PERNAH terfikir tak, air yang kita minum setiap hari sebenarnya memainkan peranan besar bukan sekadar untuk hilangkan dahaga, tapi juga memberi tenaga, mengekalkan keserian kulit dan menjaga kesihatan sendi?
Jenama air mineral semula jadi terkenal, Spritzer, kini memperkenalkan pendekatan baharu dalam rutin penghidratan harian melalui kempen terbarunya, SILIQA yang mengetengahkan kelebihan silika, sebatian semula jadi yang membantu penghasilan kolagen dalam tubuh.
Walaupun kedengarannya teknikal, silika sebenarnya adalah rahsia tersembunyi dalam Air Mineral Semula Jadi Spritzer yang menjadi kunci kepada kulit yang anjal, sendi yang kuat, dan keseimbangan tubuh dari dalam.
Menurut Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan, ramai yang masih belum menyedari betapa pentingnya memilih air yang tepat untuk diminum setiap hari.
“Apa yang kita minum membentuk bukan sahaja apa yang kita rasa, tetapi juga siapa diri kita, luar dan dalam. Kempen SILIQA ini bertujuan mengubah cara kita memandang air mineral daripada sekadar minuman harian, kepada sebahagian daripada rutin penjagaan diri yang menyeluruh,” katanya.
Menerusi kempen ini juga, Spritzer turut memperkenalkan filem pendek berjudul
Temui Rahsia Terbaik Anda yang dibintangi oleh duta jenama, Anna Jobling.
Filem ini menggambarkan bagaimana penghidratan yang kaya dengan silika dapat mempertingkatkan seri kulit, kelenturan tubuh, serta keyakinan diri, sesuatu yang bukan hanya dilihat, tapi benar-benar dirasai.
Siri JelajahBagi membawa mesej ini lebih dekat kepada orang ramai, Spritzer bakal menjelajah seluruh negara dengan Trak LED Kaca SILIQA dari 28 Oktober hingga 10 Disember 2025.
Acara interaktif ini membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman penghidratan SILIQA sambil menikmati pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat usia.
Menariknya, peminat Spritzer juga boleh mengumpul SILIQA Squad Plushies edisi terhad iaitu koleksi patung comel yang melambangkan manfaat semula jadi silika: kulit berseri, sendi fleksibel, tulang kuat dan rambut sihat.
Dengan pembelian minimum RM15 produk Spritzer, patung gebu ini boleh ditebus di gelanggang pickleball terpilih di seluruh Lembah Klang (selagi stok masih ada).
Dengan SILIQA, Spritzer sekali lagi menegaskan bahawa penghidratan bukan hanya tentang kesegaran semata-mata, tetapi juga langkah kecil ke arah kesejahteraan diri yang lebih menyeluruh dari dalam hingga ke luar.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen SILIQA dan produk-produk Spritzer, layari
www.spritzer.com.my .
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments