Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TWICE Pembuka Tirai Kerjasama Trip.com x Live Nation Dalam Era Baharu ‘Concert Travel’ Asia


Oleh: AILEEN ADAM

FENOMENA concert travel kini menjadi sebahagian daripada gaya baharu pelancongan di Asia, dengan peminat yang sanggup ke mana sahaja demi menikmati persembahan artis kesayangan mereka.

Melihat potensi besar trend ini, Trip.com Group, penyedia perkhidmatan pelancongan global, telah menjalin kerjasama strategik jangka panjang bersama Live Nation Asia, syarikat hiburan langsung terbesar dunia.

Usahasama ini bertujuan untuk menggabungkan dunia pelancongan dan muzik secara lebih menyeluruh di pasaran utama Asia.

Melalui kerjasama ini, peminat dari Malaysia juga boleh merancang perjalanan bertema konsert ke destinasi seperti Hong Kong/Macau, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Tanah Besar China dengan mudah dan lancar.

Semua ini boleh dilakukan di platform Trip.com Group yang menawarkan akses pra-jualan eksklusif ke konsert, tempahan penerbangan, hotel dan pengalaman tempatan yang dikurasi khas.

Kerjasama ini menandakan langkah pertama Trip.com Group dalam dunia live entertainment travel, memperlihatkan komitmen syarikat untuk memenuhi kehendak pelancong masa kini yang mencari pengalaman lebih bersepadu antara pelancongan, hospitaliti dan hiburan langsung.

Alasan Untuk Melancong

Pelancaran pertama di bawah kerjasama ini dimulakan dengan Twice <This Is For> World Tour In Hong Kong, di mana Trip.com menjadi Official Travel Partner rasmi.

Melalui kolaborasi ini, peminat Twice akan menikmati akses pra-jualan eksklusif, pakej hotel, serta pilihan pengangkutan khas, semuanya direka untuk menjadikan perjalanan ke konsert lebih mudah dan berbaloi.

Selepas Hong Kong, konsep pakej istimewa seperti ini akan diperkenalkan di lima pasaran Asia lain, menampilkan bintang global dan serantau. Setiap persembahan bukan sekadar konsert tapi peluang untuk meneroka destinasi baharu.

Misalnya, pakej perjalanan mungkin merangkumi tiket konsert yang digabungkan dengan tiket ke tarikan seperti Hong Kong Disneyland, Rainforest Wild ASIA, pas lawatan bandar menaiki bas, serta penginapan hotel yang menjadikan keseluruhan percutian lebih berwarna dan menyeronokkan.

Trip.com juga bukan pemain baharu dalam arena hiburan K-pop. Syarikat ini pernah menjadi penaja rasmi konsert BLACKPINK di Bangkok dan Hong Kong, dan kini menawarkan akses pra-jualan bagi BLACKPINK World Tour  <Deadline> di Singapura dan Hong Kong.

Kuasa Baharu: Pelancongan Dipacu Muzik

Muzik 'live' semakin memainkan peranan penting dalam dunia pelancongan, menjadikan kerjasama ini sebagai langkah strategik untuk menghubungkan minat peminat muzik dengan pertumbuhan industri pelancongan di Asia.

Berdasarkan kajian pengguna Trip.com bertajuk Momentum, 66 peratus (%) pelancong Malaysia pernah merancang percutian semata-mata kerana konsert. Malah, 44% rakyat Malaysia bersedia untuk melancong ke luar negara demi menonton konsert artis kegemaran, sementara 78% sanggup ke lokasi terpencil jika tiketnya lebih murah.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Trip.com Group, Bo Sun, peminat muzik masa kini mahukan pengalaman yang lebih menyeluruh, bukan sekadar konsert semata-mata.

“Melalui kerjasama seperti ini, kami berusaha menjadikan pengalaman perjalanan peminat lebih bermakna, sambil menambah nilai dan membuka potensi baharu dalam budaya serta ekonomi pelancongan di Asia. Kami bangga menjadi antara peneraju masa depan pelancongan berasaskan hiburan,” ujarnya.

Sementara EVP Partnerships & Media, Live Nation Asia, James Dick, berkata, concert travel kini sedang mentakrif semula industri pelancongan di Asia.

“Bersama Trip.com, kami membantu peminat menjadikan konsert sebagai pengalaman perjalanan yang tak terlupakan yang membentuk budaya sesebuah bandar,” tegasnya.

Selain menghubungkan dunia muzik dan pelancongan, kerjasama ini turut membuka peluang kolaborasi bersama hotel tempatan, tarikan pelancong dan rakan industri lain.

Ia bagi mencipta produk serta pengalaman berasaskan konsert yang menggalakkan lebih banyak tempahan, tempoh penginapan lebih lama dan minat pelancong yang berterusan terhadap destinasi Asia.

Untuk maklumat lanjut dan pakej baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi, peminat boleh layari Trip.com dan temui dunia baharu concert travel yang menanti. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments