Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sos Cili Ibu: Rasa ikhlas dari dapur Khadijah Ibrahim

SOS Cili Ibu, produk berasaskan resipi asli air tangan penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim, kini dilancarkan secara rasmi.

Lebih daripada sekadar pencicah, sos ini hadir dengan gabungan rasa pedas, manis dan masam yang seimbang menjadikannya sesuai untuk pelbagai hidangan seperti keropok, cucur, burger atau dimasukkan terus ke dalam masakan.

Menggunakan bahan-bahan segar seperti cili merah berkualiti, bawang putih, cuka asli dan sedikit gula, Sos Cili Ibu menawarkan alternatif yang lebih enak dan diyakini untuk dinikmati seisi keluarga.

Menurut Khadijah, produk ini bukan sekadar usaha perniagaan, tetapi satu bentuk penghargaan buat peminat yang telah menyokongnya sepanjang hampir lima dekad dalam industri.

“Saya bangga dapat kongsikan rasa warisan ini dengan rakyat Malaysia. Tapi lebih dari itu, saya ingin jadikan sos ini sebagai buah tangan,” ujarnya.

Menariknya, sebahagian hasil jualan Sos Cili Ibu akan disalurkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi bantuan kepada anak seni tempatan yang berdepan kesulitan hidup, masalah kesihatan atau kekurangan sumber pendapatan.


Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti yang hadir memberi sokongan kepada usaha Khadijah. Bukan sahaja kerana produk yang berkualiti, tetapi juga nilai kemanusiaan yang disematkan dalam setiap inisiatif penyanyi itu.

Kini, Sos Cili Ibu boleh didapati di pasaran Singapura dan Brunei, serta dijual di pasaraya St Rosyam Mart dan secara dalam talian menerusi TikTok Shop dan Shopee. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments