Gabungan inovasi aiskrim coklat dan gula melaka ini adalah hasil kerjasama pengusaha coklat Malaysia yang terkemuka di tahap antarabangsa, Beryl’s. Perisa ini dihiasi Beryl's Gula Melaka Milk Chocolate dengan taburan biskut mentega. Ia bagaikan 'surat cinta' dalam bentuk aiskrim kepada rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi.

● Spanish Latté (ZUS Coffee)
Diinspirasikan oleh menu kafe tempatan ZUS Coffee. Aiskrim espreso ini diperkaya dengan susu pekat untuk rasa kopi yang pekat dan tekstur halus. Gaulan kon coklat rangup memberi sentuhan moden kepada perisa kopi yang digemari rakyat Malaysia.

● Choco Malt Kaw (Farm Fresh)
Menggunakan Farm Fresh Choco Malt, versi ekstra pekat ini ditambah dengan sos coklat dan biji malt rangup. Rasanya mengingatkan kita pada minuman malt coklat zaman kecil, tetapi dalam versi lebih moden.



Menurut Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan, koleksi kali ini bukan sekadar aiskrim, tetapi penghargaan buat jenama-jenama tempatan yang sudah lama menemani rakyat Malaysia.

“Kami amat bangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan jenama-jenama yang menemani rakyat Malaysia merentas generasi daripada kudapan di pawagam ke snek zaman kanak kanak dan mengubahnya kepada sesuatu yang unik buat kita semua.

"Setiap produk dibuat sepenuhnya di Malaysia dan merupakan lambang kreativiti dan semangat komuniti yang membentuk identiti kita,” ujarnya.

Dari kedai kecil di Bangsar hingga ke 60 lebih cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, Inside Scoop tetap berpegang pada falsafah yang sama, iaitu membuat aiskrim yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Kempen ‘Lokal Legends' ini meraikan pegangan tersebut, dengan menyatukan enam jenama tempatan ikonik sebagai penghargaan terhadap perisa-perisa yang telah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, setiap single scoop daripada koleksi ‘Lokal Legends’ akan hadir bersama sarung cawan rekaan khas mengikut jenama kolaborasi.

Perisa ‘Lokal Legends' ini boleh didapati secara berasingan dan untuk mereka yang mahu menikmati keenam-enam perisa sekali gus, edisi terhad ‘Lokal Legends Party Pack’ turut tersedia.

Koleksi istimewa ini boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop seluruh negara bermula 18 Ogos hingga 21 September 2025. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments