Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Klook Kembali Dengan #KlookDulu – Ajak Rakyat Malaysia Cari Semula Makna Cuti Sebenar


DALAM kehidupan serba pantas hari ini, ramai yang mencari cara lebih bermakna untuk berehat dan kembalikan semangat.

Klook, platform pengalaman dan perkhidmatan perjalanan terkemuka di Asia, menghidupkan kembali kempen popularnya, #KlookDulu, dengan fokus baharu, cuti tempatan yang mampu pulihkan jiwa dan hadirkan semula rasa gembira.

Kempen ini berlangsung dari 18 Ogos hingga 21 September 2025, merangkumi tiga momen utama iaitu Discover Negaraku, 9.9 Big Sale dan Jom Cuti Sekolah. Semuanya disesuaikan dengan gaya hidup serta keperluan pelancong Malaysia yang semakin berubah.

Berdasarkan kajian Travel Pulse Study 2025 oleh Klook, pelancong kini lebih mengutamakan gaya hidup dan aktiviti santai berbanding sekadar 'sightseeing'.

Ramai yang cenderung memilih pengalaman yang menekankan kesejahteraan diri seperti spa dan kecantikan, hiburan melalui pertunjukan atau acara, serta penginapan yang menawarkan lebih daripada sekadar katil untuk tidur.

Sarah Wan, Pengurus Besar Klook bagi Singapura, Indonesia dan Malaysia, berkata, melancong bukan lagi tentang lari dari realiti tetapi ia tentang kembali kepada diri sendiri.

"Permintaan untuk pengalaman berfokuskan kesejahteraan semakin meningkat, dan ini menunjukkan sesuatu yang lebih mendalam di mana orang ramai sedang mencari keseimbangan, bukan berlebihan. Mereka mahukan pengisian, bukan sekadar hiburan,” ujarnya.

Trend Baharu: Dari Wellness ke Kreativiti

Data tempahan 2025 menunjukkan peningkatan mendadak dalam perjalanan berteraskan gaya hidup dan kesejahteraan, menandakan rakyat Malaysia kini semakin mengutamakan kesihatan emosi ketika merancang percutian.

Kategori yang paling pesat berkembang termasuklah pengalaman hiburan serta spa & kecantikan di mana masing-masing mencatat peningkatan tempahan lebih 1.5 kali ganda dan hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Aktiviti kreatif seperti bengkel membuat tembikar semakin popular dalam kalangan anak muda, kerana ia memberi ruang untuk perlahan seketika dan menikmati aktiviti yang membawa ketenangan.

Selain itu, pengalaman imersif dalam ruang tertutup seperti Hauntu, Bomb Battle dan escape room juga menjadi pilihan bagi mereka yang mahu ‘lari’ sekejap tanpa perlu keluar bandar.

Hotel Bukan Sekadar Tempat Tidur

Sektor hotel juga kekal kukuh dengan pertumbuhan dua digit merentasi semua jenis penginapan, dan tempahan domestik terus menunjukkan trend menaik. Kini, rakyat Malaysia semakin memilih hotel yang boleh membantu mereka benar-benar 'recharge' ketika bercuti.

Antaranya, hotel bandar dengan konsep tematik atau butik jadi tarikan utama untuk golongan muda yang mahukan suasana baru tanpa perlu keluar jauh.

Resort mesra keluarga pula menawarkan gabungan hiburan dan rehat tanpa stres perjalanan jauh, manakala pasangan atau solo traveller semakin cenderung memilih retreat kesejahteraan atau butik hotel untuk fokus pada self-care.

Dengan cara ini, cuti ringkas dan bermakna kini lebih mudah dicapai, sama ada untuk keluarga, pasangan, mahupun mereka yang mahu ‘me time’ sendiri. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments