DRAMA Korea terbaharu berjudul Dear X, lakonan Kim You-jung dan Kim Young-dae, mula mencuri perhatian ramai selepas ditayangkan di Busan International Film Festival 2025 dan kini bersiap sedia untuk tayangan rasmi di HBO Max pada 6 November ini.
Siri drama romance thriller ini menampilkan 12 episod dan merupakan adaptasi daripada webtoon popular dan pemenang anugerah di NAVER dengan judul yang sama, karya penulis Van Zi-un.
Dear X mengisahkan tentang Baek Ah Jin (lakonan Kim You-jung), seorang pelakon terkenal yang menyimpan sejarah trauma dan membina kejayaan melalui manipulasi serta tipu daya.
Di sebalik semua itu, ada seorang lelaki yang sentiasa melindunginya iaitu Yoon Jun Seo (Kim Young-dae), kekasih yang sanggup berbuat apa sahaja demi dirinya.
Sejak diumumkan, drama ini telah mencetuskan
hype besar di kalangan peminat K-drama, bukan hanya kerana jalan ceritanya yang intens dan penuh misteri, tetapi juga kerana barisan pelakonnya yang hebat. Selain Kim You-jung dan Kim Young-dae, siri ini turut menampilkan Kim Do-hoon dan Lee Yul-eum.
Menambahkan lagi nilai produksinya, Dear X diarahkan oleh pengarah legenda Lee Eung-bok bersama Park So-hyeon, diterbitkan oleh Monster Union dan Siwoo Company, serta ditulis oleh Choi Ja-won dan Van Zi-un sendiri.
Menariknya,
Dear X juga menjadi siri original eksklusif pertama yang akan dilancarkan di HBO Max di rantau Asia Pasifik, hasil kerjasama jangka panjang antara CJ ENM dan Warner Bros. Discovery yang baru diumumkan.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, hab kandungan berjenama TVING akan dilancarkan di HBO Max pada tahun 2026, merangkumi 17 pasaran termasuk Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.
Melalui platform ini, peminat bakal menikmati tayangan eksklusif KDrama terbaharu dari TVING, bersama ratusan jam kandungan terbaik daripada CJ ENM dan TVING.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments