MUSIM luruh ini, dunia anime sekali lagi digegarkan dengan kemunculan semula Cat’s Eye, karya ikonik yang lahir daripada manga terlaris antarabangsa. Siri baharu yang dihasilkan semula ini bakal ditayangkan bermula 26 September, eksklusif hanya di Disney+ Hotstar.
Kisahnya masih berputar pada tiga beradik iaitu Hitomi, Rui dan Ai yang menyimpan rahsia besar. Di siang hari, mereka menguruskan Cat’s Eye Café yang popular. Namun apabila malam menjelma, identiti mereka bertukar, lincah bergerak dalam bayangan untuk melaksanakan rompakan seni bernilai tinggi dengan penuh gaya dan ketelitian.
Klasik Ikonik dengan Sentuhan SegarSejak mula diterbitkan sebagai manga pada tahun 1981,
Cat’s Eye telah membina kelompok peminat setia di seluruh dunia.
Siri terbaharu ini dijangka terus memberi apa yang peminat sukai sejak dahulu iaitu aksi mendebarkan, rompakan berisiko tinggi, serta hubungan rumit yang tidak pernah selesai antara Hitomi dan pasangannya, Detektif Toshio iaitu lelaki yang bersumpah mahu menangkap kumpulan pencuri terkenal itu.
Ditulis oleh Tsukasa Hojo, nama besar di sebalik
City Hunter dan
Angel Hearts, siri terbaharu
Cat’s Eye ini kekal setia kepada semangat manga asal.
Dalam masa sama, ia juga memberi penghormatan kepada anime klasik era 80-an, ditambah dengan kejutan istimewa apabila sensasi pop Jepun, Ado, menyanyikan semula lagu pembukaan
Cat’s Eye yang asal.
Dengan pelancaran ini,
Cat’s Eye menjadi siri anime terbaharu yang diumumkan untuk tayangan eksklusif di Disney+ Hotstar. Jadi tandakan kalendar anda dan bersedia menonton siri ini yang akan mula distrim bermula 26 September, hanya di Disney+ Hotstar.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments