Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dari Sumbangan Kepada Bantuan, Yayasan MR D.I.Y. Salur Dana SARA kepada Golongan Memerlukan

Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan MR D.I.Y., Henry Woon; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin; dan Pengurus Pengurusan Sumber Manusia MR D.I.Y. Group, Nor Saiful Azly Mohamad Zin, ketika membeli barangan keperluan sebagai sebahagian daripada inisiatif MyKasih.

BAGAIMANA jika hanya RM100 mampu mengubah hari seseorang? Itulah semangat di sebalik inisiatif terbaharu Yayasan MR D.I.Y., cabang tanggungjawab sosial korporat kepada peruncit terkemuka MR D.I.Y.

Baru-baru ini, mereka turun padang menyertai aktiviti membeli-belah penuh makna dengan menggunakan peruntukan Penghargaan SARA: Bantuan Tunai Sekali Bayar RM100 untuk membeli keperluan asas bagi golongan yang memerlukan.

Langkah ini mencerminkan komitmen MR D.I.Y. untuk memimpin melalui teladan, bukan sekadar memberi sumbangan, tetapi benar-benar melibatkan diri dalam usaha yang membawa manfaat kepada komuniti.

Pasukan pengurusan MR D.I.Y. mengunjungi cawangan mereka di Taman Maluri, salah satu lokasi yang mengambil bahagian dalam inisiatif MyKasih, bagi membeli pelbagai barangan keperluan seperti beras, mi segera, susu, tepung, minyak masak, biskut, makanan dalam tin serta barangan isi rumah lain.

Dengan dana sebanyak RM100 setiap seorang, pasukan itu berjaya mengumpulkan hampir 600 barangan bernilai RM3,000 dan semuanya disalurkan kepada Home of Hope, rumah transit kanak-kanak pesakit kanser di Chow Kit, Kuala Lumpur.

RM100 Yang Membawa Harapan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong, usaha ini menjadi bukti bahawa nilai kecil pun mampu membawa perubahan besar apabila dilakukan dengan niat yang betul.

“Sebagai jenama tempatan, kami komited memperkasakan komuniti di mana kami berkhidmat. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif MyKasih sebagai salah satu peruncit sahnya.

"Melalui rangkaian kedai kami di seluruh negara, penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Penghargaan SARA RM100 boleh membeli keperluan harian dengan mudah dan Always Low Prices.

“Jumlah RM100 nampak kecil, tapi impaknya besar. Saya berbangga dapat turun bersama pasukan saya untuk menjayakan misi ini, dan kami harap langkah ini menjadi inspirasi kepada syarikat lain untuk sama-sama membantu membina Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Wakil dari Yayasan MR D.I.Y. dan Home of Hope semasa penyerahan sumbangan bekalan


Sebagai peruncit sah di bawah program MyKasih, MR D.I.Y. kini membolehkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Penghargaan SARA RM100 menggunakan bantuan mereka di 125 cawangan terpilih di seluruh negara.

Dengan hanya menggunakan MyKad, penerima boleh membeli keperluan asas daripada 14 kategori yang diluluskan termasuk beras, roti, tepung, telur, minyak masak, makanan dalam tin, minuman, bahan perasa, produk penjagaan diri, barangan pembersihan, keperluan sekolah, serta ubat-ubatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Inisiatif ini bukan sahaja membantu penerima membeli keperluan dengan lebih mudah, tetapi juga membina semangat saling membantu dalam komuniti, sesuatu yang menjadi asas kepada nilai MR D.I.Y. sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai barangan diluluskan serta senarai kedai yang mengambil bahagian, orang ramai boleh melayari laman rasmi MR D.I.Y. x MyKasih Programme. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments